Elda Easy Slim

1 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readers. Salam ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia walaupun dh 2 minggu kita berpuasa. So cmna puasa korg setakat hari ni? harap2 korg semua masih mampu melakukan ibadah ini sehingga tamatnya bulan ramadhan. Ada yg mengatakan bila masuk bulan puasa ni, berat badan kita senang turun. kira cepat kurus la. ye ke? ada je org yg maintain dan ada je berat badan dia yg makin naik. well, sebenarnya itu semua bergantung pada kita untuk mengawal pemakanan pada waktu berbuka, lepas terawih dan juga bersahur. aku pun tak nak cakap banyak pasal ni sebab ini bukan sebenarnya tujuan aku menceritakan pasal makan di bulan puasa. kalau korg mmg betul2 BERAZAM NAK KURUS bermula bulan mulia ni, aku ada produk pelangsingan yg baik untuk aku kenalkan pada korg. lagipun BUKAN aku yg menjual produk ni..kawan aku yg menjual produk ni sebenarnya..hehe..MEMPERKENALKAN...



Ye. seperti dalam video dan gambar di atas, produk ini Halal dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa kelebihan yg ada pada produk ini?
Kandungan utama yg terdapat pada elda easy slim adalah buah acai berry. Antara kelebihan yg ada buah ini:
Insyallah Elda Easy Slim dapat membantu menahan lapar ketika berpuasa. Ia juga boleh diamalkan selepas berbuka puasa

Takkan perempuan je nak kurus. lelaki pun sama kan? betul..easy slim juga sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Sudah mula muncul dalam majalah Wanita edisi Julai 2013

Antara beberapa org yg telah menggunakan Elda Easy Slim:


So, cmna? korg berminat untuk dapatkan Elda Easy Slim? harganya sangat berpatutan. pastinya puasa dan raya anda pada tahun ini akan berlainan pada tahun lepas kerana perubahan yg dialami selepas menggunakan Elda Easy Slim ni. aku je tak perlu dapatkan produk ni sebab aku kan DAH KURUS. tak perlu lah kan..jadi kalau nk dapatkan Elda Easy Slim, boleh lah rujuk pada gambar di bawah:


Jadi, dapatkan Elda Easy Slim dengan segera. untuk kekal langsing sememangnya mudah!

Aku dan Rafidah Ibrahim :P

4 comments


Ketika pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 mengambil keputusan SPM mereka, aku sudah mula menghantar borang permohonan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ramai rakan-rakan yg menyatakan aku membuang masa membuat permohonan untuk ke IPTA sedangkan aku sudah pun menamatkan pengajian di salah sebuah universiti swasta (IPTS) iaitu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 3 tahun lalu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut sebagai Bachelor of Information Technology (Hons). Ha! Tu dia..siap ada Hons. Kau ada?

Kawan2 dan keluarga kata aku ni gila sebab dh ada degree tp masih nk ambil degree lg..aku tak peduli aku tetap nak mohon juga tapi bidang yg berlainan. Malah aku tak pernah melanjutkan pelajaran di IPTA dan aku ingin merasa suasana pembelajaran di IPTA. Ibu bapa aku masih menyokong usaha aku ini dan sentiasa mendoakan kejayaan aku. Kali ini aku mula mohon kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Pengarahan). Ye..kali ni kursus yg memang lain daripada kursus yg pernah aku ambil ketika belajar di UNITEN dahulu. Aku mula berjinak2 dalam dunia lakonan dan pengarahan pula..Selesai mengisi borang permohonan, aku mula menhantar melalui pos (memang cara lama. Tak yakin guna permohonan online).

Dua hingga tiga bulan kemudian, aku menerima sepucuk surat dan terkejut juga aku selepas aku membuka surat itu, aku diterima melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dalam bidang yg aku minta itu..perasaan gembira tak terkata aku ketika itu kerana diterima melanjutkan pelajaran ke universiti walaupun sudah bergraduan di UNITEN lebih2 lagi aku mohon untuk perigkat degree. Pasal bayaran yuran pula aku ditanggung oleh Mara yg telah aku mohon biasiswa nye awal2 lagi..alhamdulillah..rezeki aku juga. Rakan2 dan keluarga aku juga terkejut dengan berita itu dan tak menyangka aku masih diterima untuk melanjutkan pelajaran untuk peringkat degree walaupun aku sudah megenggam segulung ijazah. Sudah terbukti mereka silap menyatakan aku ni gila. Walau apa pun terjadi, usia bukan penghalang dan sebelum umur 30 tahun aku aku sudah bertekad mendapatkan ijazah kedua aku ni dan hari pendaftaran pelajar di UiTM akan bermula sebulan hingga dua bulan lagi.

Hari yg ditunggu-tunggu untuk pendaftaran pelajar pun bermula. Aku bangun pagi dengan penuh semangat. Setelah sekian lama aku tidak bergelar mahasiswa, kini aku kembali menjadi mahasiswa di IPTA. Aku ke UiTM Shah Alam bersama-sama dengan ibu bapa aku dan aku tidak lupa untuk membawa sijil2 penting serta surat tawaran yg aku terima itu. Tiba giliran aku untuk mendaftar, pegawai yg menguruskan pendaftaran pelajar tersebut terkejut melihat sijil degree aku ketika aku melanjtkan pengajian di UNITEN dahulu. Aku pun bertanya “kenapa cik? ada masalah ke?”. Lalu pegawai itu berkata “Oh, tak. Saya terkejut tengok awak dah ada ijazah (degree) tapi masih nak melanjutkan pelajaran untuk peringkat yg sama. Tapi kami tak kisah. Encik masih layak untuk melanjutkan pengajian sebab surat tawaran pun dah diterima. Usia juga bukan penghalang untuk mencari ilmu.” Lega aku mendengarnya. Ye, usia bukan penghalang untuk mencari ilmu lebih2 lagi usia aku kini dah 26 tahun dan tempoh pengajian aku di UiTM adalah 3 tahun..

