Trip to Legoland

0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all readers. it's been a long time kan aku tak update. bila tgk balik my last post was on 24th November 2012. means that sepanjang December 2012 aku tak update apa2 pn. dh dekat sebulan. wow..anyway 2012 is going to be the end in less than a week tapi aku bukan nk cerita suka duka sepanjang tahun 2012. apa yg aku nk update kali ini ialah percutian aku ke Legoland, Nusajaya, Johor pada 1 Disember yg lalu. ha..dh 3 minggu baru nk update cite ni..huhu..tak apa..masih sempat lagi sebelum masuk ke tahun yang baru. yea..selepas ke Disneyland Tokyo aku ke Universal Studios Singapore dan kali ini ke Legoland Malaysia pula. kesemua taman tema yg aku lawati ini semua yg terletak di negara Asia. Asia bagus..haha..ok bangga jap jadi org Asia. Kali ini aku ke Legoland bersama-sama saudara mara aku kira2 15 orang termasuk aku. parents aku tak ikut sebab ada urusan lain.

Aku di hadapan main gate Legoland

Sebelum itu aku nak cerita dari mula sebelum aku sampai ke Legoland iaitu sehari sebelum 1 Disember (30 November). Aku bertemu dengan cousins aku di KL sentral (sebab tempat dia keja tak jauh dari KL Sentral) dengan menaiki kereta api KTM komuter dari stesen UKM, bangi. kami akan bertolak dari KL dengan menaiki kereta dia sebaik sahaja mereka tamat waktu kerja kira2 pukul 6 petang. sebaik sahaja aku sampai kt KL Sentral kira2 pukul 4.30/5.00 petang, aku solat dan minum petang di food court. Selepas tamat waktu kerja kami mula bertolak kira2 jam 6 petang dan sampai di tempat penginapan (hotel) di Johor Bahru (JB) pada pukul 11 malam. ketika dalam perjalanan, bukan sahaja jalan sesak di sekitar KL jalan ke seremban pn sesak diikuti dengan cuaca hujan ketika itu. alhamdulillah kami tiba juga di hotel dengan selamat. setelah sampai, aku pun berehat di bilik mak cik aku dan makan bekalan yg dibawa dari rumah. hehe..makan lagi..lepas makan baru aku balik ke bilik aku solat dan tidur..

Pada keesokannya iaitu 1 Disember, selepas sarapan pagi, kami semua bertolak ke Legoland pada pukul 8.30 pagi. perjalanan dari hotel kami di JB ke Legoland mengambil masa kira2 1/2-1 jam. setibanya kami di Legoland, apa lagi, bergambarlah di pintu utama Legoland tu sebelum masuk. tiket masuk dh pun ditempah awal semasa di KL lagi termasuk hotel yg kami menginap. so, tak perlu beratur panjang di kaunter. bila masuk Legoland, rasa sgt teruja bila tgk semua tempat yg ada dalam taman tema ni. bagi peminat Lego sejak dari kanak2 lagi, aku suggest korg dtglh sini walaupun harga tiket agak tinggi. para photographer pun dialu-alukan dtg ke sini sebab ada satu area yg dipanggil Miniland yg mempamerkan model bangunan-bangunan/struktur yg terkenal di Asia diperbuat dari Lego antaranya Masjid Putra, KLCC, Taj Mahal dan lain2 lagi. dtg sekali pun cukuplah. bagi aku, insyallah kalau ada rezeki, aku memang nk dtg lagi. pasal makanan dari luar BOLEH dibawa. nk makan kt cafe/restoran dalam theme park ni korg fikir 2-3 kali ye..kalau sanggup berlapar teruskanlah..hehe.bkn pasal halal atau tak tp harga..hmm...aku pun tak sempat nk beli makanan dari JB sebab kesuntukan masa. hanya sebotol air mineral bersaiz besar jadi bekalan. tempat solat? mestilah ada..selesa..masa aku tiba di sini, memang terlalu ramai org maklumlah musim cuti sekolah lagi2 pelancong dari negara jiran pun tak terlepas peluang untuk dtg ke sini.

