- Alert waktu sembahyang Maghrib, Imsak dan Subuh -memang biasa waktu sembahyang macam ni kita, termasuk aku sentiasa amik tahu pada setiap kali bulan puasa. tempoh waktu sembahyang maghrib dan subuh adalah singkat kira2 1 jam berbanding tempoh waktu solat yang lain. pada bulan puasa, kita semua alert waktu maghrib untuk berbuka puasa manakala waktu sembahyang subuh pula membolehkan kita bersahur sebelum waktu sembahyang subuh. bila bulan lain selain bulan puasa, waktu sembahyang subuh dan maghrib tidak dipedulikan termasuk lah waktu solat yang lain. bila org tanya pukul bape maghrib mesti ada yg jawab "pukul 7.30 kot", "pukul 7.45 kot".
- Surau/masjid mula ramai jemaah dan masjid/surau penuh dengan jemaah (awal2 puasa dan 10 malam terakhir je penuh) - Kenapa penuh bila bulan puasa je? sebab nk menunaikan solat tarawikh. solat tarawikh hanya dilakukan pada bulan puasa je. tak kisahlah nk buat di rumah atau di surau/masjid. besar pahala jika buat solat tarawikh ni walaupun ia tidak wajib. kalau tak kerana solat tarawikh ni, mungkin bilangan jemaah di surau/masjid masih kurang seperti bulan-bulan yang lain. apa2 pun bilangan jemaah yg datang surau/masjid hanya penuh bila awal2 bulan puasa je. lama kelamaan bilangan makin kurang. lagi satu pasal buka puasa dan moreh di surau/masjid. ini yang menggalakan ramai yg datang ke masjid pada bulan puasa. makan free sapa tak nak. kalau bulan2 lain cmni mesti ramai yg sentiasa pegi masjid/surau hanya sbb makanan. ish3..
- Hidangan wajib buka puasa -Mesti korang ada makanan wajib untuk berbuka puasa dan hanya bulan puasa je boleh dapat. bagi aku, hanya air 100 plus aku wajib ada setiap kali bulan puasa untuk berbuka. bulan2 lain pun beli jugak tp botol kecik je la. bulan puasa kena beli botol besar. tak lupa juga salah satu makanan wajib ada pada bulan puasa ialah Bubur Lambuk Kg Baru. ye..hanya bulan puasa je boleh dapat makanan ni di masjid Kg Baru, KL. bertahun2 dah wujud bubur lambuk ni di masjid tersebut yg boleh didapati secara PERCUMA. kalau nk dapatkan bubur ni, kena beratur awal jgklh..dan pihak masjid memang membuat bubur ni lebih daripada 10 periuk. huhu..
- Banyak majlis2 berbuka puasa bersama dengan anak2 yatim, OKU, ibu2 tunggal dan banyak lagi majlis amal diadakan - ye..setiap kali bulan puasa juga, banyak majlis2 buka puasa bersama anak2 yatim, ibu tunggal dan lain2 diadakan. bila tiba bulan2 lain, jarang2 berlaku. benar, bulan puasa adalah masanya untuk tingkatkan pahala dan salah satunya ialah bersedekah. harap ia tidak terhad pada bulan ramadhan je.
- Zakat fitrah - Zakat fitrah hanya ada pada bulan puasa sahaja dan ia wajib untuk semua orang Islam yg mampu. zakat ni boleh dibayar mulai awal ramadhan sehingga sebelum solat sunat hari raya. namun ramai juga yang bayar last minute.
- Main mercun dan mangsa letupan mercun - seperti asam garam kita setiap tahun bila mendengar bunyi letupan mercun. kadang2 baru berapa hari je puasa dh mula main mercun. mangsa letupan mercun pun menjadi2 juga dan aku sudah bosan mendengarnya dan takut melihat kecederaan yg dialami oleh mangsa bila melihat di surat khabar. aduh..ngerinya..baru2 ni berita mangsa letupan mercun dh muncul di surat khabar. dengar cite mangsa putus 3 jari ditangan kiri..kejadian ni berlaku pada hari ke-4 kita berpuasa kalau tak silap. sampai bila cerita macam ni nk berenti. sejak aku kecik sampai sekarang cite ni jugak klua
- Salam perantau mula disiarkn di dalam akhbar2 - anda ada kenalan atau kaum keluarga yg berada di oversea? tiap kali puasa atau raya mesti korg tak akan terlepas untuk melihat ruangan ni yg memaparkan gmbr2 rakyat2 malaysia yg berada di oversea dengan ucapan puasa dan raya mereka..kebanyakan gmbr yg muncul di bahagian ini ialah students yg belajar dia luar negara. selain menyiarkan gmbr2 berlatar belakang tempat2 menarik dan suasana menarik seperti salji, ruangan ini dapat membantu pelajar2 sekolah untuk belajar bersungguh2 supaya berazam dapat meneruskan pengajian di luar negara selepas tamat zaman persekolahan mereka nanti.
- Wujud bazar ramadhan yg menjual macam2 makanan dan minuman - kini bazar ramadhan wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. dh banyak makanan dan minuman yg dijual dan kadang2 nama pelik2 muncul. untuk tahun ni, sehingga kini, aku belum berpeluang untuk mengunjungi bazar ramadhan. macam pesta makanan pula dah bazar ramadhan sekarang ni. masa ni ramai yg amik peluang untuk meniaga sbb boleh mendapatkn lebih keuntungan masa bulan puasa ni (ye ke?). setiap hari mesti ramai je yg pegi bazar tanpa mengira usia mahupun agama. aku ingin ingtkn elakkan pembaziran ketika membeli. beli ikut kemampuan je lebih2 lagi harga makanan dan minuman di bazar kini sudah meningkat.
- Ramai yg nk balik ke kampung halaman sehari/dua hari sebelum 1 Ramadhan sebab nk berbuka puasa/sahur bersama keluarga - pada minggu lalu, 2 hari sebelum umat Islam berpuasa selama dua hari berturut-turut, berlaku kesesakan trafik di beberapa jalan di KL. untuk pengetahuan semua, beberapa negeri sahaja di Malaysia ni dh confirm cuti umum pada 1 Ramadhan. KL, Selangor tak cuti. tapi ada je yg nk mintak cuti sebab nk sambut puasa kt kampung. walau apa pun, bila waktu berbuka, masa inilah yang menyatukan seluruh keluarga. bagi yg berada di perantauan, mungkin akan terkenang saat ni bila hari pertama puasa kn?
- Rancangan TV yg banyak unsur keinsafan - sekarang ni banyak je program TV psl bulan puasa disiarkn di TV. ada yg genre serius dan ada juga komedi. yang penting kedua-duanya ada mesej unsur keinsafan dan mengingatkn kita pada amalan2 yg dilakukan pada bulan puasa. Salah satu drama TV yg kini giat disirkan ialah Ramadhan Terakhir. huhu..agak terkejut dan takut mendengar tajuk itu. tahun2 sebelum ni pun ada jgk rancangan TV yg memberi keinsafan..
Perkara2 yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja
Drama Band-Babak Pertama
acoustic version 1
acoustic version 2
normal version
LYRIC
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh!
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh! oh! oh! oh! yeah!
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh!
Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?(Renungan)
mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
moga Allah redha dengan perkongsian ini amin. semoga post ini dapat memberi pengajaran dan ilmu yang berguna kepada kita termasuklah diri aku sendiri..
Demam Nur Kasih The Movie
Yuna – Penakut
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

