Trick eye, trick art, street art or whatever..

0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. Hari jumaat lalu (30 Mei) aku telah ke tempat yang aku teringin pergi dan tidak berapa jauh dari rumah aku. Tempat ni banyak lukisan2 dinding di sebuah bangnan dan kita boleh mengambil gambar dengan aksi tersendiri mengikut khayalan kita seolah-olah ia kelihatan betul wujud di depan kita seperti gambar di atas ni. Ini dikenali sebagai "trick eye", "trick art" atau "street art". Ini hanya beberapa term yang aku tahu. Jika ada term lain yang korg tau inform aku ye. Sebenarnya banyak tempat sebegini dah wujud di beberapa negara luar tetapi di Malaysia aku hanya tahu di i-city Shah Alam, Seksyen 2 Shah Alam, Penang dan Johor Bahru. Sebelum ni aku asyik lihat beberapa orang kenalan di facebook dan instagram upload gambar sebegini dan aku tahu lokasi gambar2 yang mereka upload iaitu di Penang dan i-city. macam mana aku tau? aku tahu lepas membaca surat khabar ketika tempat2 sebegini mula wujud. ketika aku melihat gambar2 rakan2 facebook sehingga khamis lepas aku belum berpeluang untuk mengunjungi tempat sebegini di Penang dan i-city. Alhamdulillah aku berpeluang tempat yang menghasilkan "trick eye", "trick art" atau "street art" pada hari jumaat yang lalu bersama dua orang kawan aku dari Petaling Jaya. Kami sudah merancang untuk ke tempat ini sejak seminggu sebelum itu lagi. Di mana lokasi sebenar "trick art" seperti dalam gambar di atas ni? yang pasti BUKAN di Penang dan i-city. Sebelum aku beritahu tempat yang aku lawati ni, aku ingin kongsikan beberapa keping gambar dengan korang semua.








Selepas aku upload gambar2 yang aku rakamkan seperti di atas di media sosial, ramai yang bertanya di mana lokasi aku mengambil gambar2 ni. Baiklah. Lokasi sebenar gambar2 ni diambil adalah di Atmosphere, Equine Park, Seri Kembangan Selangor. Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan sekitar Seri Kembangan terutama di Equine Park, pasti tahu lokasi tempat ini. Atmosphere tak jauh dari Pasar Borong Selangor dan terletak di belakang Giant supermarket. Kawasan Atmosphere banyak kedai yang masih belum buka. Usah risau. setakat ni tempat letak kereta dan motor masih banyak kosong setiap kali korang ke sini dan masih free (setakat ini). Kawasan Atmosphere ini luas dan ia sangat berbaloi jika dapat ke setiap blok bangunan. memang memenatkan untuk berjalan jauh tetapi kepuasan dapat mengambil gambar sebegini mungkin sekali dalam seumur hidup. Jadi bagi aku, tidak perlu ke tempat jauh2 seperti i-city dan Penang untuk mengambil gambar sebegini. Jika korang pernah ambil gambar sebegini di i-city dan Penang dan ingin ke tempat lain bolehlah ke Atmospehere di Seri Kembangan. Kalau korang tak tahu nak ke sana, bolehlah rujuk pada peta di bawah. kalau ada aplikasi GPS seperti Waze, boleh rujuk kordinat pada gambar yang disediakan di bawah.

Peta ke Atmosphere, Equine Park

Kordinat ke Atmosphere, Equine Park

Kami menghabiskan kira2 2-3 jam dan beredar pada pukul 1.00 tengah hari untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Selepas solat Jumaat, kami makan tengah hari di kedai mamak juga di kawasan Atmosphere. memang memenatkan tetapi kami seronok berjalan2 dan mengambil gambar di sini. Kami pun pulang ke rumah kira2 pukul 3.00 petang selepas makan tengah hari. Sebelum aku mengakhiri penulisan aku hari ini, aku belanja korang beberapa keping gambar lagi ketika aku dan dua orang kawan aku mengunjungi Atmosphere pada hari Jumaat yang lalu. Semoga korang terutama sekali peminat fotografi dapat idea untuk mengambil gambar di sini. Sekian. terima kasih. bye.









