Aku dan Rafidah Ibrahim 2

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Apa khabar? Harap korg semua sihat. Ye, readers sekalian..cerita “Aku dan Rafidah Ibrahim” ada sambungan nya. Terima kasih kpd korg semua kerana sudi membaca cerita “Aku dan Rafudah Ibrahim” kira2 3 bulan lps. Bilangan pembaca cerita tu kalau nk ikutkan bukannya ramai. Sikit je..tapi aku tetap syukur kerana readers aku sukakan cerita tu. Kalau korg dh baca post yg aku ceritakan dulu, ending dia adalah AKU BERMIMPI. Memang aku bermimpi pun. Tapi boleh tak bayangkan kalau ia situasi ini betul2 terjadi? Mesti nak tau kan apa yg terjadi selepas loceng kebakaran tu masih berbunyi? Aku dh agak korg pasti terhibur bila korg baca episod yg pertama tu. Ada yg hampir tertipu dan rasa suspen bila baca sampai habis. Last2 ending mimpi. Ada jgk yg tanya aku samada aku memiliki dua ijazah (degree)?  kelakar jgk soalan tu. Aku ada 1 ijazah je. Watak “aku” dalam cerita ni mmg nama dia Taufiq. Tanpa membuang masa dan bercerita panjang lagi aku nk cerita sambungannya. Harap korg jangan percaya cerita sambungan ni kerana cerita ni hanya rekaan semata-mata bukan niat untuk meniru atau sindir sesiapa.

Loceng amaran kebakaran masih berbunyi. Aku, Rafidah dan pelajar-pelajar lain menutup telinga kerana bunyi loceng tersebut yg nyaring sehingga boleh memekakkan telinga kami. Tidak lama kemudian bunyi loceng tersebut pun tidak kedengaran. Bagi kami, kemungkinan loceng kebakaran tu berbunyi bukan disebabkan ada kebakaran. Ini mungkin ada masalah teknikal. Baru sahaja aku nak memulakan perbualan dengan Rafidah tetapi gangguan loceng tu yg menghalang perbualan kami. 15 minit sebelum bermula kuliah, rakan aku, Latiff pun tiba. Nasib baik dia tak lambat datang ke kuliah pertama di semester pertama ni.

