Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian..Lama sudah tak update cerita baru. diharap readers sekalian sihat sejahtera semuanya. Tak lama lagi kita bakal mengakhiri tahun 2014. Semoga apa yg korg impikan pada tahun ini dah pun termakbul. bagi yang belum mencapai apa yg diingini, kita cuba tahun depan iaitu pada tahun 2015. pastinya tahun 2015 merupakan tahun yg paling mencabar bagi kita semua. baiklah. aku sebenarnya nak cerita pasal satu makanan yg memang menjadi kesukaan semua rakyat malaysia iaitu pisang goreng. ya. pisang goreng bukan goreng pisang yg biasa kita sebut. goreng pisang tu sebutan yg salah.
Pisang goreng merupakan makanan yg biasa dimakan pada waktu petang sebagai hidangan minum petang untuk rakyat malaysia tanpa mengira umur dan pangkat. biasa korang makan pisang goreng dengan apa? makan pisang goreng biasa je. ini memang biasa kita tengok. huhu..kalau korang nak tau, pisang goreng boleh dimakan dengan pelbagai cara. aku kongsikan beberapa cara kita boleh makan pisang goreng (gambar ihsan dari google):
- Pisang goreng dengan sambal kicap
Pisang goreng dengan sambal kicap ni memang dah sinonim terutama sekali orang negeri Johor. bagi diorg memang sedap kalau pisang goreng dimakan dengan sambal kicap. lagipun di Kuala Lumpur mungkin dulu agak asing bila pisang goreng di makan dengan sambal kicap tetapi kini tidak lagi. mungkin juga penjual2 pisang goreng kini dia sertakan sambal kicap kepada pembeli. hehehe.
- Pisang goreng garam
Pisang goreng dengan garam? yup mungkin korg semua tak pernah dengar kan. sebenarnya memang ada. masa aku kanak2 dan remaja dulu aku, aku biasa beli di gerai yang menjual pisang goreng garam. masa tu aku masih menetap di kelana jaya dan pisang goreng ni memang laku di kelana jaya. siapa yg membesar di kelana jaya seperti aku, mesti tau pisang goreng ni. kita juga diberi pilihan sama ada nk letak garam atau tidak. kini aku tak tau gerai pisang goreng tu wujud lagi atau tidak.
- Pisang goreng cheese
Pisang goreng ni memang dah jadi trend masa kini. banyak tempat dah mula menjual pisang goreng cheese ni. aku juga pernah mencubanya. memang sedap. sampai sekarang aku tak tahu dari mana asal pisang goreng cheese ni dan bila ia mula diperkenalkan. apa pun masyarakat kini mula kreatif untuk mencipta sesuatu yang baru. untuk penggemar cheese, jangan ketinggalan untuk menikmati pisang goreng cheese.
Oklah. hanya tiga cara pisang goreng dimakan yg dapat aku kongsikan dgn korg. kalau korg ada cara lain makan pisang goreng, boleh kongsikan dgn aku. apa pun harap korg semua enjoy baca blog aku ni. semoga kita jumpa lagi untuk posting akan datang insyallah.