Berkelah di air terjun Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan

6 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. Harap korg semua sihat semuanya..hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dan rakan2 pergi mandi air terjun di Jeram Toi. Sebenarnya, ramai yang tak tau tempat ni termasuklah aku. Sebut sahaja pasal air terjun, ramai yang takut dan risau sebab kan kejadian lemas yang sering dilaporkan dalam akhbar2 tempatan. Ada juga cerita-cerita mistik yang sering kita dengar dan ada pula yang percaya 100%. Tak perlu risau semua tu. Kalau pandai jaga diri, Insyallah perkara macam tu tak akan berlaku dan aku tau ketentuan Allah tak dapat dielakkan. Allah sentiasa bersama kita. Apa pun nasihat orang tua kita mengenai keselamatan harus patuhi. Tempat yang aku pergi ni pun sudah diletakkan amaran untuk pengunjung patuhi semasa mandi di kawasan air terjun. Ini merupakan kali pertama aku ke Jeram Toi.

Pada 20 Mei yang lalu, aku dan rakan2 sekerja aku pergi ke air terjun Jeram Toi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Seramai kira-kira 26 orang yang menyertai rombongan ini. Ada diantara kami yang membawa isteri dan anak-anak. Rakan-rakan perempuan pula membawa makanan yang telah disediakan untuk dimakan ketika berkelah di Jeram Toi nanti manakala yang lain2 ada yang membawa ais, air minuman, arang (untuk BBQ), pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik. Pada pukul 7.00 pagi, kami berkumpul di kedai makan yang berhampiran dengan pejabat kami di Puchong dan bersarapan pagi di situ. Selepas sarapan pagi, kami mula membahagikan beberapa orang antara kami untuk carpool dalam perjalanan ke sana. Kira-kira pukul 9.15 pagi, kami mula bertolak dari Puchong ke Jeram Toi.

Ketika dalam perjalanan ke Jeram Toi. Setiap kereta mula ber"selfie". sebenarnya ada 2-3 buah kereta yang ikut rombongan bersama dalam gambar atas ni tetapi mereka tidak ambil gambar.

Kira-kira pukul 10.30 pagi, kami pun tiba di Jeram Toi. Syukur alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan tidak menghadapi sebarang masalah. Ketika menghampiri ke tempat yang ditujui, kami perlu melalui jalan bengkang-bengkok dan jalan itu juga berbukit. Keseronokkan dapat dilihat setiap wajah kami apabila tiba dan meletakkan kereta di kaki bukit berhampiran dengan pintu gerbang kawasan air terjun itu. Kebetulan hari yang kami pergi adalah bukan pada hari minggu, maka tidak ada orang yang ke tempat air terjun itu. kebiasaannya ramai yang akan megunjungi Jeram Toi pada hari minggu. Memang nasib kami sangat baik pada hari itu. Selepas itu, kami menukar pakaian di tandas dan mula menaiki tangga menuju ke kawasan air terjun dan tapak perkelahan yang berdekatan dengan kawasan air terjun.

Pintu gerbang Jeram Toi

Dua hingga tiga minit selepas itu, kami tiba di kawasan air terjun dan tapak perkelahan kami. Aku dan rakan-rakan terpaku melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Tak sangka begitu cantik tempat ini. Air terjun yang jernih dan bersih. Ketika kami di lokasi, kami mula meletakkan barang2 kami. Selepas itu aku melaraskan monopod aku dan handphone aku dan mula bergambar "selfie" bersama beberapa orang rakan di tangga berhampiran tapak perkelahan.

Air terjun

"selfie" 1

"Selfie" 2

"Selfie" 3
  
"Selfie" 4

Dah puas bergambar, aku dan beberapa rakan aku pun ke air terjun dan membasahkan diri manakala yang lain ada juga yang menyediakan makanan. aku dapat rasakan airnya sejuk. Memang tenang tempat ini. sesuai untuk berkelah bersama rakan2 atau pun bersama keluarga. kami ke kawasan seperti kolam terlebih dahulu kemudian baru ke kawasan yang lain untuk menikmati air terjun yang sebenar. Ada diantara kami yang "berenang" dan "berlumba" seperti acara renang di kawasan seperti kolam. kedalaman kawasan itu tidak terlalu dalam. ada juga rakan2 yang lain bergambar dan membuat gaya di tepi2 batu seolah-olah sedang membuat penggambaran (photoshoot) untuk majalah hiburan. bermacam-macam gaya yang dibuat tetapi yang bergambar seperti itu semuanya lelaki. hahaha..

Kawasan air terjun sebenar

Acara "renang" bermula

Selepas bermain air, kami semua menjamu selera menikmati makanan yang dibawa. Macam2 makanan ada seperti mee hun goreng, sandwich telur dan sardin, minuman ringan, air mineral dan juga ayam yang dibakar oleh rakan2 di kawasan perkelahan. Bila sudah lama bermain air, perut lapar dan apa yang dimakan semua sedap. hahaha..Selesai makan, kira-kira pukul 4.00 petang, kami mula mengemas kerana bunyi guruh dan petir sudah mula kedengaran menandakan cuaca akan hujan. langit juga kelihatan mendung ketika itu. memang kami semua sedia maklum tentang bahaya jika terus mandi air terjun ketika cuaca hujan dan keadaan langit mendung. kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Puchong.

Tidak lama kemudian, hujan lebat mula turun ketika kami mula menuruni tangga dan dalam perjalanan ke tempat letak kereta. kami mula berhenti di surau yang terletak tidak jauh dari tempat letak kereta untuk berteduh terlebih dahulu kerana hujan lebat. Apabila hujan mula reda, kami menukar pakaian di tandas dan mula bertolak pulang ke Puchong.

Kami semua tiba di Puchong kira2 pukul 5.30 petang. Semua berasa kepenatan tetapi gembira dan berpuas hati dengan perkelahan ini. Selepas itu kami semua pulang ke rumah masing2 dan berehat. Aku dan rakan2 berharap dapat pergi ke Jeram Toi sekali lagi pada masa akan datang. sehingga kita berjumpa lagi untuk cerita baru akan datang..bye

Majlis perkahwinan di Sime Darby Convention Centre dan Menara Kuala Lumpur

1 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. harap korang semua sihat. pada hari jumaat yang lalu, tanggal 28 mac 2014 adalah hari pernikahan seorang sepupu aku, Darleena dan pasangannya Fazly yang telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Mount Kiara, Damansara. majlis bermula kira-kira pukul 8.00 malam. Ia adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat tu. tempat tu pula bersebelahan dengan Stadium Juara (stadium ke dewan. tak pasti pula), iaitu tempat latihan bagi pemain-pemain badminton Malaysia. Tak dinafikan tempat tu cantik apatah lagi diadakan di tingkat paling atas bangunan.

Alhamdulillah, tepat jam 9.00 malam Fazly atau dikenali sebagai Pat (sebutan pet) sah bergelar isteri kepada Darleena (dikenali sebagai Darleen atau yeen) dengan sekali lafaz. kedua-dua mempelai sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. aku juga tidak sangka akhirnya sepupu aku bergelar isteri jua. mana tidaknya usia Darleen hanya muda setahun dariku dan kami membesar bersama sejak dia bayi lagi. ketika itu aku menetap di Kelana Jaya. Banyak gambar diambil ketika hari pernikahan tersebut tak kira bersama ibu bapa aku, sepupu-sepupu, pak cik dan mak cik dan ramai lagi. namun aku hanya dapat kongsi hanya serba sedikit di blog ini kerana banyak gambar telah pun aku muat naik di laman Facebook aku. Lupa pula aku nak bagitau. ye aku berpakaian baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok begitu juga dengan tetamu-tetamu dan saudara mara aku yang lain walaupun ada yang berpakaian biasa. biasalah hari jumaat orang KL dan selangor kerja lagi2 majlis buat malam dan mereka yang bekerja pula tamat waktu kerja kira-kira pukul 6 ptg ditambah pula kesesakkan trafik.