My 1st ride bila tiba di Legoland

banyak roller coaster/rides yang aku naiki berbaloi dengan harga tiket dan masa yg aku luangkan satu hari di Legoland. ramai yg menunggu di setiap ride sanggup ku tunggu. aku juga tak lupa ke Miniland dan banyak gambar yang aku rakamkan di situ. ada kalanya aku terpisah dengan sedara-mara aku ketika mengelilingi theme park ini. susah nk mencari sebab terlalu ramai dan trip ini pula bukan sahaja diikuti bersama cousins, pak cik2 dan mak cik2 aku tetapi cucu2 mereka pun turut bersama..nasib baik 4 org je. bayi dua org dan kanak2 dua org. ya..mereka harus dijaga dengan sebaik-baiknya supaya tidak hilang.

my last ride sebelum pulang ke hotel ialah water splash (bkn nama ride yg sebenar). aku sendiri lupa apa nama ride ni sebenarnya..boleh la water spalsh. turun je terus basah kuyup bila naik menda ni. aku naik ride ni sebab nk melayan seorang cousin aku, haiqal yg meronta-ronta nk naik menda ni. susah betul cousins lain nk layan ikut ragam dia. apa2 pun aku, salah sorg pak cik aku dan salah sorg cousin layan je la dia ikut naik ride ni..bila kami naik ride ni dan kami semua basah kuyup bila tiba di bwh menuruni kt cerun bukit. happy jgk ko ye haiqal..hehe..

kami ketika menaiki ride water splash

tgk tu, cousin aku haiqal baca doa bila naik menda ni. apa2 je la..asalakn ko happy. poyola ko. dh lah ajak aku, pak cik aku dgn cousin aku naik menda ni. excited sgt. pas tu duduk belakang plak. haha..

saat menuruni ride ni..lawak giler muka aku.

yeah! basah semua org

begitulah ceritanya trip aku ke Legoland. keesokannya selepas breakfast, aku bersama dgn salah sorg cousin, pak cik dan mak cik aku ke Johor Premium Outlet (JPO) dan kemudian kampung pak cik aku di Muar sebelum pulang ke KL. kami ke JPO hanya bersiar-siar je..aku berasa sgt gembira dpt bercuti ke Legoland dan di JB. enjoy sgt. diharap jika ada peluang pada masa akan dtg, aku nk bercuti lagi ke Legoland. untuk melihat lebih gambar, korg boleh ke facebook aku. byk lagi gambar2 yg aku dh upload. ikutkan byk gmbr yg aku rakam masa di Legoland tp aku dh pilih yg aku rasa menarik je. hope u guys enjoy read my blog. see u again next time. bye.

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul- Sahabat

0 comments


[Najwa Latif]
Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syam Kamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq]
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syam Kamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku

Ainan Tasneem- 150 juta

2 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all reders..hampir 2 bulan aku tak update apa2 di blog ni kan..story tak ada macam ni la..busy pun iya juga..syukur alhamduilillah..sekali lagi dapat bertemu di blog yg indah ni..rindu pula nk update kt blog ni jadi post terbaru ni simple je. berdasarkan tajuk blog hari ini, ia adalah single kedua daripada artis Youtube, Ainan Tasneem yg bertajuk 150 juta. mesti ramai peminat2 youtube akan berkata yg tajuk lagu kedua Ainan ni milik Fynn Jamal (artis youtube jugak) kenapa Ainan nyanyi balik lagu ni. nk curi lagu Fynn ke? apa salahnya Ainan nk nyanyi balik lagu ni..lagu cover pun..bukan curi..ikutkan 150 juta ni lagu original milik Fynn yg lirik pn dia cipta sendiri. lagu ni pun dh lama ada kt youtube.

terus terang aku pun tak kenal Fynn Jamal ni sapa dan belum pernah dgr lagu 150 juta ni. bila Ainan nyanyi balik baru aku nk search kt youtube..apa pun mmg sedap lagu ni tak kira siapa yg nyanyi sama ada Fynn atau Ainan...menerusi Facebook Ainan yg aku lawat, katanya lagu ni mmg akan jadi single kedua utk album dia lepas lagu popular dia, aku suka dia. Ainan dan recording management ada minta kebenaran Fynn utk jadikan lagu ni dikomersialkan (supaya tak dituduh mencuri lagu ciptaan orang lain). recording management rasa rugi kalau tak komersialkan lagu 150 juta ni sebabkan lirik yg catchy. Ainan pun dh explain to her fans yg 150 juta 100% lagu ciptaan Fynn Jamal dan Fynn dh agree and sign agreement sbg penulis lirik lagu ni. So, macam ini la cara yang kita mahu. kalau nk terus bertahan dlm industri ini, contohi la cara mereka berbincang. Hope you guys enjoy listening to Ainan's 2nd song..see you again next time insyallah..bye..

p/s: semoga Ainan terus bertahan di dalam bidang nyanyian dan disenangi masyarakat. teruskan berkarya..