Latiff: Taufiq. Kenapa tak tunggu aku masa nak pergi tadi?
Aku: Kau yang bangun lambat. Aku dah kejutkan kau banyak kali.
Latiff: Oo..betul..betul. Eh! Rafidah. Assalamualaikum..hai..dah jumpa dah ye kawan saya ni. Semalam saya dah cakap dengan dia yang awak belajar kt sini tapi dia tak percaya.
Rafidah: Waalaikumsalam..ha..biasalah tu. Memang ramai student UiTM tak sangka saya sambung pengajian di sini.
Selepas itu, pensyarah yang mengajar kami pun tiba dan terus membuka pintu bilik kuliah. Kami termasuk pelajar2 lain berpusu-pusu masuk ke dalam bilik kuliah. Ketika di dalam bilik kuliah, aku, Latiff dan Rafidah duduk bersebelahan. Aku dan Latiff dah berasa rindu untuk kembali ke alam pengajian tinggi bila berada di bilik kuliah. Mana tidaknya. Dah 3 tahun kami bergarduan dari UNITEN baru kini dah mula pengajian kami di UiTM pula. Pastinya suasan berbeza. Kami semua tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarah kami, iaitu En Ramli Salleh atau panggil je En Ramli. Bagi aku dan Latiff agak kurang memahami apa yang disampaikan oleh En Ramli kerana kami langsung tak ada “basic” mengenai seni lakonan. Memandangkan hari ini adalah hari pertama kuliah, tempoh kuliah pun hanya 1 jam sahaja walaupun tempoh sebenarnya adalah 2 jam. Pensyarah kami hanya memberitahu pengenalan (introduction) sahaja untuk hari ini. Beliau akan mula mengajar untuk kuliah seterusnya.
Selesai sahaja kuliah En Ramli, Rafidah meminta nombor telefon aku dan aku pun meminta nombor telefon dia. Sesudah kami bertukar nombor telefon, dia bertanya pada aku. “Petang ni awak sibuk tak?” tanya Rafidah. Aku pun jawab “Tak. Kenapa ye?”. “Saya nak ajak awak pergi makan dekat food court dalam UiTM ni. Boleh? Pukul 5 petang kita jumpa di sana”. Oh. Rafidah ajak aku keluar makan. Bagaikan tak percaya. Belum pernah aku dengar perempuan yang ajak lelaki makan. Biasanya lelaki yang ajak dulu. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Aku pun bersetuju untuk keluar makan bersama dia petang ini di food court dalam UiTM.  “Boleh. Kenapa tak makan tengah hari dengan saya je?” aku bertanya lagi. Rafidah pun jawab “Tengah hari ni saya tak boleh. Roomate saya ajak saya makan tengah hari dengan dia”. ”Oh. Kalau macam tu boleh je kita jumpa di food court petang ni. Saya pun tak sibuk petang ni. Ok kita jumpa sana ye. Apa-apa hal kita mesej ye” kata aku lagi.
Hari ni masih ada kuliah lagi pada pukul 3 petang. Pensyarah dia ialah Pn Fatimah. Jam pula menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masih banyak masa lagi. Selepas tamat kuliah, hendak jumpa Rafidah pula pada pukul 5 petang. Sementara masa masih terluang lagi, aku pulang ke hostel. Latiff dah ke hostel terlebih dahulu selepas tamat kuliah tadi kerana aku sudah memberitahu dia aku pulang lewat sedikit. Tiba nya aku di hostel, dia dan rakan-rakan kami yang lain pun menyapa aku.
Latiff: Seronok nampak. Patutlah suruh aku balik hostel dulu. Kau nak jumpa Rafidah rupanya.
Badrul (rakan hostel): Sempat lagi kau minta nombor telefon dia. Baru hari pertama kuliah.
Shah (rakan hostel): Kau kena ingat dia tu artis. Tak tentu pasal gosip pasal kau dengan dia keluar dalam surat khabar dengan majalah.
Ali (rakan hostel): Kau suka dia ke? tak pun dia suka kau. Cinta pandang pertama lah ni.hehehe
Aku: macam-macam lah korg ni..aku dengan dia kawan je. Aku baru kenal dia hari ni. Aku tahu Rafidah tu artis. Aku tahu nak jaga diri nak elak daripada gosip tu. Latiff. Tengah hari nanti kita makan kat luar ye. Badrul, Shah, Ali kalau nak ikut skali jom la. Lepas kuliah, aku terus pegi         food court. Aku balik sendiri.
Latiff: Ok. Boleh je. Petang ni kau balik sendiri? Ha..tau2..ni mesti nak pergi keluar dengan Rafidah kan?
(Badrul, Shah dan Ali terganga kemudian mengangguk. Mereka serentak berkata faham..faham..)
Tamat sudah kuliah untuk hari ini. Seperti yang dijanjikan, lepas tamat sahaja kuliah Pn Fatimah, aku pergi ke food court untuk berjumpa dengan Rafidah. Ramai juga pelajar-pelajar lain yang berada di situ. Tibanya di food court, aku dan Rafidah pun memesan makanan dan minuman yang kami mahu. Sementara menunggu makanan siap, kami pilih meja yg kosong terlebih dahulu. Bebrapa rakan sekuliah kami juga turut berada di food court pada waktu itu. Berderbar rasanya aku berjumpa dengan Rafidah, berdua pula tu. Dari pandangan mata aku sudah rasakan sesuatu perasaan yang aku tak sangka akan aku alaminya..ya. perasaan suka, cinta dah hampir mula terbit. Oh..tak mungkin aku nak fikirkan pasal ini lagi. Aku menyambung pengajian ini untuk mencari ilmu. Bukan untuk mencari cinta.
