Ainan Tasneem- 150 juta

2 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all reders..hampir 2 bulan aku tak update apa2 di blog ni kan..story tak ada macam ni la..busy pun iya juga..syukur alhamduilillah..sekali lagi dapat bertemu di blog yg indah ni..rindu pula nk update kt blog ni jadi post terbaru ni simple je. berdasarkan tajuk blog hari ini, ia adalah single kedua daripada artis Youtube, Ainan Tasneem yg bertajuk 150 juta. mesti ramai peminat2 youtube akan berkata yg tajuk lagu kedua Ainan ni milik Fynn Jamal (artis youtube jugak) kenapa Ainan nyanyi balik lagu ni. nk curi lagu Fynn ke? apa salahnya Ainan nk nyanyi balik lagu ni..lagu cover pun..bukan curi..ikutkan 150 juta ni lagu original milik Fynn yg lirik pn dia cipta sendiri. lagu ni pun dh lama ada kt youtube.

terus terang aku pun tak kenal Fynn Jamal ni sapa dan belum pernah dgr lagu 150 juta ni. bila Ainan nyanyi balik baru aku nk search kt youtube..apa pun mmg sedap lagu ni tak kira siapa yg nyanyi sama ada Fynn atau Ainan...menerusi Facebook Ainan yg aku lawat, katanya lagu ni mmg akan jadi single kedua utk album dia lepas lagu popular dia, aku suka dia. Ainan dan recording management ada minta kebenaran Fynn utk jadikan lagu ni dikomersialkan (supaya tak dituduh mencuri lagu ciptaan orang lain). recording management rasa rugi kalau tak komersialkan lagu 150 juta ni sebabkan lirik yg catchy. Ainan pun dh explain to her fans yg 150 juta 100% lagu ciptaan Fynn Jamal dan Fynn dh agree and sign agreement sbg penulis lirik lagu ni. So, macam ini la cara yang kita mahu. kalau nk terus bertahan dlm industri ini, contohi la cara mereka berbincang. Hope you guys enjoy listening to Ainan's 2nd song..see you again next time insyallah..bye..

p/s: semoga Ainan terus bertahan di dalam bidang nyanyian dan disenangi masyarakat. teruskan berkarya..

Tengku Adil- Babak Cinta

0 comments


Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya

Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu

Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi

Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta

Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta

Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta

Aku untukmu sepanjang hayat

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna slalu terluka

Ooohhh... oohhhh.... Oohhhh... oohhh...

Salam Aidilfitri 2012

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..sudah lama aku tak update blog ni. kira2 sebulan yg lepas kn? maklumlah bulan puasa, malah banyak masa aku habiskan untuk beribadat seperti solat tarawikh, baca Al-quran dan 10 malam terakhir bulan puasa mencari lailatulqadar dimana salah satu malam tu aku ke surau untuk qiamulail..memang seronok. alhamdulillah hari sudah masuk hari ke-5 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri so, belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada korg semua yg sudi membaca dan menyokong blog aku selama ini. Ampun dan maaf jika aku terkasar bahasa melalui penulisan blog aku ini. jika ada yang terasa hati harap dimaafkan kerana bknnya sengaja malah ini tak ada kena mengena dengan hidup atau pun yg mati.

bagaimana sambutan Hari Raya korg? seronok? readers aku yg masih bersekolah ni cmna? dpt byk duit raya? harap korg semua faham apa erti hari raya..hari raya bukan setakat hanya mementingkan untuk duit raya tetapi ikatan silaturrahim sesama umat..alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sambutan ramadhan dan syawal tahun ini bagi aku sgt bermakna kerana kepulangan abg aku yg ke-3 iaitu abg Mal telah pulang ke tanah air bersama dengan isteri dan anak dia. tahun ini juga tahun pertama mereka menyambut kedua-dua bulan mulia itu di Malysia bersama kami sekeluarga setelah 4-5 tahun menyambutnya di negara Jepun. sudah tentu sambutan hari raya aku pada tahun ini hanyalah sederhana seperti tahun-tahun lepas. perbezaan hari raya tahun ini adalah tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas kerana kepulangan abg Mal sekeluarga. tahun ini kami adik beradik dapat berkumpul bersama dan bergambar lengkap satu family seperti gambar2 di bawah

family besar aku..kira memang cukup corum la tahun ni. tak ada yang tertinggal

candid dgn gaya trademark "terbaik" gara2 anak abg Mal, Gen Darwish
yang terpengaruh kartun animasi Malaysia iaitu Boboiby :P

anak-anak saudra aku seramai 6 orang. of course yg atas skali tu paling tua dan yang bawah sekali tu paling muda

adik-beradik aku. ye semua lelaki ye..dari kiri: abg Mal, abg Zed, abg Naz dan aku

sebahagian anak-anak saudara aku..tak boleh duduk diam betul budak-budak ni.

