Assalamualaikum readers sekalian. Hari ni aku nak cerita sedikit pasal salah satu makanan yang sedap di Bandar Baru Bangi. Sebanarnya hari ni (3 mac) aku belanja kedua ibu bapa aku makan malam di luar setelah mendapat gaji pada minggu lalu. Ramai yang tanya aku kat mana makan yang sedap kat Bangi ni. Aku memang susah nak jawab soalan tu sebab kat Bangi ni banyak tempat makan sampai aku tak tahu nak cadangkan yang mana satu. ikut tekak masing2 lah. Kali ini aku ada satu tempat menarik untuk korang cuba selepas aku ternampak gambar tempat makan ni facebook kawan aku. Jika korang penggemar burger, apa kata korg cuba menikmati burger di Burger Byte. Burger Byte mempunyai banyak cawangan seperti Damansara Perdana, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Sentul, Seri Iskandar, Senawang dan yang terbaru di Ayer Keroh. Kalau macam aku yang menetap di Bandar Baru Bangi, sudah semestinya aku ke Bandar Baru Bangi. Pada hari minggu memang ramai pelanggan, jadi kalau nak datang pada hari minggu sila lah datang awal ye. Ia dibuka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga tengah malam. Burger Byte dimiliki oleh pelawak dan pelakon terkenal iaitu Zizan Razak (raja lawak) untuk dua cawangan iaitu di Damansara Perdana dan Bangi.
Cawangan Burger Byte
Peta ke Restoran Burger Byte cawangan Bangi
Jalapeno Burger
Untuk sesiapa yang menetap di Bangi, Kajang atau Putrajaya, lokasi Burger Byte di Bangi terletak di seksyen 15 (seperti dalam peta di atas). berdekatan dengan restoran Nasi Briyani Gam Anje. Alamat dia seperti tertera di gambar atas. Aku juga baru pertama kali menjejakkan kaki di restoran ini malam tadi dan aku mencuba Jalapeno Burger manakala mak dan ayah aku pula memesan beef burger. Ya. memang sedap burger yang aku makan tu. Untuk semua hidangan burger ada menyediakan kentang goreng. Bagi yang tidak mahu makan burger, korg boleh makan makanan lain seperti pasta dan juga burger tanpa roti yang dipanggil "naked burger". hidangan "naked burger" ni seperti steak. Ketika aku sedang menjamu selera, pelanggan yang berada di sebelah meja aku, memesan minuman gelas besar dan boleh dinikmati 2-3 orang. wow. yang itu pun ada jugak di sini. apa pun. makan di sini berbaloi. daging burger dia bukan digoreng tetapi dibakar (grilled) malah tebal pulak tu. cara untuk order makanan (di Bangi yang aku tahu) adalah sama seperti korang pergi makan di McDonalds, KFC dan Burger King di mana korang kena pergi ke kaunter dan memesan makanan dan minuman, bayar dan pergi ke meja dan tunggu hidangan korang dihantar oleh pelayan ke meja korang. Servis di sini memuaskan cuma tempat letak kenderaan di cawangan Bangi agak terhad. Jadi Insyallah kita berjumpa lagi untuk post yang baru akan datang. Bye.