Selesai sudah aku mendaftar, aku terjumpa rakan coursemate aku ketika di UNITEN dahulu iaitu Latiff. Kami bergraduat pada hari yg sama ketika di UNITEN. Aku amat terkejut bila berjumpa dengan dia dan rasa rindu untuk melepak bersama sebab dah lama kami tak berjumpa selepas bergraduat. “Eh! Latiff..kau buat apa kat sini?” aku bertanya pada dia. “Aku belajar kat sini lah.” jawab Latiff. “Ye ke?..kau dah register ke belum? Jurusan apa kau ambil?” tanya aku lagi. Latiff pun jawab “Dah register dah. Aku ambil course Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Pengarahan).” Aku pun menyatakan yang aku juga mengambil kursus yang sama dengan dia dan kami pun bergelak ketawa bila mendengarnya..itupun rezeki dia juga dapat melanjtkan pengajian untuk peringkat degree walaupun dia dah ada degree. Selepas tamat pendaftaran, sesi orientasi pun diharungi selama seminggu seperti yang kami pernah lalui ketika mula2 melanjutkan pengajian dahulu.

Setelah tamat orientasi selama seminggu, keesokan harinya aku dan Latiff pergi ke kedai runcit yg terletak di luar kampus dengan menunggang motosikal dia untuk membeli makanan. Ketika sampai di kedai runcit itu, sebelum kami turun dari motosikal, aku ternampak seorang gadis bertudung mukanya persis artis Malaysia iaitu Rafidah Ibrahim lalu aku bertanya pada Latiff “Eh Latiff..itu bukan Rafidah Ibrahim yang penyanyi dan pelakon ke?”. “Memang dia pun. Aku dah jumpa lepas itu aku tegur dia masa register hari itu. Kau sampai lambat masa tu. Kebetulan pula dia satu kelas dengan kita. Kursus yang sama pula tu” jawab Latiff. Hatiku berbunga-bunga bila mendengar Latiff menaytakan Rafidah Ibrahim tu rakan sekuliah kami walaupun aku masih tak percaya apa yang dia katakan itu. Mana tidaknya, itu mungkin pelanduk dua serupa. Ada jugak pelajar UiTM yang mempunyai wajah yang sama seperti Rafidah.

Hari pertama kuliah pun bermula. Kuliah aku bermula pukul 10 pagi manakala jam di tangan aku menunjukkan pukul 9.00 pagi. Selepas melihat jadual untuk mencari dan jumpa lokasi untuk kuliah pertama aku kira-kira pukul 9.30 pagi, aku ternampak seorang gadis yang sama aku jumpa di kedai runcit tempoh hari. Ya..wajahnya yang seperti Rafidah Ibrahim. Aku terlihat dia duduk keseorangan menunggu di hadapan bilik kuliah yang sama dengan aku. Memandangkan kuliah bermula pukul 10 pagi, maka pintu bilik itu masih belum dibuka selagi pensyarah yang mengajar kami belum tiba di bilik kuliah itu. Aku pun mengambil peluang ini untuk bertanya kepada dia adakah dia ni betul artis yang aku maksudkan. “Assalamualaikum. Hai. Awak ni Rafidah Ibrahim yang penyanyi dan pelakon tu ke?” tanya aku. Dia pun jawab “ Waalaikum salam. Hai. Ye saya lah Rafidah Ibrahim yang penyanyi dan pelakon tu.” Dari situ bermula lah perkenalan kami yang kebetulan menjadi rakan yang melanjutkan pelajaran bagi jurusan yg sama.

Ketika kami sedang berbual, tiba-tiba loceng amaran kebakaran yg terletak jauh di atas kepala kami pun berbunyi dengan kuat dan nyaring. Loceng itu tetap berbunyi dalam tempoh yg lama..lalu baru kusedar AKU BERMIMPI RUPANYA..loceng kebakaran yg berbunyi tanpa henti tu jam loceng aku sebenarnya. Ingatkan ada kebakaran..Ya Allah..astaghfirullah al aziimm..

Begitulah ceritanya. Iya. Ini adalah benar. Pada 4 Julai 2013 aku terjaga dari mimpi menjadi seorang pelajar UiTM dan berjumpa dengan Rafidah Ibrahim. Kebetulan pula dia rakan sekuliah aku ketika menuntut di UiTM. Ada jugak yang aku tokok tambah dalam cerita ni yang sememangnya TAK WUJUD dalam mimpi aku:

1) Cerita menghantar borang permohonan

2) Kurus yang aku ambil tu aku sebenarnya tak pasti kursus apa. Tak tahulah ada ke tidak kursus yang aku nyatakan ni

3) Biasiswa Mara yang aku terima

4) Aku ke UiTM Shah Alam bersama-sama dengan ibu bapa aku
5) Pegawai yang menguruskan pendaftaran pelajar terkejut melihat sijil degree aku

6) Mana ada jam loceng aku berbunyi. Bunyi loceng kebakaran pun tak ada

Cerita yang betul2 wujud dalam mimpi aku ialah bermula hari pendaftaran pelajar hinggalah aku berbual dengan Rafidah Ibrahim..apa2 pun ini hanyalah mimpi..jangan lah taksub sangat ye..Lain kali basuh kaki sebelum tidur..hehehe