Salam Aidilfitri 2012

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..sudah lama aku tak update blog ni. kira2 sebulan yg lepas kn? maklumlah bulan puasa, malah banyak masa aku habiskan untuk beribadat seperti solat tarawikh, baca Al-quran dan 10 malam terakhir bulan puasa mencari lailatulqadar dimana salah satu malam tu aku ke surau untuk qiamulail..memang seronok. alhamdulillah hari sudah masuk hari ke-5 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri so, belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada korg semua yg sudi membaca dan menyokong blog aku selama ini. Ampun dan maaf jika aku terkasar bahasa melalui penulisan blog aku ini. jika ada yang terasa hati harap dimaafkan kerana bknnya sengaja malah ini tak ada kena mengena dengan hidup atau pun yg mati.

bagaimana sambutan Hari Raya korg? seronok? readers aku yg masih bersekolah ni cmna? dpt byk duit raya? harap korg semua faham apa erti hari raya..hari raya bukan setakat hanya mementingkan untuk duit raya tetapi ikatan silaturrahim sesama umat..alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sambutan ramadhan dan syawal tahun ini bagi aku sgt bermakna kerana kepulangan abg aku yg ke-3 iaitu abg Mal telah pulang ke tanah air bersama dengan isteri dan anak dia. tahun ini juga tahun pertama mereka menyambut kedua-dua bulan mulia itu di Malysia bersama kami sekeluarga setelah 4-5 tahun menyambutnya di negara Jepun. sudah tentu sambutan hari raya aku pada tahun ini hanyalah sederhana seperti tahun-tahun lepas. perbezaan hari raya tahun ini adalah tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas kerana kepulangan abg Mal sekeluarga. tahun ini kami adik beradik dapat berkumpul bersama dan bergambar lengkap satu family seperti gambar2 di bawah

family besar aku..kira memang cukup corum la tahun ni. tak ada yang tertinggal

candid dgn gaya trademark "terbaik" gara2 anak abg Mal, Gen Darwish
yang terpengaruh kartun animasi Malaysia iaitu Boboiby :P

anak-anak saudra aku seramai 6 orang. of course yg atas skali tu paling tua dan yang bawah sekali tu paling muda

adik-beradik aku. ye semua lelaki ye..dari kiri: abg Mal, abg Zed, abg Naz dan aku

sebahagian anak-anak saudara aku..tak boleh duduk diam betul budak-budak ni.

kenakalan anak abg Mal, Gen Darwish apabila memanjat sepupunya.

kamilah cucu-cucu atuk dan opah yang TERBAIK!!

anak saudara ni pun nakal juga..kesian yg jadi kuda tu ye..hehe

begitulah meriahnya family aku bila dapat berkumpul bersama..hanya yang mengejutkan aku bila aku buka facebook aku hari ini apabila ada rakan2 facebook aku post satu video yang boleh kata menyakitkan hati jugalah..banyak dislike daripada like..hmm..aku pn tak tau nak ckp video apa tu..korg tgk lah sendiri kt bawah ni.

ya..inilah video nya..hasil daripada seorang peminat artis k-pop,kumpulan big bang..sempat lagi buat video muzik versi raya..siap menari-nari ala2 k-pop lagi dengan baju kebaya dia..ish3.. bagi aku, kalau nk bergembira sambut raya sebab dh penat puasa tu boleh, tapi berpada-pada la..jaga batas2..mujurlah video tu dibenci oleh masyarakat. sambutan raya ni tak boleh disamakan seperti sambutan2 perayaan yang lain seperti krismas, tahun baru cina, tahun baru dan lain2 lagi. bagi aku, aku lebih suka kalau budak perempuan dalam video tu nyanyi lagu raya daripada kumpulan Tilu, tulus ikhlas hatimu. video klip dia pn memang beri keinsafan pada kita semua..tak percaya tengoklah video di bawah ini..


harap korg semua berpuas hati dengan post aku hari ini..dalam kita sibuk beraya ke rumah sanak saudara, rakan2 dan menghadiri beberapa rumah terbuka, jagalah kesihatan diri. janganlah lepas raya banyak penyakit yang muncul seperti kencing manis dan darah tinggi yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira tua dan muda. to all readers yang akan mengadakan rumah terbuka, jemputlah aku sekali ye..just mesej aku alamat rumah korg..sekian