Majlis perkahwinan di Sime Darby Convention Centre dan Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. harap korang semua sihat. pada hari jumaat yang lalu, tanggal 28 mac 2014 adalah hari pernikahan seorang sepupu aku, Darleena dan pasangannya Fazly yang telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Mount Kiara, Damansara. majlis bermula kira-kira pukul 8.00 malam. Ia adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat tu. tempat tu pula bersebelahan dengan Stadium Juara (stadium ke dewan. tak pasti pula), iaitu tempat latihan bagi pemain-pemain badminton Malaysia. Tak dinafikan tempat tu cantik apatah lagi diadakan di tingkat paling atas bangunan.

Alhamdulillah, tepat jam 9.00 malam Fazly atau dikenali sebagai Pat (sebutan pet) sah bergelar isteri kepada Darleena (dikenali sebagai Darleen atau yeen) dengan sekali lafaz. kedua-dua mempelai sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. aku juga tidak sangka akhirnya sepupu aku bergelar isteri jua. mana tidaknya usia Darleen hanya muda setahun dariku dan kami membesar bersama sejak dia bayi lagi. ketika itu aku menetap di Kelana Jaya. Banyak gambar diambil ketika hari pernikahan tersebut tak kira bersama ibu bapa aku, sepupu-sepupu, pak cik dan mak cik dan ramai lagi. namun aku hanya dapat kongsi hanya serba sedikit di blog ini kerana banyak gambar telah pun aku muat naik di laman Facebook aku. Lupa pula aku nak bagitau. ye aku berpakaian baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok begitu juga dengan tetamu-tetamu dan saudara mara aku yang lain walaupun ada yang berpakaian biasa. biasalah hari jumaat orang KL dan selangor kerja lagi2 majlis buat malam dan mereka yang bekerja pula tamat waktu kerja kira-kira pukul 6 ptg ditambah pula kesesakkan trafik.

Inilah dia pengantin baru iaitu Fazly (kiri) dan Darleen (kanan). yang tengah tu aku la :D

Sepupu-sepupu aku bersama pengantin

Dua hari kemudian iaitu pada 30 Mac 2014 bersamaan dengan hari ahad pula berlangsungnya majlis resepsi sepupu aku yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam. memang lama aku tidak ke tempat ini. kali pertama dan terakhir aku ke sini adalah ketika melancong bersama atuk dan nenek aku sebelah ayah bersama kedua ibu bapa aku kira2 15-16 tahun yang lalu. memang sangat lama. kalau majlis ni tak berlangsung di sini memang sampai bila2 aku tak datang Menara Kuala Lumpur. Untuk majlis resepsi, aku, family aku termasuk sepupu-sepupu lelaki dan pak cik2 memakai pakaian formal iaitu kemeja, beserta kot/blazer. ye..kami kelihatan bergaya pada malam itu. seolah-olah menghadiri anugerah oscar di Amerika Syarikat. ada yang memakai bow tie manakala aku memakai tali leher dan ada yang memilih tidak memakai tali leher atau bow tie. bila dilihat pada diriku dengan pemakaian begitu, aku kelihatan seperti CEO, pensyarah mahupun ahli politik. hehehe..bila lagi nak bergaya seperti itu. tambahan pula aku potong rambut dan mengingin kan gaya rambut Pompadour (senang cerita seperti gaya rambut bekas pemain bola sepak, David Beckham) sehari selepas hari pernikahan Darleen.

Ketika kami tiba di Menara Kuala Lumpur. Masa ni abg ketiga aku, abg mal belum sampai lagi

Abang Mal masih belum tiba lagi

Aku (kiri) bersama abang kedua aku dan abang sulung (kanan)

Fazly dan Darleen ketika memasuki dewan

Ketika tetamu2 sedang menjamu selera, langsir tingkap dewan dibuka dan kami semua dapat melihat keindahan bandar Kuala Lumpur yang sungguh cantik pada waktu malam dan tidak jauh dari Menara Kuala Lumpur, adalah Menara Berkembar Petronas KLCC. aku pasti ramai yang gayat ketika melihat pemandangan bawah dari tingkap Menara Kuala Lumpur ini termasuklah aku. aku juga tidak ketinggalan untuk merakam gambar Menara Berkembar tersebut dari Menara Kuala Lumpur.


Bangunan kebanggaan rakyat Malaysia Menara Berkembar Petronas KLCC

Ramai juga yang ingin merakam gambar mereka berlatar belakang Menara Berkembar dan ada juga tetamu yang bergambar bersama-sama keluarga mereka dengan latar belakang yang sama. tidak lupa juga saudara-mara jauh, rakan2 pengantin dan rakan2 keluarga pengantin sakan bergambar dan berbual bersama. masa inilah yang terbaik untuk berjumpa dan berbual panjang antara sesama mereka selain musim perayaan. aku juga tidak ketinggalan bergambar dan banyak gambar yang aku rakam melalui telefon bimbit aku. inilah detik manis yang aku tak akan lupakan sehingga akhir hayat. adakah aku akan adakan majlis perkahwinan aku di Menara Kuala Lumpur? oh mungkin tidak. Selesai aku menjamu selera, abang ketiga aku, abang mal pun tiba. dan serta merta aku dan abang2 aku yang lain pun bergambar. gambar itu adalah seperti di bawah ini.
memang sukar untuk mendapat peluang bergambar empat beradik lelaki ni.

Aku dan abang2 aku

Aksi "teropong" bomoh popular menjadi ikutan sepupu-sepupu aku

Selepas tamat majlis resepsi, kami sekeluarga tidak lupa untuk bergambar bersama pengantin. seperti menjadi kebiasaan, gambar bersama sepupu-sepupu juga dirakamkan. kegembiraan pasti terpancar di setiap keluarga termasuk tetamu-tetamu yang hadir kerana semestinya dapat berjumpa dengan rakan2 mahupun saudara mara yang jarang dapat berjumpa. ada juga yang perlu pulang cepat kerana keesokannya hari persekolahan telah bermula selepas murid2 sekolah bercuti semester selama seminggu. Untuk akhir kata, aku doakan kebahagiaan Fazly dan Darleen hingga akhir hayat. Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair. Sekian. wasalam.

1 comments: (+add yours?)

Siti said...

dekat sime darby tu kan, ade ke lif atau tangga untuk ke rooftop? Just ask for my assessment. ^^