Ainan Tasneem-Luka

1 comments


Tidak pernahkah engkau rasa
Disirami luka yang sentiasa bersama
Mungkin engkau akan mengerti
Sekiranya engkau di sini berdiri di sini

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

Walaupun ku berdiam
Menahan sebak di dada yang tidak terkira
Teruskan terus lagi
Aku yakin karma pasti akan menemani

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Walau batin meronta
Tersiksa sakit jiwa
Mendengar fitnah dusta

Tidakkah engkau sedar
Jika kau yang dihina
Rasa sakitnya luka

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

Majlis perkahwinan rakan blogger

0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..apa khabar my readers..harap korang sihat sejahtera..pada hari sabtu yg lalu iaitu pada 9 mac, aku telah menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan blogger aku yg boleh katakan terkenal jgklh iaitu ynaa (sebut sebagai ina..). dia bkn sahaja rakan blogger tp sedara aku jgk..aku rasa dia pn lama tak update blog dia atau aku dh lama tak lawat blog dia.hmm..macam tak percaya dia dh berkahwin..majlis perkahwinan dia berlangsung di sebuah dewan di area taman tun dr ismail (TTDI) dan alhamdulillah majlis pn berjalan lancar..aku doakan ynaa dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat..aku ada juga ternampak rakan2 ynaa yg jadi friend aku di facebook tp tak tegur sebab tak sure manalah tau salah org (hehe..spoil la ko ni taufiq). kalau dia terbaca blog aku ni, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab tak menegur..hehe..sebelum mengakhiri tajuk blog aku ni, aku ingin persembahkan hanya sekeping gambar aku bersama dengan ynaa dan suami ketika majlis perkahwinan tersebut..

Terajui Minda

0 comments


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia readers sekalian..sorry kerana sudah lama tak update cerita baru di blog aku ni..aku masih tercari2 apa tajuk yg patut aku ceritakan di blog aku ni. sejak kebelakanagn ni aku agak busy dgn kerja dan tiada masa nk update cite baru kt blog ni. baru2 ni aku ada menonton satu video di facebook rakan aku. sangat menarik video tu dan sesuai ditonton oleh semua golongan.

video tu dibuat oleh syarikat TERAJU iaitu sebuah syarikat 100% milik bumiputera. Sangat mendalam makna nya bila aku menonton video tu. terus terang ia menyatakan sikap orang bumiputera terutama sekali kaum MELAYU. aku akui memang ada sikap dalam diri aku sedikit sama dengan apa di dalam video tu..tetapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk terus maju ke hadapan..walau apa pun kita mesti teruskan hidup. ye memang sekarang kita semua ada menghadapi masalah ekonomi yg sgt kritikal. ada beberapa perkara yg memang kita tak mampu lakukan sendirian dan memerlukan pertolongan. oleh itu lakukan lah sesuatu tu dengan ikhlas..sukar bagi aku untuk lafazkan apa pandangan aku mengenai video di atas ni..ini sekadar motivasi untuk generasi sekarang bukan setakat orang Melayu sahaja tetapi bangsa lain juga boleh dapat inspirasi melaluinya..mungkin bagi generasi seperti aku agak lambat untuk melakukan perubahan tetapi belum lagi bagi anak2 dan cucu2 kita..

aku dah tak terkata di blog aku ni..hanya video teraju ni yg boleh menyimpulkan segala yg terkandung di dalam hati aku ni. diharapkan lebih ramai lagi kaum Melayu yang akan berjaya setanding dengan kaum2 yg lain di dunia ini..semoga rakan2 yg membaca blog aku ni terus maju dalam apa jua bidang yg diceburi..Melayu tetap Melayu dan seperti kata Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia..