End 2014

1 comments

Assalamualaikun dan salam sejahtera readers sekalian. pada ketika aku update blog ni, hanya beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2015. ye, tahun baru, umur baru, kalendar baru dan macam2 lagi yg baru akan tiba. sesungguhnya tahun 2014 ni banyak kenangan pahit dan manis yg telah kita lalui bersama. mungkin ada antara kalian semua dh mencapai azam yg diingini untuk tahun 2014. tahniah diucapkan. pada yg belum mencapai apa yg diingini untuk tahun ni, cuba dan cuba lagi untuk tahun 2015 pula. mungkin tahun 2015 ni lebih mencabar, insyallah jika lakukan dgn tabah dan sabar kita akan dapat apa yg kita ingini atau hajat. baiklah. untuk cerita hari ini, aku ingin kongsikan beberapa memori/moments yg telah berlaku sepanjang tahun ni tanpa mengira yg indah atau yg buruk (banyak cite ni lebih pada aktiviti aku sepanjang tahun ni). jika aku tertinggal memori/moments sepanjang tahun 2014, sila tambah ye kt komen. mari kita saksikan

berita buruk dunia penerbangan Malaysia

  • Kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada bulan Mac 2014. sehingga kini masih belum ada apa2 perkembangan mengenai pesawat ini namun pencarian tetap diteruskan. sama2 kita berdoa agar kita diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa.
  • Pada bulan Julai lalu, sebuah lagi pesawat MAS MH17 dipercayai ditembak dan terhempas di Ukraine.
  • Pada hujung Disember 2014, sebuah kapal terbang Air Asia Indonesia QZ8501 hilang dari radar selepas berlepas dari Indonesia dan akan tiba di Singapura. Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian, mayat magsa pesawat tersebut dijumpai selepas misi pencarian bermula dari hari kehilangan pesawat Air Asia tersebut. sehingga kini semakin ramai mangsa berjaya ditemui termasuk serpihan pesawat itu.
kelahiran bayi
  • ramai rakan2 aku, sedara mara aku termasuk abang aku dan kakak ipar aku mendapat cahaya mata pada tahun 2014 ini. ye..tahun ni kita terima banyak perkhabaran baik ini termasuk ahli keluarga aku juga. tahun ini ada ahli keluarga baru dalam family aku. so jadi sekarang aku sudah mempunyai 7 orang anak saudara. anak saudara aku yg ke-7 tu adalah lelaki. hahaha..apa pun tahniah diucapkan kepada semua pasangan yg baru mendapat anak pada tahun ini.
perkahwinan/pertunangan
  • tahun ni memang banyak jemputan majlis perkahwinan yang aku terima terutama sekali pada bulan November dan Disember (biasalah sebab cuti sekolah). jemputan pula datang daripada sedara-mara, kawan2 sekolah, kawan2 sekerja dan juga jiran2. sekali lagi aku ingin mohon maaf sekiranya ada majlis korg yg aku tak dapat hadir. aku doakan semoga hubungan korg berkekalan hingga akhir hayat. pada yg bertunang pula tahniah diucapkan.
percutian
  • Walaupun tragedi MH370 dan MH17 masih tidak luput dari ingatan, ada antara kita yg tetap pergi bercuti ke luar negara. ada juga yg bercuti dalam negara. aku juga tak ketinggalan untuk bercuti. pada bulan May 2014, aku berkelah dengan kawan2 sekerja aku di Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan. walaupun penat tapi aku rasa seronok dapat bersama-sama kawan2 ke tempat itu. pada bulan september pula, aku dan kedua ibu bapa aku bercuti di Pulau Pinang. memang agak lama kami tidak ke sana sejak tahun 2002. banyak perubahan yg dilakukan di tempat yg kami kunjungi ini iaitu di Georgetown. tempat yg kami pergi ialah padang kota lama, lebuh armenia (yg ada street art), bukit bendera, muzium mainan, hard rock hotel dan juga penang museum time tunnel. walaupun aku tak dapat bercuti di luar negara, aku tetap seronok pergi ke pulau pinang. pada yg ada plan nk bercuti tahun 2015 ni, buat perancangan yg betul ye.
drama/filem
  • tak dpt nk ceritakan lebih mendalam sebab aku tak berpeluang menonton wayang yg ditayangkan pada tahun ni. drama lagi la tak ada masa nk tgk melainkan satu drama ni yg sgt popular tahun ini iaitu Rindu awak 200%. untuk pengetahuan korg, aku tak follow sgt cite ni. boleh dikatakan menarik jugak cite ni bukan sebab pelakon utama dia yg segak dan comel tetapi jalan cerita dia yg menarik.
ekonomi
  • pada awal oktober kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol ron 95 sebanyak 20 sen dimana harga yg baru ialah rm 2.30. disebabkan itu ramai juga yg beratur panjang di semua stesen minyak di selruh negara sebelum tengah malam sebelum harga minyak di naikkan. walau bagaimanapun, harga petrol diturunkan pada awal disember selepas kerajaan tidak lagi menampung subsidi dan harga minyak mentah dunia turun. harga petrol ron 95 yg baru pada bulan disember adalah rm 2.26. dengar khabar angin harga petrol ron 95 akan dirunkan lagi pada 1 januari 2015. tunggu je la ye
kehilangan
  • ramai antara kita kehilangan insan yg tersayang pada tahun ni. tak terlepas juga beberapa artis yg telah meninggal dunia antaranya Dato Mustapha Maarof dan Dato Aziz Sattar. maaf hanya ini je yg aku ingat. aku juga merasai kehilangan dua ahli keluarga aku. dua orang pak cik aku telah pergi buat selama-lamanya. pilu hati ini bila mendengar berita ni walaupun tak begitu rapat dengan mereka.
bencana
  • banjir yg melanda di negeri perak, pahang, kelantan dan terengganu pada bulan disember. tahun ini merupakan banjir yg paling dahsyat melanda di negara kita terutama sekali di negeri kelantan. bantuan dan sumbangan kepada mangsa2 masih diteruskan sehingga kini.
baiklah. tamat lah serba sedikit cerita yg berlaku sepanjang tahun ini yg dapat aku kongsikan dengan korg semua. kali ini di malaysia tidak ada sambutan tahun baru diadakan bagi menghormati kejadian2 buruk yg melanda negara kita sepanjang tahun ni. semoga korang gembira membaca kisah ni. apa yg boleh aku katakan di sini, moga tahun 2015 korg akan jadi lebih bermakna berbanding tahun 2014. segala kekurangan dan kesilapan dalam cerita hari ini dan sebelum2 ini harap dimaafkan. sekian. selamat tahun baru semua.