Tengku Adil- Babak Cinta

0 comments


Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya

Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu

Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi

Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta

Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta

Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta

Aku untukmu sepanjang hayat

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ooohhh... oohhhh.... Oohhhh... oohhh...

Salam Aidilfitri 2012

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..sudah lama aku tak update blog ni. kira2 sebulan yg lepas kn? maklumlah bulan puasa, malah banyak masa aku habiskan untuk beribadat seperti solat tarawikh, baca Al-quran dan 10 malam terakhir bulan puasa mencari lailatulqadar dimana salah satu malam tu aku ke surau untuk qiamulail..memang seronok. alhamdulillah hari sudah masuk hari ke-5 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri so, belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada korg semua yg sudi membaca dan menyokong blog aku selama ini. Ampun dan maaf jika aku terkasar bahasa melalui penulisan blog aku ini. jika ada yang terasa hati harap dimaafkan kerana bknnya sengaja malah ini tak ada kena mengena dengan hidup atau pun yg mati.

bagaimana sambutan Hari Raya korg? seronok? readers aku yg masih bersekolah ni cmna? dpt byk duit raya? harap korg semua faham apa erti hari raya..hari raya bukan setakat hanya mementingkan untuk duit raya tetapi ikatan silaturrahim sesama umat..alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sambutan ramadhan dan syawal tahun ini bagi aku sgt bermakna kerana kepulangan abg aku yg ke-3 iaitu abg Mal telah pulang ke tanah air bersama dengan isteri dan anak dia. tahun ini juga tahun pertama mereka menyambut kedua-dua bulan mulia itu di Malysia bersama kami sekeluarga setelah 4-5 tahun menyambutnya di negara Jepun. sudah tentu sambutan hari raya aku pada tahun ini hanyalah sederhana seperti tahun-tahun lepas. perbezaan hari raya tahun ini adalah tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas kerana kepulangan abg Mal sekeluarga. tahun ini kami adik beradik dapat berkumpul bersama dan bergambar lengkap satu family seperti gambar2 di bawah

family besar aku..kira memang cukup corum la tahun ni. tak ada yang tertinggal

candid dgn gaya trademark "terbaik" gara2 anak abg Mal, Gen Darwish
yang terpengaruh kartun animasi Malaysia iaitu Boboiby :P

anak-anak saudra aku seramai 6 orang. of course yg atas skali tu paling tua dan yang bawah sekali tu paling muda

adik-beradik aku. ye semua lelaki ye..dari kiri: abg Mal, abg Zed, abg Naz dan aku

sebahagian anak-anak saudara aku..tak boleh duduk diam betul budak-budak ni.

kenakalan anak abg Mal, Gen Darwish apabila memanjat sepupunya.

kamilah cucu-cucu atuk dan opah yang TERBAIK!!

anak saudara ni pun nakal juga..kesian yg jadi kuda tu ye..hehe

begitulah meriahnya family aku bila dapat berkumpul bersama..hanya yang mengejutkan aku bila aku buka facebook aku hari ini apabila ada rakan2 facebook aku post satu video yang boleh kata menyakitkan hati jugalah..banyak dislike daripada like..hmm..aku pn tak tau nak ckp video apa tu..korg tgk lah sendiri kt bawah ni.

ya..inilah video nya..hasil daripada seorang peminat artis k-pop,kumpulan big bang..sempat lagi buat video muzik versi raya..siap menari-nari ala2 k-pop lagi dengan baju kebaya dia..ish3.. bagi aku, kalau nk bergembira sambut raya sebab dh penat puasa tu boleh, tapi berpada-pada la..jaga batas2..mujurlah video tu dibenci oleh masyarakat. sambutan raya ni tak boleh disamakan seperti sambutan2 perayaan yang lain seperti krismas, tahun baru cina, tahun baru dan lain2 lagi. bagi aku, aku lebih suka kalau budak perempuan dalam video tu nyanyi lagu raya daripada kumpulan Tilu, tulus ikhlas hatimu. video klip dia pn memang beri keinsafan pada kita semua..tak percaya tengoklah video di bawah ini..


harap korg semua berpuas hati dengan post aku hari ini..dalam kita sibuk beraya ke rumah sanak saudara, rakan2 dan menghadiri beberapa rumah terbuka, jagalah kesihatan diri. janganlah lepas raya banyak penyakit yang muncul seperti kencing manis dan darah tinggi yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira tua dan muda. to all readers yang akan mengadakan rumah terbuka, jemputlah aku sekali ye..just mesej aku alamat rumah korg..sekian