Wayang Kita- Man of Steel

0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera my dear readers..ok seperti dalam gambar di atas, semalam (22 jun 2013) aku pergi menonton wayang cerita Man of Steel seorang diri. dh lama aku tak tgk wayang sebenarnya. dlm setahun lebih cmtu. kalau ada sapa2 xtau cite ni pasal apa, senang cite ni cite Superman sebenarnya..hehe..oklh. semalam sebenarnya aku agak free dan tak ada apa2 aktiviti nk buat, jadi fikir nk tgk wayang tu antara nak dan tak nak je. movie yg aku nk tgk plak ada dua pilihan iaitu Man of Steel dan Monster University (filem animasi kartun). so bila aku tgk website panggung wayang yg berdekatan dan tengok jam sudah pukul 2 petang, jadi aku pun pergi terus ke panggung wayang tersebut yg terletak di Alamanda, Putrajaya.
tiket wayang yg dibeli :P

aku beranikan diri pergi terus dan nk membeli tiket wayang di sana tanpa membuat tempahan walaupun aku tau risiko beratur panjang dan tiket kemungkinan habis. maklumlah hari minggu. bila sampai je ke kaunter nk membeli tiket wayang kira2 pukul 2.20 ptg, nk kata ramai yg beratur xdelh ramai sgt. ok je..aku pun beratur. bila tgk kt skrin yg menunjukkan waktu tayangan paling awal bagi cite Man of Steel dan Monster University tu hampir sold out. belum sold out lg sbb lampu kuning. bila tiba giliran aku untuk membeli tiket, aku minta staff tersebut menyemak kekosongan tempat duduk bagi kedua2 filem itu. memang mengejutkan tempat duduk yg jauh dah penuh bagi kedua2 filem tu utk waktu yg paling awal. tinggal tempat duduk depan je itupun dalam beberapa kerusi je tinggal. aku pun memilih untuk menonton wayang cite Man of Steel untuk tayangan paling awal iaitu pukul 2.55 ptg. tak kisah duduk di bahagian depan. lepas bayaran dibuat, aku pun membeli popcorn dan air. jam sudah menunjukkan pukul 2.55 ptg. aku terus ke panggung wayang untuk menantikan cerita yg aku nk tonton tu.

Keseluruhan cerita ni memang menarik. banyak perubahan yg dpt kita lihat tak kiralah daripada pakaian superman itu sendiri hingga grafik yg ditunjukkan sesuai dgn zaman kini yg semakin maju. tak sangka filem ni tak sampai seminggu dh laris penjualan nya..dalam panggung wayang yg aku dduk pun hampir penuh..silap besarlah siapa kata tak best cite ni atau tak faham cite ni..huhu..aku ingin cadangkan korg semua tgk movie Superman yg mula2 skali pada tahun 70-an dan 80-an baru korg faham sbb movie pada era tu cite cmna kewujudan Superman tu. sama juga dengan movie yg aku baru tonton ni. jalan cite recycle balik tp movie yg terbaru ni lebih moden la...

Rasa cm tak banyak aku nk cerita pasal movie ni sebab jalan cite dia biasa je tp memang best  sebab kostum baru..hehehe..dan kali terakhir aku tgk movie superman adalah pada tahun 2006 yg bertajuk Superman returns. semestinya jalan cite Superman returns berlainan. kekurangan Man of Steel adalah pada watak Louis Lane. dia nampak berisi skit kot..director salah pilih pelakon..hehehe..sbb biasa kita tgk watak heroin bernama Louis Lane ni hot. huhu..apa pun itu sahaja cite aku kali ni..tak nak review detail cite ni..korg kena tgk sendiri..sapa2 nk blanja aku tgk cite ni lagi memang dialu-alukan..bye2.. 

LOKA - Jangan Pergi

0 comments


Sentuhan malam

Mengimbas kembali
Setiap kali
Kau muncul di hati

Takkan lah aku
Pasrah di kalbu
Menahan kegelisahan

[*] Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi

Jangan

Suntuknya waktu
Mengetuk diriku
Menahannya semua
Baru aku sedar

Takkan lah aku
Pasrah di kalbu
Menahan kegelisahan

Repeat [*]

Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku

Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi

Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku

Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi

Jangan

Najwa Latiff- I Love You

0 comments


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you