Rafidah: Awak. Macam mana awak boleh kenal Latiff?
Aku: Oh. Saya kenal dia sejak sama2 belajar kt UNITEN dulu. Masa tu kitrg satu jurusan dan sekelas pula tu.
Rafidah: Saya rasa lepas ni awak panggil saya Fida pun cukup. Mesti nak sebut macam
panjang sangat kan. Lagipun ramai yang panggil saya Fida.
Aku: Saya ok je. Awak pun boleh panggil saya Fiq. Tak perlu panggil Taufiq. Tapi awak sorang je kt UiTM ni panggil saya Fiq. Lagi satu, saya rasa elok kita panggil dengan nama kita sendiri bila kita bercakap sesama sendiri. Pelik pula rasanya bila cakap guna saya dan awak.
Rafidah (Fida): (Sambil tersenyum dan gelak kecil). Awak ni kelakar juga ye. Eh silap. Fiq ni
kelakar jugak. Boleh. Tak ada masalah pun. Fida tau ramai lelaki tak biasa bila cakap macam tu.
Tidak lama kemudian, makanan dan minuman yang kami pesan tadi pun siap. Masa untuk menjamu selera. Walaupun aku tak lapar tetapi aku tetap nak makan juga dan malam nanti tak perlu nak makan lagi dah Fida ajak makan di food court waktu petang. Selera tinggi tiba-tiba muncul pada waktu ini. Sama ada disebabkan berjumpa dengan Fida atau memang aku yang kuat makan. Kami terus berbual sambil menjamu selera. Boleh tahan sedap makanan dan minuman yang kami makan di food court ni. Ini adalah kali pertama aku menjamu selera di sini. Harga makanan pun berpatutan mengikut kemampuan pelajar-pelajar di sini.
Aku berasa selesa bila berbual dengan Fida. Memang tak sama seperti yang aku dengar daripada media2 tempatan. Mereka laporkan Fida ni bermasalah dan macam-macam lagi. Bagi aku, mana ada manusia yang tak ada masalah. Semua orang ada masalah. Orang gila saja tak ada masalah. Mungkin bagi aku terlalu awal untuk berkata aku selesa berkawan dengan dia. Baru jumpa beberapa kali dah kata selesa dengan dia. Mustahil. Aku perlu masa untuk mengenali dia begitu juga dengan dia.
Beberapa bulan kemudian selepas aku dilihat begitu rapat dengan Fida, gosip antara aku dan dia mula muncul di akhbar tempatan konon nya kami ni bercinta. Aku dapat tahu cerita ini melalui Latiff yang siap buka akhbar itu dan menyuruh aku membacanya. Ianya bukan cerita sensasi (bukan muka depan akhbar) tetapi hanya cerita kecil di bahagian hiburan. Walaupun di dalam akhbar itu tidak menyatakan nama aku tetapi aku boleh agak sendiri siapa jejaka yang dimaksudkan itu. Hampir seluruh kampus yang bertanya dan bercakap menganai cerita ini. Aku berasa kekok untuk menghadapi situasi ini. Mana pernah cerita sensasi aku dengan artis muncul dalam media. Baru pertama kali perkara ini berlaku dalam hidupku. Di laman sosial pun tak kurang hebat juga. Ada yang suka dan ada yang tak suka pasal cerita ni. Siap mengata macam-macam lagi. Paling yang membuat aku sakit hati ialah ada yang mengungkit kembali sejarah antara Fida dan lelaki yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini. Bagi aku tidak perlu lagi nak cerita kisah lama dia dengan siapa. Sejujurnya aku hanya ingin fokus pada pengajian aku di universiti tetapi andai kata aku bertemu jodoh di sini, aku terima seadanya. Ahli keluarga aku yang pertama tanya aku mengenai gosip ini ialah mak cik aku kemudian baru ibu bapa aku dan adik-beradik aku yang lain bertanya mengenai hal ini. Aku menafikan cerita ini dan ahli keluarga aku percaya kan aku selepas aku menceritakan perkara yang sebenar antara aku dan Fida. Mereka tahu cerita ini tidak benar dan mereka pun tahu aku berkawan dengan Fida kerana aku pernah memberitahu mereka Fida rakan sekuliah aku di universiti. Aku pun bertanya pada Fida bagaimana nak atasi gosip di akhbar ini dan dia hanya berkata tak perlu layan gosip ini. Aku mengiyakan sahaja. Aku percaya dia akan memberi jawapan yang professional kepada wartawan-wartawan ini.
