Demam Nur Kasih The Movie

0 comments



Assalamualaikum readers sekalian. sebelum ni kira2 sebulan dua yg lepas ada aku siarkn cerita sountrack filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang dinyanyikan oleh Tiz Zaqyah. Sekarang ni filem yang ditunggu-tunggu tayangannya selepas drama tersebut mencatat rating sebanyak 19 juta penonton sudah mula tayangan bermula 19 Mei yang lalu. Ye..Nur Kasih The Movie dah ada di pawagam sekarang. sebenarnya aku nak pegi tengok wayang cite ni pada 21 Mei atau 22 Mei yang lepas tetapi dh penuh la bila buat reservation melalui telefon dan online..bagi aku awal lagi kalau nk tengok 2-3 hari selepas hari pertama tayangan. biasalah kn lumrah..macam tak percaya kan? ramai jgk yang tanya bagus sgt ke cite NKTM ni? kalau nk tau kena lah tengok. kalau yang follow drama siri ni dua tahun lps mestilah kata bagus dan tak sabar nk tengok yg movie plak. huhu..aku pn memang nk sgt tgk cite ni kt panggung wayang sebab aku dh lama sgt tak tgk wayang..hmm..dlm entry kali ni aku bukan nk cerita pasal movie ni tp pasal perjalanan aku nk tgk wayang cite ni. bukan apa..dgr cite movie ni dpt collect RM 3-4 juta dlm masa seminggu. dh seminggu pn ramai yg nk tgk cite ni.


minggu seterusnya pada 29 Mei (Ahad), aku berjaya menonton filem NKTM ni. ini pun dpt last minit. aku dapat juga tgk wayang akhirnya selepas lebih setahun aku tak pergi ke panggung wayang. perjalanan aku nk pegi tgk wayang pn ada cite dia jgk. hehe..ingt movie je ada jalan cite. mula2 aku plan nk tgk wayang 29 Mei jgk tp waktu tayangan pukul 3 ptg punya. tp disebab kan ada hal yg tak dpt dielakkan (masa suntuk.padan muka xnk book awal2. hehe) plus try call utk reservation and tgk seat kosong yg ada kt online (reservation online) pn cm penuh je, aku pilih amik pukul 5 ptg punye. aku pn buat call reservation sekali lagi and tgk seat kosong yg ada kt online (reservation online). waktu ni dalam pukul 3 or 3 lebih. wat reservation online pn tak berjaya sama jgk dgn call. aku pn tanpa buang masa pergi ke panggung wayang di Alamanda, Putrajaya utk membeli tiket wayang secara manual (beratur di kaunter). ye..aku tahu aku harus beratur panjang untuk beli tiket dan belum tentu ada seat kosong untuk aku tgk cite NKTM ni lebih2 lagi aku klua umah pukul 3 lebih dan sampai di panggung wayang pukul 4.


Sampai saja aku di panggung wayang, tu dia..panjangnya beratur..memang betul jangkaan aku. tak apa aku tak kisah. tgh aku beratur, aku fikir kalau tak dpt tgk NKTM, aku tgk cite lain la tak pun jalan2 kt Alamanda ke. ketika aku beratur, tiba2 ada pengumuman yang memberitahu movie Kung Fu Panda 2 dan Pirates of the carribean dh sold out. kebetulan kedua-dua movie tu baru 2-3 hari tayangan dia dan sesuatu telah terjadi di hadapan aku ketika aku beratur. kira2 20 orang atau lebih yg beratur di hadapan aku dh mula klua barisan. haha..diorg nk tgk dua-dua movie tu ke? adoi..barisan pun dh makin pendek bila diorg suma klua..kemudian ada lg pengumuman bahawa movie yg aku nk tgk iaitu Nur Kasih The Movie hanya ada 10 seat kosong berasingan. huhu..terkejut jgk aku. ada 10 seat je lagi..tp berasingan la dan sesuai sgt dgn aku sebab aku pegi berseorangan. lama kelamaan hampir giliran aku membeli tiket selepas 20 orang di hadapan aku dh klua barisan dan ramai org yg dihadapan aku sudah membeli tiket.


jam di tangan dh pukul 4 lebih. bila tiba giliran aku, aku pun ckp nk tiket utk movie NKTM utk pukul 5 ptg. cashier tu pn menunjukkan aku seat yg masih available. seperti dimaklumkan memang btul hanya ada 10 seat kosong yg berasingan je dan barisan seat yg masih available juga tmpt yg tak strategik (biasa tgk wayang bhg tgh dan row belakang ataupun bhg tgh dan row tgh). aku pun pilihlah tempat mana yg aku nk iaitu row tgh bhg kiri tepi dinding. tak kisah asalkan dpt tgk wayang waktu tu jgk. huhu..hebat jgk penangan movie Nur Kasih ni. dh seminggu tayangan dia still penuh jgk. lepas aku beli tiket, aku solat Asar dulu sbb masih awal lg. alhamdulillah..dpt jgk aku tgk wayang cite Nur Kasih The Movie ni walaupun agak last minit dan dpt tmpt duduk yg tak bape strategik. keseluruhannya, cite ni mmg best. memang tak rugi pn tgk wayang. ikutkan aku nk tgk lagi movie ni utk kali kedua. insyallah kalau masa mengizinkan, boleh je. bg sesiapa yg follow drama siri ni dua tahun yg lalu, sila la tgk ye. sapa2 yg tak follow atau tak tengok langsung drama siri Nur Kasih, memang tak ada masalah kalau nk tgk movie dia. ramai yg ckp movie Nur Kasih ni sambungan daripada drama siri. bg aku mmg pn sambungan tp xjd masalah kalau sapa2 yg tak follow versi drama dan trus tgk versi filem.