Ola Bola

1 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. harap semua sihat sejahtera hendaknya. kita dah pun berada di pertengahan bulan februari 2016. sekejap rasanya. oklh. sebernarnya nak bgtau yg aku dh lama tak tgk wayang. kali terkahir tgk wayang adalah pada pertengahan 2013 cerita man of steel (superman la tu). cuba kira berapa lama dh tu. lama kn? dh lah pegi tgk sorg2. so, since dh lama aku tak pergi tgk wayang, aku pun plan nk tgk cite yg dh 3 minggu klua kt pawagam iaitu ola bola. yup ini cerita malaysia. bukan cerita melayu. dgr kt media sosial dan radio, cite ni dpt kutipan yg memberangsangkn dlm masa 4 hari iatu rm 2 juta. skrg dh 3 minggu kutipan dh cecah rm 8 juta. dgr cite juga boleh kata semua pawagam di seluruh lembah klang penuh setiap hari dan setiap waktu. option yg mudah jika nk pegi tgk cite ni adalah tempahan secara online atau apps di handphone.

bila dh dgr review yg positif, aku pun tempah tiket wayang cerita ni melalui online pada 12 feb (jumaat) dan aku pilih utk tgk cite ni keesokan hari nya iaitu hari sabtu (13 feb) jam 2.40 ptg di gsc alamanda, putrajaya. masih menonton sorg spt 3 tahun lps. bkn apa sbb dh ajak kawan2, ramai yg busy so nk tk nk aku pegi lah sorg. ketika book tiket online pun boleh tahan penuh juga di beberapa tempat pusat beli belah yg lain. nasib baik ada tempat lg di alamanda putrajaya. tempat duduk yg aku pilih pun mmg strategik. hahaha..

hari yg dinanti pun telah tiba, maka aku pun pergilh ke alamanda yg tak berapa jauh dari rumah aku. setibanya di gsc alamanda aku beli pop corn dan air kemudian barulh masuk ke pawagam kira2 10 min sebelum waktu tayangan bermula. lps dh masuk panggung utk cite ola bola, ramai juga yg ingin menonton cerita ni tanpa mengira bangsa mahupun agama. mugkin impak cerita ini menyatukan kita semua rakyat malaysia dari pelbagai bagsa. memang aku dh katakan awal2 td yg cerita ola bola adalah cerita malaysia bkn cerita melayu. pelakon2 dalam cerita ni pula dari pelbagai bangsa dan agama. bukan hanya setakat dari kalangan org melayu sahaja.

sedikit sinopsis daripada cerita ola bola. filem ini merupakan kisah benar daripada zaman era kegemilangan bola sepak malaysia pada tahun 1980 di mana ketika itu pasukan bola sepak negara kita dalam perjalanan utk melayakkan diri ke sukan olimpik 1980 moscow. jangan terkejut pula jika muka2 pelakon yg berlakon jadi pemain bola sepak negara dalam cerita ni menyerupai lagenda bola sepak negara pada tahun 1980 kerana hanya rambut je memainkan peranan. nama2 watak pemain dan juruatih bola sepak negara dalam cerita ni diubah dan tidak menggunakan nama sebenar pemain2 dan jurulatih yg beraksi tahun 1980 atas sebab2 yg tertentu. banyak suka duka yg dihadapi oleh pasukan negara kita. jika dilihat betul2 mmg kita akui keperitan yg dihadapi oleh mereka ketika itu sebelum mengecapi kejayaan. pengorbanan pemain2 terpaksa meninggalkan keluarga demi mengharumkan nama negara di peringkat lebih tinggi. jadi kalau nk tahu lebih lanjut, kenalah tgk cerita ni ye. tak rugi pun. cerita ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai peringkat usia. sangat digalakkan untuk para pemain bola sepak negara, kanak2 dan remaja. Ia sebagai pengajaran untuk kita supaya mengenang jasa pemain2 bola sepak negara kita yg bersungguh-sungguh bermain bola sepak demi negara tercinta bukan untuk wang semata-mata.

selesai sahaja tamat tayangan pada petang tu, tiba2 je dua org pelakon ola bola muncul dari pintu belakang pawagam dan menuruni tangga ke bawah menghampiri skrin wayang. jangan tanya nama pelakon2 tu sbb aku sendiri tak kenal nama diorg cuma nama watak yg dimainkn oleh mereka dalam cerita ola bola tu aku tau la. sorg pegang watak eric dan sorg lg abu. agak mengejutkn bila mereka muncul di gsc alamanda selepas tamat cerita itu. mmg rezeki aku la dpt jumpa mereka ptg tu. mula2 mereka muncul di depan, aku pun tak kenal siapa diorg ni. tertanya-tanya juga siapa diorg ni siap pakai t-shirt logo ola bola lg. ingtkn krew cerita tu rupanya pelakon2 ola bola. mmg betul dan mereka pun akui sebabkn rambut ramai tak perasan diorg ni. penonton dalam wayang ni pun ramai tak perasan diorg. seronok tak terkata aku dibuatnya. dpt berjumpa dan bergambar dgn pelakon ola bola lps abis tgk cerita tu kt wayang beberapa minit kemudian.

bersama pelakon ola bola yg memegang watak eric (kiri) dan abu (kanan)

Selfie skit sblm balik

apa pun keseluruhan cerita ni sgt best. jika ada peluang lg aku nk tgk lg cerita ni. tahniah buat semua pelakon dan juga pengarah ola bola. diharapkn cerita dengan genre sukan dpt dihasilkn lg sbb negara kita masih kurg cerita dgn genre ini. asyik2 cite cinta dan hantu. boring tau tak. kalau kt negara luar, cerita dengan genre sukan ni dh byk dh. cerita macam ni mungkin dapat memberi motivasi kpd penonton untuk mengecapi apa yg diimpikan. semoga kita jumpa lagi di masa akan dtg. bye

Hyper Act. - Takkan Pergi

0 comments


Hari ku yang pergi hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah hilang dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir

Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika
Airmata ini mengalir ku sendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi

Selamat Tahun Baru 2016

0 comments

Assalamualaikum readers..syukur Alhamdulillah dh pun masuk tahun baru 2016. kebetulan hari ini pula genap usia 7 tahun blog ini. wow..masih tak percaya dh 7 tahun aku berblog. cuma tahun lps tak update byk kt blog ini. aku ingin mengucapkn jutaan terima kasih kepada semua yg setia baca blog aku ni dan yg menyokong blog aku ni sepanjang 7 tahun. teruskan menyokong dan mengikuti blog ini walaupun jarang update ye. jika ada salah dan silap atau mana2 posting yg menyinggung perasaan readers sekalian sepanjang aku berblog, ampun maaf drpd aku. sesungguhnya aku hanya manusia biasa takkan lari drpd melakukan kesilapan. baiklah. tak banyak yg aku nk cerita kt sini hari ni. harap kita akan jumpa lg dlm posting akan dtg. Selamat Tahun Baru 2016 kpd semua. semoga apa yg diharapkan akan tercapai tahun ini. teruskan usaha jika apa yg korg azam tak tercapai pada tahun2 sebelum ni.