Trip to Legoland

0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all readers. it's been a long time kan aku tak update. bila tgk balik my last post was on 24th November 2012. means that sepanjang December 2012 aku tak update apa2 pn. dh dekat sebulan. wow..anyway 2012 is going to be the end in less than a week tapi aku bukan nk cerita suka duka sepanjang tahun 2012. apa yg aku nk update kali ini ialah percutian aku ke Legoland, Nusajaya, Johor pada 1 Disember yg lalu. ha..dh 3 minggu baru nk update cite ni..huhu..tak apa..masih sempat lagi sebelum masuk ke tahun yang baru. yea..selepas ke Disneyland Tokyo aku ke Universal Studios Singapore dan kali ini ke Legoland Malaysia pula. kesemua taman tema yg aku lawati ini semua yg terletak di negara Asia. Asia bagus..haha..ok bangga jap jadi org Asia. Kali ini aku ke Legoland bersama-sama saudara mara aku kira2 15 orang termasuk aku. parents aku tak ikut sebab ada urusan lain.

Aku di hadapan main gate Legoland

Sebelum itu aku nak cerita dari mula sebelum aku sampai ke Legoland iaitu sehari sebelum 1 Disember (30 November). Aku bertemu dengan cousins aku di KL sentral (sebab tempat dia keja tak jauh dari KL Sentral) dengan menaiki kereta api KTM komuter dari stesen UKM, bangi. kami akan bertolak dari KL dengan menaiki kereta dia sebaik sahaja mereka tamat waktu kerja kira2 pukul 6 petang. sebaik sahaja aku sampai kt KL Sentral kira2 pukul 4.30/5.00 petang, aku solat dan minum petang di food court. Selepas tamat waktu kerja kami mula bertolak kira2 jam 6 petang dan sampai di tempat penginapan (hotel) di Johor Bahru (JB) pada pukul 11 malam. ketika dalam perjalanan, bukan sahaja jalan sesak di sekitar KL jalan ke seremban pn sesak diikuti dengan cuaca hujan ketika itu. alhamdulillah kami tiba juga di hotel dengan selamat. setelah sampai, aku pun berehat di bilik mak cik aku dan makan bekalan yg dibawa dari rumah. hehe..makan lagi..lepas makan baru aku balik ke bilik aku solat dan tidur..

Pada keesokannya iaitu 1 Disember, selepas sarapan pagi, kami semua bertolak ke Legoland pada pukul 8.30 pagi. perjalanan dari hotel kami di JB ke Legoland mengambil masa kira2 1/2-1 jam. setibanya kami di Legoland, apa lagi, bergambarlah di pintu utama Legoland tu sebelum masuk. tiket masuk dh pun ditempah awal semasa di KL lagi termasuk hotel yg kami menginap. so, tak perlu beratur panjang di kaunter. bila masuk Legoland, rasa sgt teruja bila tgk semua tempat yg ada dalam taman tema ni. bagi peminat Lego sejak dari kanak2 lagi, aku suggest korg dtglh sini walaupun harga tiket agak tinggi. para photographer pun dialu-alukan dtg ke sini sebab ada satu area yg dipanggil Miniland yg mempamerkan model bangunan-bangunan/struktur yg terkenal di Asia diperbuat dari Lego antaranya Masjid Putra, KLCC, Taj Mahal dan lain2 lagi. dtg sekali pun cukuplah. bagi aku, insyallah kalau ada rezeki, aku memang nk dtg lagi. pasal makanan dari luar BOLEH dibawa. nk makan kt cafe/restoran dalam theme park ni korg fikir 2-3 kali ye..kalau sanggup berlapar teruskanlah..hehe.bkn pasal halal atau tak tp harga..hmm...aku pun tak sempat nk beli makanan dari JB sebab kesuntukan masa. hanya sebotol air mineral bersaiz besar jadi bekalan. tempat solat? mestilah ada..selesa..masa aku tiba di sini, memang terlalu ramai org maklumlah musim cuti sekolah lagi2 pelancong dari negara jiran pun tak terlepas peluang untuk dtg ke sini.

My 1st ride bila tiba di Legoland

banyak roller coaster/rides yang aku naiki berbaloi dengan harga tiket dan masa yg aku luangkan satu hari di Legoland. ramai yg menunggu di setiap ride sanggup ku tunggu. aku juga tak lupa ke Miniland dan banyak gambar yang aku rakamkan di situ. ada kalanya aku terpisah dengan sedara-mara aku ketika mengelilingi theme park ini. susah nk mencari sebab terlalu ramai dan trip ini pula bukan sahaja diikuti bersama cousins, pak cik2 dan mak cik2 aku tetapi cucu2 mereka pun turut bersama..nasib baik 4 org je. bayi dua org dan kanak2 dua org. ya..mereka harus dijaga dengan sebaik-baiknya supaya tidak hilang.

my last ride sebelum pulang ke hotel ialah water splash (bkn nama ride yg sebenar). aku sendiri lupa apa nama ride ni sebenarnya..boleh la water spalsh. turun je terus basah kuyup bila naik menda ni. aku naik ride ni sebab nk melayan seorang cousin aku, haiqal yg meronta-ronta nk naik menda ni. susah betul cousins lain nk layan ikut ragam dia. apa2 pun aku, salah sorg pak cik aku dan salah sorg cousin layan je la dia ikut naik ride ni..bila kami naik ride ni dan kami semua basah kuyup bila tiba di bwh menuruni kt cerun bukit. happy jgk ko ye haiqal..hehe..

kami ketika menaiki ride water splash

tgk tu, cousin aku haiqal baca doa bila naik menda ni. apa2 je la..asalakn ko happy. poyola ko. dh lah ajak aku, pak cik aku dgn cousin aku naik menda ni. excited sgt. pas tu duduk belakang plak. haha..

saat menuruni ride ni..lawak giler muka aku.

yeah! basah semua org

begitulah ceritanya trip aku ke Legoland. keesokannya selepas breakfast, aku bersama dgn salah sorg cousin, pak cik dan mak cik aku ke Johor Premium Outlet (JPO) dan kemudian kampung pak cik aku di Muar sebelum pulang ke KL. kami ke JPO hanya bersiar-siar je..aku berasa sgt gembira dpt bercuti ke Legoland dan di JB. enjoy sgt. diharap jika ada peluang pada masa akan dtg, aku nk bercuti lagi ke Legoland. untuk melihat lebih gambar, korg boleh ke facebook aku. byk lagi gambar2 yg aku dh upload. ikutkan byk gmbr yg aku rakam masa di Legoland tp aku dh pilih yg aku rasa menarik je. hope u guys enjoy read my blog. see u again next time. bye.