Culik..oh culik

Assalamualaikum readers sekalian..lama juga aku tak berblog kn? rindu ke menanti post terbaru dari aku? sebenarnya aku pun rindu nk berblog juga..alhamdulillah akhirnya aku berjaya mencari masa untuk berblog dan tajuk blog aku hari ini adalah mengenai kes penculikkan. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya tulisan aku mengenai tajuk hari ini mengguris perasaan sesiapa dan jika ada kekurangan isi2 harap diampunkan..dah lama tak berblog. macam ini lah jadinya..

Baru-baru ini, kita di Malaysia digemparkan dengan isu penculikkan kanak-kanak atau kanak-kanak hilang. kalau nasib baik, jumpa dalam keadaan hidup dan jika nasib tak baik mungkin masih dicari atau djumpai mati. bagi aku kes cmni bukan nya baru lagi tetapi pernah terjadi ketika aku masih kanak2 lagi. sapa2 yg seusia dgn aku mesti pernah dengar kn. tapi tidak seteruk seperti sekarang ni..bila aku di alam remaja, kes penculikkan kanak2 atau kehilangan kanak2 berkurangan atau langsung tak ada..tetapi bila aku memulakan pengajian tahun pertama/kedua di universiti kira2 5-6 tahun dahulu, kes ini terjadi lagi sekali. ye..kes ini sudah kembali..dh macam drama TV pulak..

bila dah jadi siapa yang kita nk salahkan? ibu bapa/penjaga? sudah semestinya..mereka juga kadang2 lalai kerana melepaskan anak2 mereka ketika bersiar2 mahupun membeli belah..kanak2 kini sudah semakin aktif. ada juga ingin mencuba bila ternampak sesuatu yang asing bagi mereka..ibu bapa harus bertanggungjawab memastikan anak2 mereka selamat..ibu bapa perlu pimpin anak2 mereka ketika bersiar2 di mana2 dan ketika jalan raya juga adalah tempat yang harus diawasi kerana jika dibiarkan, mungkin maut akan menimpa akibat dilanggar kenderaan. jika anak2 ingin keluar bermain di taman permainan, jangan biarkn mereka berseorangan. kalau bermain dengan kawan2 tidak mengapa. didik mereka supaya tidak layan dgn org yg tak dikenali.

kes penculikkan/kehilangan kanak2 kini tidak seperti dulu. zaman skrg, lepas culik ada yg bunuh lps tu ada yg bakar lps bunuh..kejam betul..masyarakat juga harus memainkan peranan iaitu "menjaga tepi kain org". jika mereka terlihat kanak2 keseorangan, segeralh bawa mereka ke balai polis berdekatan..
di sini aku akan nyatakn beberapa cara untuk mengelakkan anak2 diculik atau hilang..seperti kata2 dalam bahasa inggeris, prevention is better than cure. antaranya ialah:



  1. pastikan anak2 mendapat keizinan ibu bapa untuk ke tempat yg mereka hendak pergi. jika anak2 mahu ke tempat yg bahaya seperti sungai, tasik dan sebagainya jangan izinkn mereka ke tempat tersebut.



  2. pastikan anak2 tidak bermain berseorangan tak kira di luar rumah mahupun taman permainan.



  3. jika bersiar-siar di mana2, pimpin tangan anak2. jangan biarkn mereka terlepas dari genggaman anda.



  4. apa susah..ikat je tangan diorg (sebelah je) dengan tangan korg (sebelah juga). mesti selamat punya..mana korg pergi mesti anak2 tak boleh lps sbb tangan dh kena ikat dan terpaksa ikut korg ke mana sahaja korg pergi..kalau boleh jgn amalkn la sbb dh mcm bwk anjing plak.hmmm..

oklh itu sahaja yang aku dpt huraikn. kepada ibu bapa dan masyarakat, anda wajib memainkan peranan bagi mengelakkan kes penculikkan atau kehilangan kanak2 ini berkurangan dan terus tidak berlaku lagi. ayuh rakyat Malaysia..keprihatinan anda mungkin akan membuat rakyat negara luar berbangga dgn kita..

0 comments: (+add yours?)