Inilah dia pengantin baru iaitu Fazly (kiri) dan Darleen (kanan). yang tengah tu aku la :D

Sepupu-sepupu aku bersama pengantin

Dua hari kemudian iaitu pada 30 Mac 2014 bersamaan dengan hari ahad pula berlangsungnya majlis resepsi sepupu aku yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam. memang lama aku tidak ke tempat ini. kali pertama dan terakhir aku ke sini adalah ketika melancong bersama atuk dan nenek aku sebelah ayah bersama kedua ibu bapa aku kira2 15-16 tahun yang lalu. memang sangat lama. kalau majlis ni tak berlangsung di sini memang sampai bila2 aku tak datang Menara Kuala Lumpur. Untuk majlis resepsi, aku, family aku termasuk sepupu-sepupu lelaki dan pak cik2 memakai pakaian formal iaitu kemeja, beserta kot/blazer. ye..kami kelihatan bergaya pada malam itu. seolah-olah menghadiri anugerah oscar di Amerika Syarikat. ada yang memakai bow tie manakala aku memakai tali leher dan ada yang memilih tidak memakai tali leher atau bow tie. bila dilihat pada diriku dengan pemakaian begitu, aku kelihatan seperti CEO, pensyarah mahupun ahli politik. hehehe..bila lagi nak bergaya seperti itu. tambahan pula aku potong rambut dan mengingin kan gaya rambut Pompadour (senang cerita seperti gaya rambut bekas pemain bola sepak, David Beckham) sehari selepas hari pernikahan Darleen.

Ketika kami tiba di Menara Kuala Lumpur. Masa ni abg ketiga aku, abg mal belum sampai lagi

Abang Mal masih belum tiba lagi

Aku (kiri) bersama abang kedua aku dan abang sulung (kanan)

Fazly dan Darleen ketika memasuki dewan

Ketika tetamu2 sedang menjamu selera, langsir tingkap dewan dibuka dan kami semua dapat melihat keindahan bandar Kuala Lumpur yang sungguh cantik pada waktu malam dan tidak jauh dari Menara Kuala Lumpur, adalah Menara Berkembar Petronas KLCC. aku pasti ramai yang gayat ketika melihat pemandangan bawah dari tingkap Menara Kuala Lumpur ini termasuklah aku. aku juga tidak ketinggalan untuk merakam gambar Menara Berkembar tersebut dari Menara Kuala Lumpur.


Bangunan kebanggaan rakyat Malaysia Menara Berkembar Petronas KLCC

Ramai juga yang ingin merakam gambar mereka berlatar belakang Menara Berkembar dan ada juga tetamu yang bergambar bersama-sama keluarga mereka dengan latar belakang yang sama. tidak lupa juga saudara-mara jauh, rakan2 pengantin dan rakan2 keluarga pengantin sakan bergambar dan berbual bersama. masa inilah yang terbaik untuk berjumpa dan berbual panjang antara sesama mereka selain musim perayaan. aku juga tidak ketinggalan bergambar dan banyak gambar yang aku rakam melalui telefon bimbit aku. inilah detik manis yang aku tak akan lupakan sehingga akhir hayat. adakah aku akan adakan majlis perkahwinan aku di Menara Kuala Lumpur? oh mungkin tidak. Selesai aku menjamu selera, abang ketiga aku, abang mal pun tiba. dan serta merta aku dan abang2 aku yang lain pun bergambar. gambar itu adalah seperti di bawah ini.
memang sukar untuk mendapat peluang bergambar empat beradik lelaki ni.

