bilangan A bukan ukuran kejayaan seseorang

Assalaualaikum readers sekalian. sorry sbb lama tak update blog ni. tak lama lagi dengar cerita peperiksaan paling besar di Malaysia iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sjil Tinggi Pelajaran Malaysia) akan tiba tak lama lagi. pada tahun ni ada 2-3 cousin aku yg akan hadapi peperiksaan ni. maklumlah. aku tak ada adik. skang ni giliran sepupu aku pula la..hehe..stress jgk mak bapak diorg tu. padan muka. baru tau ssh nk pastikan anak2 diorg fokus pada pelajaran. sama juga situasi yg di alami oleh parents aku. tp mak aku yg lebih teliti tentang persiapan aku sbb bapak aku biasa bagi kata2 perangsang utk student universiti je. biasalah. bapak aku kn dulu lecturer. kira2 kurang sebulan je lg untuk cousins aku hadapi peperiksaan tu..teringat aku masa zaman skola dulu. nervous tu memang ada pada semua orang lagi2 exam ni menentukan ke mana hala tuju kita..nk sambung ke peringkat universiti? form 6? kerja? kahwin? ooppss..silap2..tak bleh..muda sangat nak kahwin lps SPM/STPM..



di sini aku hendak memberitahu bahawa bilangan "A" yg kita nk score ni bkn ukuran seseorang itu cemerlang.. bagi aku berapa banyak "A" yg kau dapat tapi sikap buruk seperti sombong, bongkak takbur kau tak dapat nk kikis, tak guna jugak..lagi meluat adalah..kita juga harus lihat kepada kemahiran berfikir dan cara menjawab sesorang atau KBKK. lagi satu sistem pendidikan di Malaysia ni terlalu banyak kepada peperiksaan..kalau tak ada peperiksaan, memang pelajar tak akan belajar..well..pembelajaran di Malaysia mesti menjadi lebih menarik dan menyeronokkan..bukan membosankan sebab hanya banyak kepada peperiksaan. so sudah tiba masanya sistem pendidikan kita berubah. banyakkan study case sbb cara ni bukan memperlihatkan jawapan betul atau salah. memang tiada betul atau salah jawapan pada soalan yg hendak di fokuskan. tetapi cara menjawab soalan dan logik.. ini yg perlu diberi perhatian sbb bila sudah ke alam universiti, memang sistem pengajaran dan pembelajaran sangat berbeza..peduli apa dapat berapa banyak "A" untuk exam tapi KBKK sangat low memang you are in trouble..so buatlah persiapan menghadapi dunia yang penuh mencabar ni.

kepada adik2 yg akan menghadapai exam SPM/STPM, aku ingin mengucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan. kepada calon2 exam yg beragama Islam, berdoa lah pada Allah dan mohon lah apa yg di hajatkan insyallah Allah akan makbulkan doa kita..sekian..

0 comments: (+add yours?)