Perkara2 yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..agak lama juga aku tak update blog ni ye. kalau tgk jumlah post yg aku update sepanjang tahun ni (setakat hingga bulan Julai) hanya 15 je..rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkn selamat berpuasa kepada semua umat Islam. dh seminggu kita berpuasa ye..bagi yg nk beraya tu sabar..tggu lagi 3 minggu..kebetulan pula tahun ni kita menyambut hari raya sehari sebelum hari kemerdekaan (insyallah..)..jadi bagaimana dgn puasa korg? ada tertinggal? kalau setakat ni puasa penuh baguslah tp ingt jgn berpuasa menahan lapar dan dahaga je. perkara2 yg membatalkan puasa pun harus dijaga. oklah..di sini aku nk senaraikan perkara-perkara yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja. terlebih dahulu aku ingin mohon maaf sekiranya apa yg aku senaraikan ni menyinggung perasaan/sensitiviti orang ramai mahupun kesucian di bulan ramadhan ni. tidak ada niat untuk aku menyakiti hati orang lain. ini cuma pandangan aku je. apa yang aku senaraikn ni perkara2 yg berlaku di Malaysia. maaflah. aku tak pernah menyambut puasa di oversea..mana lah tau..ok mari kita saksikan

Perkara-perkara yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja (bulan2 lain tak pernah/jarang berlaku):

  1. Alert waktu sembahyang Maghrib, Imsak dan Subuh -memang biasa waktu sembahyang macam ni kita, termasuk aku sentiasa amik tahu pada setiap kali bulan puasa. tempoh waktu sembahyang maghrib dan subuh adalah singkat kira2 1 jam berbanding tempoh waktu solat yang lain. pada bulan puasa, kita semua alert waktu maghrib untuk berbuka puasa manakala waktu sembahyang subuh pula membolehkan kita bersahur sebelum waktu sembahyang subuh. bila bulan lain selain bulan puasa, waktu sembahyang subuh dan maghrib tidak dipedulikan termasuk lah waktu solat yang lain. bila org tanya pukul bape maghrib mesti ada yg jawab "pukul 7.30 kot", "pukul 7.45 kot".
  2. Surau/masjid mula ramai jemaah dan masjid/surau penuh dengan jemaah (awal2 puasa dan 10 malam terakhir je penuh) - Kenapa penuh bila bulan puasa je? sebab nk menunaikan solat tarawikh. solat tarawikh hanya dilakukan pada bulan puasa je. tak kisahlah nk buat di rumah atau di surau/masjid. besar pahala jika buat solat tarawikh ni walaupun ia tidak wajib. kalau tak kerana solat tarawikh ni, mungkin bilangan jemaah di surau/masjid masih kurang seperti bulan-bulan yang lain. apa2 pun bilangan jemaah yg datang surau/masjid hanya penuh bila awal2 bulan puasa je. lama kelamaan bilangan makin kurang. lagi satu pasal buka puasa dan moreh di surau/masjid. ini yang menggalakan ramai yg datang ke masjid pada bulan puasa. makan free sapa tak nak. kalau bulan2 lain cmni mesti ramai yg sentiasa pegi masjid/surau hanya sbb makanan. ish3..
  3. Hidangan wajib buka puasa -Mesti korang ada makanan wajib untuk berbuka puasa dan hanya bulan puasa je boleh dapat. bagi aku, hanya air 100 plus aku wajib ada setiap kali bulan puasa untuk berbuka. bulan2 lain pun beli jugak tp botol kecik je la. bulan puasa kena beli botol besar. tak lupa juga salah satu makanan wajib ada pada bulan puasa ialah Bubur Lambuk Kg Baru. ye..hanya bulan puasa je boleh dapat makanan ni di masjid Kg Baru, KL. bertahun2 dah wujud bubur lambuk ni di masjid tersebut yg boleh didapati secara PERCUMA. kalau nk dapatkan bubur ni, kena beratur awal jgklh..dan pihak masjid memang membuat bubur ni lebih daripada 10 periuk. huhu..
  4. Banyak majlis2 berbuka puasa bersama dengan anak2 yatim, OKU, ibu2 tunggal dan banyak lagi majlis amal diadakan - ye..setiap kali bulan puasa juga, banyak majlis2 buka puasa bersama anak2 yatim, ibu tunggal dan lain2 diadakan. bila tiba bulan2 lain, jarang2 berlaku. benar, bulan puasa adalah masanya untuk tingkatkan pahala dan salah satunya ialah bersedekah. harap ia tidak terhad pada bulan ramadhan je.
