Gadis idaman aku..

0 comments

Tgk tajuk hari ni, mmg lain dari lain..aku pasti msti suma org nk baca punyelah sbb tak pernah aku bgtau siapa gadis idaman aku untuk dijadikan isteri/girlfren aku :P. hehe..kalau ada yg tau pun tak semua orang tau..oklh nk cerita sedikitlah perempuan cmna yang jadi pilihan aku untuk jadi pasangan hidup.hmmm..cmna nk cerita ye..aku sbnrnye suka perempuan mcm pelakon citer Nur Kasih tu yg karakter dia Nur Amina. sapa nama dia ek...aaa..Tiz Zaqyah.hehehe..masa aku tgk citer tu, aku kalau bleh nk perempuan muka mcm Tiz Zaqyah tapi ada sifat2 macam Nur Amina. jgn salah faham. kalau Tiz Zaqyah, dia tak bertudung. Korg sendiri tau kan sifat2 Nur Amina cmna dlm citer Nur Kasih tu. dia bertudung, kuat agama, penyayang, senang citer dia mmg wanita solehah lah.hehe.xpe2 aku nk tunjuk korg gadis idaman aku

cmna? cun x? hehe..




Akhirnya..Finally...

0 comments

click to enlarge

Last friday (16 April 2010), exam result untuk my final semester in UNITEN dh klua..nervous jgk lagi2 dpt email ckp bleh tgk result kt tenet (uniten website) pkl 11 mlm..mmg takut jgk waktu tu. aku bukak uniten nye website dlm pkl 10.30 mlm. lps tu tgk result dh klua rupanya.cpt jgk. dan keputusannya..aku lulus semua subjek (pointer xyah citer la. msti biasa2 je) dan ini bermakna aku telah pn tamat pengajian di UNITEN.

syukur..alhamdulillah..lepas 5 tahun bertarung di medan UNITEN (bleh ke), susah senang aku menghadapi hidup sebagai mahasiswa, akhirnya aku officially become UNITEN graduate student. lepas tamat mengikuti program Foundation in Information Technology selama setahun di UNITEN dan kemudian menyambung pengajian di peringkat Bachelor in Information Technology (Hons). (Infromation System) di universiti yg sama, dpt juga aku menggenggam segulung ijazah yg akan akan tertulis Bachelor of Information Technology (Hons). (Information System) di sijil itu nnti. tgk tu..siap ada (Hons). bkn semua universiti yg offer degree program ada (Hons). Hons ni bermaksud kepujian dalam bahasa melayu. universiti kt overseas pn xde menda ni. kalau nk ada, kena tambah 1 tahun lg pengajian untuk peringkat degree (kata bapa aku la..)

perasaan ibu bapa aku lps dpt tahu psl ni? mestilah happy dan paling penting relief. penat lelah mereka membesarkan aku, memberi aku cukup ilmu dan menanggung aku akhirnya terbalas juga..aku siap tunjuk lg kat ibu bapa aku psl reslut yg aku dpt ni. siapa sangka aku graduate jgk tahun ni. well, aku pn sendiri tak tahu nk ckp apa lg. kepada kwn2 yg still belum tamat pengajian which means ada lg 2-3 subjek tak amik lg disebabkan extend, teruskan usaha, jangan give up. aku pn mcm tu jgk. extend sampai 2 semester= 1 tahun. aku akui pengajian di UNITEN mmg susah plus UNITEN graduates mmg high in demand. byk company nk amik UNITEN graduates ni. aku rasa, kalau aku amik course engineering kt UNITEN belum tentu boleh lulus even satu subjek pn walaupun di peringkat Foundation. pointer pn belum tentu mencukupi.

p/s: ramai relative aku yg graduate dari UNITEN dengan berlainan course. bermula dgn abg aku yg amik course mechanical engineering, kemudian cousins aku seperti kak sha (electrical engineering), kak Farahana (accounting) dan kak Zura (Business Admin or Finance.tak ingtlh), kini giliran aku pula yg jd graduan dari universiti yg sama. bosan jgk tgk dh ramai relative yg graduate UNITEN ni. hmmm...

Gambar masa zaman sekolah or zaman remaja

0 comments

Hello everybody! kali ni aku x nk cerita byk sgt sbb untuk post kali ni aku hanya nak tunjuk beberapa gambar ketika aku remaja. masa aku remaja memang aku orang yang baik.hah! kenapa? tak percaya? tengok je la gambar2 kat bawah ni. mesti korang percaya..kebanyakan gambar2 ni gambar masa aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya (SMKKJ). Gambar masa aku bersekolah kat bangi tak ada. sebab bukan sekolah favourite aku. hehe..sorry. lagi pun aku bersekolah kat bangi ni time form 5 je. anyway, hope korg enjoy tgk gambar2 aku masa remaja ni. jangan gelak ye..

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Singapore science centre

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Singapore science centre. konon berangan nak jadi angkasawan. hehe

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Singapore science centre. Gambar aku bersama ahli fizik terkenal iaitu Albert Einstien. tu robot ok. bkn patung lilin.

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Kelana Seafood, Kelana Jaya, Petaling Jaya (tempat ni dah tak ada lagi dah. dah roboh dah). Gambar ni diambil sempena jamuan tahunan pengawas sekolah. kalau nak tau, aku yang berbaju melayu warna hitam. sebelah aku tu (yang berbaju melayu warna hijau) adalah kawan baik aku (bolehlah dikatakan kawan baik jugaklah) yang bernama Shafeq. Jauh gile beza aku dalam gambar ni dgn sekarang. Shafeq ni pn sama jgk. sekarang lagi besar.hehe..kalau korang nk tau citer kelakar yang aku pernah citer pasal aku jumpa dia kt uniten, korang klik kt sini.

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Bukit Tinggi, Pahang (ala..yg ada environment dia mcm kt France. seingat aku nama tempat tu colmar d' tropicale ke). baju yang aku pakai tu baju Manchester United. hehe..jgn marah ye..aku minat jgk kelab EPL yg lain. bkn Manchester United je..

gambar ni captured pada tahun 2002 bertempat di SMKKJ. Sekolah akulah. Ni adalah sesi fotografi bagi kelab Prostar. masa ltk gambar ni kt Facebook, aku tak ingat nama kelab ni. nasib baik kawan2 yang kena tag ingat. hehe..

gambar ni captured pada tahun 2001 bertempat di Kantin SMKKJ. Ni adalah gmbr kelas aku time form 2. klas 2 C. kalau korg tgk student2 ni kebanyakannya muka dan penampilan cm gangster kan (yang lelaki). sebenarnya tak. walaupun penampilan diorg mcm ni, sebenarnya diorang ni tak berlagak. diorg ni sederhana je. tak macam student klas lain. ni juga kelas yang paling best pernah aku dapat. thank you my friends.

gambar ni captured pada tahun 2002 bertempat di rumah lama aku di ss 3, Petaling Jaya. belakang aku tu adalah kereta mak aku. still ada sampai sekarang. tak dijual dan tidak akan dijual. gambar ni diambil selepas first day exam PMR. huhu..nervous siut. baru abis first day exam dah nk bergambar.hehe..time ni mak aku suruh amik gmbr dgn kereta dia sbb nak abiskan filem kot.hehe.

Good Luck to all my friends

0 comments

A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Lagu ini khas untuk kawan2 aku yang akan present final year project kira2 seminggu lagi. A.P.I adalah sebuah kumpulan terdiri daripada: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran One Buck Short,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers. lagu ini mungkin akan memberi semangat kepada kawan2 aku supaya terus berusaha menyiapkan project mereka sehingga berjaya. akhir sekali aku ingin ucapkan Semoga Berjaya kepada kawan2 aku yg akan present final year project minggu hadapan. Aku doakan anda semua lulus dan hayatilah lagu yg aku dedicate ini berserta dgn lirik di bawah.

Tak pernah sesaat daku meragui

apa yang telah daku temui

selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,

apa yang telah aku nikmati,

apa ku alami,

selagi hayat di kandung badan,

Korus:

Takkan ku menyerah kalah,

walau mimpi ku musnah,

harapan ku hancur,

sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,

seperti pelita ke srata dunia,

yang gelap gelita

sehingga hembusan nafasyang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,

apa yg telah aku kecapi,stakat ini,

tiba saatnya kan ku tangisi,

pada yang pergi, takkan kembali

Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:

Selagi jasadku belum terkubur!

Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!

pantang datuk nenek moyangku,Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,

Ke Srata Dunia,Seperti Cahaya…….

best night ever!

0 comments

Semalam (4 april 2010) adalah malam paling best sebab semalam telah berlangsungnya UNITEN graduation night 2010 di dewan seri endon, putrajaya. memang seronok student2 uniten ni. maklumlah, kira lps ni dh tak jumpa lg kawan2 sbb dh nk graduate kn..well, bagi aku, memang tak sangka dh tamat pengajian aku di universiti. lepas ni wat apa?haha..aku nk rilek dulu tak tau berapa lama tapi sambil2 tu cari kerja kt internet. ok2 berbalik pada cerita grad night tadi. mmg dah lama aku tunggu saat ni akhirnya dapat juga aku pergi ke majlis ni. memang semua yang hadir malam semalam kelihatan kacak dan bergaya bagi lelaki manakala perempuan pula sungguh lawa dan seksi (ada setengah tu aku hampir tak kenal sbb mekap tebal kot.hehe).

Tetamu kehormat yg hadir pada malam itu adalah Pengerusi Hal Ehwal Pelajar UNITEN iaitu En Arif. Paling mengejutkan adalah bila announcer mengumumkan emcee pada hari itu adalah ADIBAH NOOR. Semua student dalam dewan sorak. tapi adibah noor bknlh emcee yg berdiri tegak kt atas pentas. dia bebas bergerak dan lepas habis part dia, dia duduk kt meja VIP. dia juga ada perform pada mlm tu. band yang perform malam tu plak...hmm...nk sebut ke tak ek? kalau sebut korg mesti tak kenal. oklah. band yang perform malam tu adalah kumpulan TILU, Beeha (artis solo) and Yaya (artis solo). betul tak aku ckp. tak kenal kn. kalau kenal pn kumpulan TILU. Tak lupa juga, aku terkejut apabila kawan sekolah aku ketika di kelana jaya iaitu Mariani juga ada sekali. dia datang pn sebab kawan dia yang ajak dia pergi. kalau nk tau mestilah kawan lelaki dia yg juga belajar di uniten mengajak mariani datang graduation night ni. semestinya bukan aku sebab aku pergi seorang diri tanpa couple :(

Since ini 1st and last time aku hadir ke graduation night, aku rasa graduation night pada tahun ini adalah terbaik berbanding tahun2 sebelum ini. kepada grad night community, congratulations. Mission accomplished. thank you so much. before I end my post, just want to show you some pictures that taken during the graduation night. kalau nk tengok lebih byk gmbr(gambar skit je.video ada la..) sila ke Facebook aku ok.



Benci Akademi Fantasia (AF)

0 comments

Assalamualaikum and hello everybody! lama jgk tak update blog. sebenarnya busy sbb pasal final exam. well, hari ni nk ckp pasal rancangan realiti paling lama kat Malaysia. Korg tau ke rancangan apa? Mestilah Akademi Fantasia atau AF. Lama bertahan skang dah pn mula musim ke 8. dh lapan tahun dh AF ni ek..bagi aku, aku mmg tak minat AF ni. sejak musim bape ek? musim ke-3 kot sampai skang. betul..
bila belek2 kt Facebook (FB) minggu lps or 2 minggu lps, ada satu group telah pn tercipta iaitu 1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA. bagus jgk ada group ni. tgk bilangan org makin ramai leboh 50,000 org yg join setakat hari ni. hebat! bolehkah group ni capai sejuta org? kita tunggu je la..so, kepada yg meminati AF sehingga hari ini, janganlah sensitif sgt psl ni. group ni dibuat pn sbb dh terlalu lama sgt AF ni dan sepatutnya dihentikan untuk beberapa tahun. cukup2lah sms untuk undi pelajar2 AF ni. duit kita byk yg habis tapi syarikat telefon yg kaya. bagi sesiapa yg ada FB dan benci AF sila lah join group ni.hehe..