cerita raya 2010

Assalamualaikum readers sekalian. Selamat Hari Raya..cmna raya? seronok? aku nye raya? biasa je..sama macam taun2 lps..sejak aku jadi student universiti sampai skang sama je feel raya tu..xde perasaan terlalu gembira..yg pasti golongan kanak2 yg paling gembira menyambut raya sebab terlalu memikirkan duit raya..dalam pada masa yg sama aku ingin meningatkan golongan ibu bapa yg mempunyai anak yg masih kanak2 supaya mendidik anak2 mereka bahawa hari raya adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam dan bukan hanya kerana wang semata-mata. begitu juga kanak2 yg berpuasa hanya kerana duit yg akan diberi ibu bapa selepas mereka di beri "motivasi" oleh ibu bapa. "motivasi" yg aku maksudkan itu ialah ibu bapa terpaksa berkorban duit jika anak2 mereka mampu berpuasa penuh dan mengikut bilangan hari. diharapkan anak2 mereka suatu hari nanti dapat meghayati erti puasa dan hari raya yg sebenar. berpuasa adalah kerana tuntutan agama manakala hari raya adalah untuk mengeratkan persahabatan dan kekeluargaan.

pada tahun ini juga aku dapat beraya di kampung ayah aku di Malim Nawar, Perak. selepas 6-7 TAHUN aku tidak pulang ke kampung, akhirnya tahun ini aku pulang juga ke kampung. sejak 6-7 tahun yg lalu hingga tahun lepas, aku bukannya merajuk, marah atau memang tak suka balik kampung tetapi tanggunggjawab aku sebagai pelajar sekolah dan student universiti, aku rela berkorban cuti aku. mana tidak nya..lepas raya je ada peperiksaan yang perlu aku tempuhi. jika aku pulang juga ke kampung, memang aku tak akan sentuh malah nk mengulang kaji pun memang tak jadi. alhamdulillah, tahun ini aku bukan lagi student universiti. jadi aku dapat pulang ke kampung. memang tak di nafikan banyak perubahan di kampung aku. banyak untuk aku ceritakan di sini. tak apalah..lupa je la..aku menetap di kampung selama 2 malam..ketika hari pertama aku di kampung semua family aku termasuk sedara-mara berkumpul di kampung. memang meriah..lagi2 ramai cousin yg dah beranak-pinak..

lain daripada itu, aku juga berpeluang pergi ke Kellie's Castle yg terletak di Batu Gajah. lama juga aku tak pergi ke "istana" ni. kali pertama dan terakhir aku pergi pn kira2 12 tahun yg lalu. perubahan? ada lah sikit. tempat ni dh jd tempat tumpuan pelancong. aku pun ada dengar cerita juga yg Kellie's Castle ni berhantu tempat dia. tak tahulah sejauh mana kebenaran cerita tu..aku juga ada mengambil gambar dan merakam video ketika berada di kampung. pergi je ke facebook aku kalau nk tgk video dan gambar yg aku cakapkn ni. nk upload kt blog memang jarang2 aku upload..susah nk upload kt blog sebenarnya..ok lah sini sahajalah post aku untuk hari ni. bye..

0 comments: (+add yours?)