Assalamualaikum readers sekalian..hari ni topic yg hendak aku ceritakan agak menarik iaitu kanak2 & remaja terlalu dimanjakan atau erti kata lain spoil. memang sesuai tajuk ni nk dibincangkn sebab perbezaan kanak2 & remaja zaman dahulu (90's dan 2000's) sgt berbeza. dari segi lifestyle, pemakaian, teknologi yg dimiliki dan lain2 lagi. aku perhatikan diorg (kanak2 & remaja zaman sekaran) ni terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga apa yg dimahukan oleh mak bapak terpaksa tunaikan walaupun ia tidak sepatutnya dimiliki oleh mereka. contohnya jika diorang minta handphone canggih yg harganya hampir RM 1, 000.00 mak bapak belikan juga. it is impossible for them to have an expensive handphone. sudah lah masih bersekolah pastu bila dh dpt handphone mahal sudah tentu mereka menyalah gunakannya. tak perlulah aku sebut apa menda sudah tentu lah aktiviti yg tak berfaedah..apalah nk jadi dgn diorg ni
kira2 2-3 minggu yg lalu, anak saudara aku mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan besar peringkat sekolah rendah..bila bapak aku tanya apa yg dia nk sebagai hadiah, anak sedara aku pn ckp yg dia nk ipod. wah! bukan main lagi..ingt menda tu murah ke..xpe2..since dia the ONLY GIRL dalam family aku plus dia dpt keputusan cemerlang dlm exam..maybe parents aku akan tunaikan permintaan dia..hmm..ko ni pn mintaklah menda yg munasabah skit..
terus terang aku katakan masa aku remaja dahulu kira2 10 tahun dahulu, aku pernah ada keinginan untuk memiliki playstation iaitu video game yg diminati semua golongan muda sehingga sekarang. bertahun2 berlalu dan bermacam jenis playstation telah dicipta antaranya PSP, playstation 2 dan kini playstation 3. selain itu video game xbox dan nintendo wii pn dah wujud. sehingga kini aku masih belum memilikinya lagi. umur makin meningkat dan keinginan tu dah tak ada dah sekarang ni. masa aku remaja dulu, aku memang tak akan beli playstation tu sebab aku tak mahu terleka..time tu kan aku masih bersekolah lagi. pelajaran mesti diutamakan. mana tau bila dh dpt memang tak study la. mmg ada hikmah disebalik nya..
aku pasti hampir kesemua golongan ini mempunyai hanphone kan?tak salah kalau semua dh ada hanphone sebab sekarang ni ia dah jadi sebagai keperluan berbanding dahulu (aku akui aku pernah memiliki handphone ketika usia aku 15 tahun. masa aku kanak2, aku mana ada handphone sbb masa tu hanya org2 dewasa dan kerja best je guna handphone). kalau diorg guna handphone murah dan hanya gunakan untuk telefon dan sms tak apalah..tapi kalau dah ada kamera, mms, internet dan lain2 memang tak patut la..sebab belum masuk alam pekerjaan tp dh guna hanphone mahal..ish3.
bagi aku, jika korg ni masih berskola atau student universiti/kolej, please act like a student. tak perlu nk hidup mewah2 macam berpakaian yg mahal dan memiliki hadphone atau gadget2 lain yg harganya sgt tinggi. ilmu pengetahuan lebih penting daripada semua itu..bila fikirkan balik psl playstation yg aku nk tu..aku rasa aku dh tak perlukan lagi video game tu sekarang ni. bila masa nk main game nya..mmg xde masa lah..keinginan pn dh hilang sebab sekarang ni dh banyak gadget2 canggih wujud antaranya blackberry, iphone, kamera dslr dan macam2 lagi. lebih baik aku beli gadget2 tu daripada beli video game..hehe..oklh..aku harap korang dapat memahami apa yg aku nk sampaikan kt sini. kalau tak berapa faham tu minta maaf lah sebab sekaran ni dh jarang2 berblogging. idea pn kadang2 ada kadang2 tak ada..kalau nk komen, memang di alu-alukan..sekian..
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment