Shazzy-Kenapa
Jamuan raya Mutiara Bangi 2010
sebenarnya jamuan raya Mutiara Bangi pada tahun ni paling meriah sekali berbanding tahun2 yang lalu. tahun ni juga adalah tahun ke-5 jamuan raya diadakan. kenapa meriah? huhu..tahun ni melibatkan agak ramai belia yang mengambil bahagian dalam persembahan nyanyian dan tarian. aku tak terlibat? mestilah terlibat. tapi kerja belakang tabir macam rakam video persembahan yang dipersembahkan dengan menggunakan cam coder aku. aku, shafiq dan ummul (jiran2 aku) juga bekerjasama terlibat dalam pembikinan video slide atau montaj (tak sehebat montaj majlis kahwin) yang mengisahkan orang2 tertentu (VIP) di kawasan kejiranan Mutiara Bangi ni menceritakan pasal jamuan raya, harapan, ucapan raya dan lain2 lagi. tak lupa juga salam perantauan. pembikinan montaj ni memang 1st time dilakukan untuk jamuan raya kali ni. sebelum melakukan montaj ni, kami pergi interview orang2 tertentu ni dan tugas aku adalah merakam video manakala ummul pula menemu bual mereka. setelah menemu bual, kerja edit pun dimulakan. penat tak terkata sehingga lewat malam kami siapkan. mungkin korang tak berapa faham apa yang aku nk katakan ni. tak apalah. korang tengoklah video2 di bawah ini:
Jamuan raya Mutiara Bangi?
Komuniti
harapan anda untuk penduduk mutiara bangi?
ucapan hari raya
salam perantauan
Semua video2 yang ditunjukkan di atas adalah apa yg telah disiarkan di skrin besar di dalam dewan di hadapan jiran2 yang hadir pada malam itu. yang paling mengejutkan tetamu pada malam itu ialah video salam perantauan daripada salah seorang jiran aku iaitu Khairul Fahmy. Ibu Khairul Fahmy juga terkejut dan berasa sebak melihat video itu. tapi tak nangis lah..hehe..berjaya juga aku, shafiq dan ummul "mengenakan" mak Khairul Fahmy sebab video salam perantauan ni langsung tak diketahui beliau termasuklah tetamu2 dalam dewan itu. video2 lain juga tidak pernah ditunjukkan pada jiran2 kecuali aku, shafiq dan ummul.
Pasal persembahan malam tu pula, selain kanak2 golongan belia (jiran2 yang rapat dengan aku) juga tak ketinggalan mengambil bahagian pada malam tu. persembahan mereka mendapat sambutan hangat dan tepukan paling gemuruh..memang sebelum ini penglibatan belia kurang menggalakan tetapi mereka telah berjaya mencuri tumpuan dan membuat kelainan yang tak disangka. di sini aku siarkan video persembahan nyanyian dan tarian k-pop atau korean pop yang dipersembahkan oleh mereka. aku hanya dapat siarkan 1 sahaja persembahan nyanyian di sini. yang lain tengok sendiri kt facebook aku ye..
nyanyian lagu Justin Bieber (betul ke ejaan ni)- baby
tarian k-pop lagu kumpulan magic girl-orange caramel. persembahan ni paling mencuit hati. mana taknya. ada plak "maskot" pikachu (karakter kartun pokemon) menari sekali.
Begitulah ceritanya mengenai Jamuan raya Mutiara Bangi. aku harap semangat kejiranan ini dapat diteruskan sampai bila2. aku juga respect dengan pengilbatan belia2 untuk jamuan raya pada tahun ini. aku juga harap dapat melihat lagi persembahan daripada golongan belia pada jamuan raya yang akan datang..sehingga kita berjumpa lagi untuk post yg akan datang. bye..