  5. Zakat fitrah - Zakat fitrah hanya ada pada bulan puasa sahaja dan ia wajib untuk semua orang Islam yg mampu. zakat ni boleh dibayar mulai awal ramadhan sehingga sebelum solat sunat hari raya. namun ramai juga yang bayar last minute.
  6. Main mercun dan mangsa letupan mercun - seperti asam garam kita setiap tahun bila mendengar bunyi letupan mercun. kadang2 baru berapa hari je puasa dh mula main mercun. mangsa letupan mercun pun menjadi2 juga dan aku sudah bosan mendengarnya dan takut melihat kecederaan yg dialami oleh mangsa bila melihat di surat khabar. aduh..ngerinya..baru2 ni berita mangsa letupan mercun dh muncul di surat khabar. dengar cite mangsa putus 3 jari ditangan kiri..kejadian ni berlaku pada hari ke-4 kita berpuasa kalau tak silap. sampai bila cerita macam ni nk berenti. sejak aku kecik sampai sekarang cite ni jugak klua
  7. Salam perantau mula disiarkn di dalam akhbar2 - anda ada kenalan atau kaum keluarga yg berada di oversea? tiap kali puasa atau raya mesti korg tak akan terlepas untuk melihat ruangan ni yg memaparkan gmbr2 rakyat2 malaysia yg berada di oversea dengan ucapan puasa dan raya mereka..kebanyakan gmbr yg muncul di bahagian ini ialah students yg belajar dia luar negara. selain menyiarkan gmbr2 berlatar belakang tempat2 menarik dan suasana menarik seperti salji, ruangan ini dapat membantu pelajar2 sekolah untuk belajar bersungguh2 supaya berazam dapat meneruskan pengajian di luar negara selepas tamat zaman persekolahan mereka nanti.
  8. Wujud bazar ramadhan yg menjual macam2 makanan dan minuman - kini bazar ramadhan wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. dh banyak makanan dan minuman yg dijual dan kadang2 nama pelik2 muncul. untuk tahun ni, sehingga kini, aku belum berpeluang untuk mengunjungi bazar ramadhan. macam pesta makanan pula dah bazar ramadhan sekarang ni. masa ni ramai yg amik peluang untuk meniaga sbb boleh mendapatkn lebih keuntungan masa bulan puasa ni (ye ke?). setiap hari mesti ramai je yg pegi bazar tanpa mengira usia mahupun agama. aku ingin ingtkn elakkan pembaziran ketika membeli. beli ikut kemampuan je lebih2 lagi harga makanan dan minuman di bazar kini sudah meningkat.
  9. Ramai yg nk balik ke kampung halaman sehari/dua hari sebelum 1 Ramadhan sebab nk berbuka puasa/sahur bersama keluarga - pada minggu lalu, 2 hari sebelum umat Islam berpuasa selama dua hari berturut-turut, berlaku kesesakan trafik di beberapa jalan di KL. untuk pengetahuan semua, beberapa negeri sahaja di Malaysia ni dh confirm cuti umum pada 1 Ramadhan. KL, Selangor tak cuti. tapi ada je yg nk mintak cuti sebab nk sambut puasa kt kampung. walau apa pun, bila waktu berbuka, masa inilah yang menyatukan seluruh keluarga. bagi yg berada di perantauan, mungkin akan terkenang saat ni bila hari pertama puasa kn?
  10. Rancangan TV yg banyak unsur keinsafan - sekarang ni banyak je program TV psl bulan puasa disiarkn di TV. ada yg genre serius dan ada juga komedi. yang penting kedua-duanya ada mesej unsur keinsafan dan mengingatkn kita pada amalan2 yg dilakukan pada bulan puasa. Salah satu drama TV yg kini giat disirkan ialah Ramadhan Terakhir. huhu..agak terkejut dan takut mendengar tajuk itu. tahun2 sebelum ni pun ada jgk rancangan TV yg memberi keinsafan..
anyway, tu sahaja lah yg aku dapat senaraikan. ramadhan tahun ini marilah kita merebut peluang untuk membuat lebih banyak amal ibadat sebab manalah tau ini ramadhan terakhir kita..huhu..xbleh dgr perkataan tu. sedih..