Aku dan abang2 aku

Aksi "teropong" bomoh popular menjadi ikutan sepupu-sepupu aku

Selepas tamat majlis resepsi, kami sekeluarga tidak lupa untuk bergambar bersama pengantin. seperti menjadi kebiasaan, gambar bersama sepupu-sepupu juga dirakamkan. kegembiraan pasti terpancar di setiap keluarga termasuk tetamu-tetamu yang hadir kerana semestinya dapat berjumpa dengan rakan2 mahupun saudara mara yang jarang dapat berjumpa. ada juga yang perlu pulang cepat kerana keesokannya hari persekolahan telah bermula selepas murid2 sekolah bercuti semester selama seminggu. Untuk akhir kata, aku doakan kebahagiaan Fazly dan Darleen hingga akhir hayat. Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair. Sekian. wasalam.

Najwa Latif–Hilang

0 comments



Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang.. hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang.. hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu
Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu
Dan aku hilang.. hilang

[*] Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Repeat [*]
Milikmu Wohooo.. Milikmu
Milikmu Wohooo.. Milikmu

Burger Byte Bandar Baru Bangi

1 comments



Assalamualaikum readers sekalian. Hari ni aku nak cerita sedikit pasal salah satu makanan yang sedap di Bandar Baru Bangi. Sebanarnya hari ni (3 mac) aku belanja kedua ibu bapa aku makan malam di luar setelah mendapat gaji pada minggu lalu. Ramai yang tanya aku kat mana makan yang sedap kat Bangi ni. Aku memang susah nak jawab soalan tu sebab kat Bangi ni banyak tempat makan sampai aku tak tahu nak cadangkan yang mana satu. ikut tekak masing2 lah. Kali ini aku ada satu tempat menarik untuk korang cuba selepas aku ternampak gambar tempat makan ni facebook kawan aku. Jika korang penggemar burger, apa kata korg cuba menikmati burger di Burger Byte. Burger Byte mempunyai banyak cawangan seperti Damansara Perdana, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Sentul, Seri Iskandar, Senawang dan yang terbaru di Ayer Keroh. Kalau macam aku yang menetap di Bandar Baru Bangi, sudah semestinya aku ke Bandar Baru Bangi. Pada hari minggu memang ramai pelanggan, jadi kalau nak datang pada hari minggu sila lah datang awal ye. Ia dibuka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga tengah malam. Burger Byte dimiliki oleh pelawak dan pelakon terkenal iaitu Zizan Razak (raja lawak) untuk dua cawangan iaitu di Damansara Perdana dan Bangi.

Cawangan Burger Byte

Peta ke Restoran Burger Byte cawangan Bangi

Jalapeno Burger

Untuk sesiapa yang menetap di Bangi, Kajang atau Putrajaya, lokasi Burger Byte di Bangi terletak di seksyen 15 (seperti dalam peta di atas). berdekatan dengan restoran Nasi Briyani Gam Anje. Alamat dia seperti tertera di gambar atas. Aku juga baru pertama kali menjejakkan kaki di restoran ini malam tadi dan aku mencuba Jalapeno Burger manakala mak dan ayah aku pula memesan beef burger. Ya. memang sedap burger yang aku makan tu. Untuk semua hidangan burger ada menyediakan kentang goreng. Bagi yang tidak mahu makan burger, korg boleh makan makanan lain seperti pasta dan juga burger tanpa roti yang dipanggil "naked burger". hidangan "naked burger" ni seperti steak. Ketika aku sedang menjamu selera, pelanggan yang berada di sebelah meja aku, memesan minuman gelas besar dan boleh dinikmati 2-3 orang. wow. yang itu pun ada jugak di sini. apa pun. makan di sini berbaloi. daging burger dia bukan digoreng tetapi dibakar (grilled) malah tebal pulak tu. cara untuk order makanan (di Bangi yang aku tahu) adalah sama seperti korang pergi makan di McDonalds, KFC dan Burger King di mana korang kena pergi ke kaunter dan memesan makanan dan minuman, bayar dan pergi ke meja dan tunggu hidangan korang dihantar oleh pelayan ke meja korang. Servis di sini memuaskan cuma tempat letak kenderaan di cawangan Bangi agak terhad. Jadi Insyallah kita berjumpa lagi untuk post yang baru akan datang. Bye.