Team building di Kem Isi Rimba,Kemensah, Hulu Kelang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kpd readers sekalian..pejam celik pejam celik dh masuk bulan Mei dan bulan ni kira hampir ke pertengahan tahun. tak sangka cepat betul masa berlalu..apa khabar semua..harap pembaca2 blog aku tanpa mengira usia, bangsa dan agama sihat2..seperti tajuk blog aku hari ini, pasti semua ada yg tak tahu dan ada yg pernah dengar tapi tahu lokasi Kem Isi Rimba ni kan..aku pun cmtu juga..kalau aku ckp lokasi ni terletak di belakang/berhampiran Zoo Negara mesti semua kata "OOO..". banyak nye huruf O. Ye lokasi dia terletak tak jauh dari Zoo Negara. Siapa sangka di KL pun ada hutan jugak tau kalau tak kenapa Zoo Negara tu wujud..

Pada 28 April (ahad) yg lalu, aku dan rakan2 sekerja aku (department dan team aku je) bersama dengan 2 org majikan kami (bos2 aku la) telah ke Kem Isi Rimba yg terletak di Hulu Kelang bagi menjalani aktiviti team building yg telah kami rancang kira2 1-2 bulan yg lalu. seperti yg telah aku ceritakan, kem ini terletak di Kemensah, Hulu Kelang iaitu berdekatan dengan Zoo Negara. Kira2 seramai 30 orang yg menyertai aktiviti ini dan seperti dirancang juga, sebahagian daripada kami termasuk aku bertolak dari pejabat kami yg terletak di Puchong manakala sebahagian lagi bertolak terus dari rumah dan menunggu di Zoo Negara. Bagi yg bertolak dari Puchong kami dikehendaki berkumpul di hadapan pejabat pada pukul 7.30 pagi. kami memulakan rancangan untuk carpool bagi yg bertolak dari Puchong. Pada pukul 7.45 pagi, kami mula bertolak dan bertemu rakan2 yg lain di Zoo Negara dan alhamdulillah perjalanan kami memakan masa yg agak singkat dan kami tiba di zoo kira2 pukul 8.45 pagi. Apabila tiba di zoo, kami mula carpool sekali lagi untuk ke kem ini yg memakan masa kira2 15 min untuk sampai ke destinasi yg dituju. Perjalanan ke kem ini agak mencabar kerana perlu melalui jalan yg sempit dan berliku. Tidak ada masalah untuk kami melalui jalan ini ditambah pula ada kawasan kampung kecil yg dikenali sebagai kampung kemensah di mana masyarakatnya hidup harmoni.

Kuda2 yg sangat jinak

Bersarapan bersama2

Muka happy lps sarapan

Setelah sampai, kami "disambut" oleh 2 ekor kuda dan kawasan meletak kenderaan juga berhampiran dengan kandang kuda2 tersebut. Sarapan pagi disediakan pihak kem dan kami bersarpan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti. Selepas bersarapan, kami diperkenalkan dgn seorang jurulatih kem. Terlebih dahulu, kami dipecahkan kepada 6 kumpulan iaitu A hingga F. Cara pemilihan ahli kumpulan pula di buat dengan mencabut undi oleh pihak kem. Aku dipilih untuk berada di kumpulan C. Selepas pembahagian ahli2 kumpulan dibuat, aktiviti pertama kami ialah setiap ahli kumpulan perlu mencari cacing. Untuk aktiviti ini dan aktiviti lain2 yg akan dilaksanakan akan diberi markah. semua ahli kumpulan bertungkus lumus mencari cacing. ada kalanya cacing yg dijumpai sukar untuk dibawa keluar dan cacing dicabut itu putus. kami semua bantu antara satu sama lain dan setiap kumpulan ingin menjadi yg terawal menyelesaikan aktiviti ini. mencari cacing bukannya perkara yg susah dan sebab itulah aktiviti ini dimulakan terlebih dahulu.

Selesai sahaja aktiviti mencari cacing, kami semua diberi tugas untuk mencari dua biji batu yg ditulis dengan nombor di dalam kawasan lumpur. setiap kumpulan diarahkan mencari batu dengan nombor yg berlainan seperti yg ditetapkan oleh jurulatih. Misalnya kumpulan A diarahkan untuk mencari batu yg bertulis nombor 3 dan 6 dan kumpulan B pula diarahkan mencari batu yg bertulis 1 dan 10. bermula lah pencarian di kawasan lumpur. sangat sporting bila ramai antara kami sanggup masuk ke dalam kawsan lumpur tersebut bagi memulakan pancarian. biar kotor asalkan dapat jumpa apa yg dicari dan meraih kejayaan.


Pencarian batu bernombor di dalam lumpur. Salah seorang bos aku (bertopi coklat) pun turut sama masuk dalam lumpur.

Kami diteruskan lagi dengan aktiviti anyaman..kira macam menganyam tikar ataupun ketupat..mula2 kami dikehendaki mengambil dua daun pelepah seperti dalam gambar di bawah (sorry tak kenal daun pokok apa ni) :
selepas dh jumpa, mulalh menganyam untuk jadikan seperti atap rumah dan hasilnya seperti dibawah:
inilah hasilnya..kumpulan aku berjaya menyiapkan anyaman terlebih dahulu

Selesai sahaja aktiviti anyaman, aktiviti ke-4 ialah mencari daun pokok getah berlainan warna..haha..rasakan..macam mana rupa daun tu ye? mana satu pokok getah..aku akui aku tidak mengenali daun pokok tu..hampir kami semua tidak mengenali rupa daun tu. pokok getah tu pun mungkin tak kenal jgk. huhu..inilah nasib majority yg duduk kawasan bandar..hehe..tempoh masa untuk aktiviti ini sangat lama untuk diselesaikan kerana kesukaran setiap ahli kumpulan mencari daun pokok getah namun kami tidak pernah putus asa untuk mencari. terasa puas jika sudah jumpa daun2 itu kemudian menunjukkan pada jurulatih dan jurulatih pun berkata ya..inilah daun pokok getah dengan berlainan warna..malangnya tiada gambar daun pokok getah diambil untuk tatapan pembaca2 aku ni..takpelah..korg google je la..

Aktiviti terakhir sebelum rehat makan tengah hari, ialah aktiviti menangkap ikan di sungai sebanyak mana yg mampu. sungai tersebut tidaklah dalam dan deras. masa yg diberikan ialah 1 jam. pelbagai cara kami lakukan untuk menangkap ikan lebih2 lagi ikan2 di dalam sungai tu pula kecil2 belaka. tempoh masa yg diberikan digunakan sebaik mungkin tambahan pula hujan mula turun ketika kami sedang asyik menangkap ikan.
Cara 1 untuk menangkap ikan

Cara 2 untuk menangkap ikan

Ada satu kumpulan iaitu kumpulan F berjaya menangkap ikan lebih banyak daripada kumpulan2 yg lain. Kumpulan ini pasti menang untuk acara ini. Selepas pengiraan bilangan ikan bagi setiap kumpulan, ketua2 kumpulan dipanggil oleh jurulatih. selepas perjumpaan dibuat, jurulatih tersebut menjelaskan setiap kumpulan akan ditolak markah mengikut bilangan ikan yg ditangkap kerana sungai di dalam kem ini adalah kawasan dilarang menangkap ikan..hahaha..sungguh melucukan kami "diperangkap" dengan aktiviti seperti ini..selepas itu kami pun berehat untuk makan tengah hari dan aktiviti masih diteruskan selepas makan tengah hari.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti kegemaran kami iaitu paintball. Kebanyakan kami semua baru pertama kali mencuba aktiviti ini. Jurulatih memberi penerangan pada kami semua mengenai peralatan yg digunakan dan peraturan permainan. ahli kumpulan yg telah "ditembak" dan kena pada mana2 anggota badan dikehendaki meninggalkan "kubu". pemilihan kumpulan yg akan bertemu di "medan perang" ini dipilih oleh jurulatih secara rawak. kami semua gementar sebelum dan ketika bertempur kerana tidak mahu ditembak. walaupun pertama kali mencuba, kami seolah2 sudah mahir permainan ini dan rasa ingin mencuba lagi bermain paitball di masa akan datang.

ketua kumpulan memberi arahan dan menyusun strategi

melihat sasaran yg hendak ditembak

mula tembakan

kegembiraan rakan2

Last two aktiviti kami ialah multiply dan charade. Aktiviti ini dijelaskan oleh salah seorang rakan sekerja aku. Cara2 permainan multiply adalah seperti berikut:
  1. kami semua dikehendaki membuat satu bulatan.
  2. selepas itu kami diberitahu sifir apa yg dimainkan.
  3. setiap antara kami perlu menyebut nombor turutan menaik.
  4. perlu diingat juga sifir yg dimainkan. misalnya, jika sifir dua (2) dimainkan, setiap orang perlu menyebut satu nombor turutan menaik. jika A dimulakan dahulu, A hendak menyebut nombor 1 dan kemudian B pula tidak perlu meneybut nombor 2 kerana sifir yg dimainkan adalah sifir dua (2). B hanya perlu mengangkat dua2 tangan sahaja. jika B menyebut nombor itu dan nombor itu ada dalam sifir yg dimainkan, dia disingkirkan. jika dia teragak2 juga akan disingkirkan. begitulah ceritanya.
  5. apa yg penting permainan ini memerlukan kita menghafal sifir..hehe
permainan multiply

Bagi permainan charade pula, salah seorang anggota kumpulan pula mengambil secebis kertas yg bertulis salah satu tajuk mengikut kategori dan perlu melakukan sign language bagi kumpulannya meneka apa yg dilakukannya dalam tempoh masa yg ditetapkan. jika ahli kumpulannya tidak berjaya meneka, ia memberi peluang untuk kumpulan lain meneka.

antara aksi dalam permainan charade

Maka tamatlah sudah semua permainan yg telah dimainkan. Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan pun dilaksanakan. Kumpulan C pula dinobatkan sebagai naib juara. kami semua berpuas hati dengan keputusan ini. kalah dan menang bukan yg ingin dikejar tetapi kerja berpasukan yg perlu diutamakan. Sebelum kami bersurai, giliran salah seorang bos kami memberi ucapan ringkas kepada kami semua. kami bersyukur ucapannya lebih kepada pujian kerana berjaya melakukan aktiviti ini dan kami bekerjasama antara ahli kumpulan. beliau berharap budaya kerjasama ini diteruskan ketika di pejabat.

Kumpulan C naib juara

penyampaian sijil penyertaan

Kira2 pukul 5 petang kami pun pulang. tetapi terlebih dahulu perlu ke Zoo Negara terlebih dahulu kerana ada antara kami yg carpool bermula dari zoo dan juga dari Puchong. Kemudian barulah kami semua pulang ke rumah masing2. Kami semua berasa letih tetapi seronok ketika pulang ke rumah. diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilakukan pada masa akan datang. Sekian.

1 comments: (+add yours?)

Unknown said...

Hi, You ada contact number tak people incharge for your team building nie. Macam menarik nak cuba