Aku dilihat tidak konsisten kerana asyik dengan Fida sehingga aku lupa tanggungjawab aku sebagai pelajar di mana tugasan berkumpulan banyak yang aku tangguh dan aku dimarah oleh Latiff dan rakan-rakan lain. Aku terus meminta maaf pada Latiff dan rakan-rakan lain kerana telah menyusahkan mereka. Aku terus bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah. Mereka menerima kemaafan aku dengan baik. Manusia mana yang tak pernah buat silap. Bersungguh-sungguh kami menyiapkan tugasan semata-mata untuk mendapat gred yang bagus dan yang terbaik. Mulai saat itu aku terus berusaha dan konsisten terhadap pengajian aku di UiTM. Aku tetap berkawan dan saling berhubung dengan Fida selepas gosip yang melanda itu. Fida pula dah pun menjelaskan perkara sebenar kepada wartawan beberapa hari selepas gosip itu keluar malah gosip tu pun reda dan tidak kecoh seperti mula-mula ia keluar di akhbar.
Setahun berlalu, kini pengajian aku sudah masuk ke tahun kedua. Aku dibenarkan membawa kereta di kampus. Lega bila pihak universiti dah mengizinkan aku membawa kenderaan kerana aku sudah menjadi pelajar senior. Jadi tak susahlah aku hendak kemana-mana selepas ini. Fida juga begitu. Dia juga mempunyai kenderaan persendirian dan dibenarkan membawanya di kampus. Dia juga mempunyai kawan rapat sama seperti aku dalam tempoh setahun pengajian di universiti. Jika kawan-kawan rapat aku adalah Latiff, Badrul, Ali dan Shah, kawan-kawan rapat dia pula adalah Siti, Aishah, Lisa dan Farah. Kami semua jarang-jarang bersama dengan kawan-kawan rapat kami. Ketika ini aku dapat lihat kawan-kawan rapat aku mula mahu mengenali dengan lebih dekat kawan-kawan rapat Fida. Latiff sudah mula mengenali Siti, Badrul pula pada Aishah, Ali dengan Lisa dan Shah pula rapat dengan Farah. Sejauh mana hubungan mereka semua, aku tidak tahu. Aku hanya tahu mereka tetap memberi komitmen terhadap apa yang ingin dikecapi di universiti. Fida masih meneruskan karier sebagai pelakon dan penyanyi walaupun masih bergelar pelajar. Dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan akademik.
Pejam celik pejam celik akhirnya kami semua berjaya menamatkan pengajian di UiTM dengan jayanya. Hari konvokesyen akan tiba awal Disember tahun ini. Aku sudah mula bekerja di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tamat pengajian dan sebelum hari konvokesyen bermula. Kawan-kawan rapat aku yang lain juga sudah bekerjaya sebelum majlis konvokesyen lagi. Badrul sebagai tenaga pengajar di ASWARA, Ali juga jadi pensyarah di UiTM Shah Alam, Shah pula sebagai penulis skrip di syarikat produksi milik Rosyam Nor iaitu Suhan Movies. Latiff? Ye..dia bekerja di salah sebuah syarikat Teknologi Maklumat sebagai pengaturcara (programmer). Kawan-kawan rapat Fida pula aku tak dapat diketahui. Fida masih terus berlakon dan lakonannya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Apa yang mengejutkan aku ialah aku menerima 4 kad jemputan kahwin masing2 daripada Latiff, Badrul, Ali dan Shah pada hari konvokesyen kami. Mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing yang mereka kenali ketika di UiTM. Latiff dengan Siti, Badrul dengan Aishah, Ali dengan Lisa dan Shah pula dengan Farah. Alhamdulillah mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Mereka akan berkahwin tahun hadapan. Dua daripadanya akan naik pelamin bulan Januari dan selebihnya pada bulan Februari.
Aku dan Fida? Mungkin tiada jodoh antara kami berdua. Keluarga aku tidak bersetuju jika aku teruskan hubungan lebih serius dengan dia tetapi persahabatan tetap kekal selama-lamanya. Ibu bapa aku sudah memilih sendiri pasangan untuk aku tetapi belum masa untuk aku berkahwin lagi. Siapa orangnya? Biarlah rahsia. Aku ikutkan sahaja kehendak mereka dan pilihan mereka. Aku tahu sukar untuk meneruskan hubungan yang lebih intim dengan Fida kerana dia adalah artis. Pastinya jadi perhatian ramai. Aku dan keluarga aku mahu hidup seperti biasa. Sebab itulah aku tidak dapat meneruskan hubungan aku dengan Fida hingga ke jinjang pelamin.
Begitulah ceritanya..aku harap korang semua terhibur dengan cerita sekual yang aku ceritakan ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Insyallah jika ada cerita menarik lagi, akan aku ceritakan di dalam blog ini pada masa akan datang.

Awie-Tragedi Oktober

0 comments


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala
dosa-dosaku
Tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kejujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala
dosa-dosaku
Tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
(repeat)

Kekasihku...