kenakalan anak abg Mal, Gen Darwish apabila memanjat sepupunya.

kamilah cucu-cucu atuk dan opah yang TERBAIK!!

anak saudara ni pun nakal juga..kesian yg jadi kuda tu ye..hehe

begitulah meriahnya family aku bila dapat berkumpul bersama..hanya yang mengejutkan aku bila aku buka facebook aku hari ini apabila ada rakan2 facebook aku post satu video yang boleh kata menyakitkan hati jugalah..banyak dislike daripada like..hmm..aku pn tak tau nak ckp video apa tu..korg tgk lah sendiri kt bawah ni.

ya..inilah video nya..hasil daripada seorang peminat artis k-pop,kumpulan big bang..sempat lagi buat video muzik versi raya..siap menari-nari ala2 k-pop lagi dengan baju kebaya dia..ish3.. bagi aku, kalau nk bergembira sambut raya sebab dh penat puasa tu boleh, tapi berpada-pada la..jaga batas2..mujurlah video tu dibenci oleh masyarakat. sambutan raya ni tak boleh disamakan seperti sambutan2 perayaan yang lain seperti krismas, tahun baru cina, tahun baru dan lain2 lagi. bagi aku, aku lebih suka kalau budak perempuan dalam video tu nyanyi lagu raya daripada kumpulan Tilu, tulus ikhlas hatimu. video klip dia pn memang beri keinsafan pada kita semua..tak percaya tengoklah video di bawah ini..


harap korg semua berpuas hati dengan post aku hari ini..dalam kita sibuk beraya ke rumah sanak saudara, rakan2 dan menghadiri beberapa rumah terbuka, jagalah kesihatan diri. janganlah lepas raya banyak penyakit yang muncul seperti kencing manis dan darah tinggi yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira tua dan muda. to all readers yang akan mengadakan rumah terbuka, jemputlah aku sekali ye..just mesej aku alamat rumah korg..sekian

Salam Ramadhan 1433

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..bertemu kita sekali lagi selepasa lama aku tak upadate apa2 di blog ni. Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana dipertemukan pada hari ini iaitu hari pertama bulan ramadhan..Ahlan ya ramadhan.Selamat menyambut bulan ramadhan..aku juga panjatkan kesyukuran kerana dapat menyambut bulan yg mulia ini sekali lagi..pejam celik pejam celik dah tiba bulan ramadhan atau bulan puasa..bila tiba bulan puasa, tidak perlu kita mengeluh kerana tidak dapat makan dan minum tetapi rebutlah peluang ini untuk melakukan banyak ibadah seperti membaca al-quran, bersedekah, bertarawikh dan lain2 lagi..banyak sebenarnya..kerja di bulan puasa itu penat? TIDAK sama sekali. Rasulullah SAW juga berperang di bulan puasa dan berjaya memperoleh kemenangan walaupun bilangan tentera Islam lebih kecil daripada pihak lawan..bagi aku azam aku pada bulan puasa tahun ini, insyallah ingin bertarawikh setiap hari di surau/masjid. kalau tak dapat bertarawikh di surau berdekatan rumah aku atas urusan yang tak dapat dielakkan, insyallah aku akan bertarawikh di masjid/surau yg lain. sebelum aku mengakhiri penulisan aku pada hari ini, aku tujukan video klip lagu baru sempena bulan yang mulia ini daripada salah seorang artis kegemaran aku, iaitu Najwa Latiff dengan lagu bertajuk AdaMu. Enjoy..wasalam..

The Azenders–Bebas

0 comments


Dilema dilema dilema
Bergema perasaan ku dikaburi
Mimpi yang tak ku sedari
Derita rintihan suara yang dicari aku berlari

Bebaskan woo
Bebaskan aku dari kezaliman itu
Adakah kau mengerti
Bebaskan adakah kau akan mengerti

Dicaci dimaki tak dipeduli
Wajahmu membahasakan realiti
Tiada erti disini
Cuba-cuba kau rasakan
Ada engkau mencari mangsa perang
Terus terang mana hatimu
Bebaskan woo
Bebaskan aku dari kezaliman itu
Adakah kau mengerti

Bebaskan woo
Bebaskan aku dari kezaliman itu
Adakah kau mengerti woo

Perjuangan menentukan kita
Hati ketemukan semula
Peristiwa kemenangan kita
Yang menjadi pengangan

Bebaskan woo
Bebaskan aku dari kezaliman itu
Adakah kau mengerti

Bebaskan woo
Bebaskan aku dari kezaliman itu
Adakah kau mengerti

Bebaskan
Adakah kau mengerti