Team kegemaran Euro 2012



Lepas korg tgk iklan pak cik tua kt atas ni, mesti korg gelak2 kan. iyelh susah nk cari video player yg pakai tape skang ni. itu satu2 nya menda yg boleh rekod program tv yg kita suka.vcd/dvd player mungkin tak ada yg boleh rekod program tv yg kita suka. tp pak cik tua dlm iklan ni dia rekod perlawanan bola sampai satu almari tape dia..fanatik betul..nway bukan pasal teknologi ni yang aku nak cerita. aku nak cerita mengenai team kegemaran bagi kejohanan bola sepak eropah iaitu Euro 2012. sama mcm world cup iaitu kejohanan ni muncul 4 tahun sekali tetapi hanya 16 negara je terlibat semuanya negara europe. memanglah semua european country je terlibat, nama pun Euro.

Kalau tak silap hujung bulan 5 dh mula game ni.lepas habis EPL,La Liga,Bundesliga dan lain2 lagi.tahun2 sebelum ni kejutan sangat biasa berlaku dlm euro. negara yg tak kuat dan tak jangka menang pun jadi juara. juara bertahan pun boleh terkeluar dlm group stages, negara yang kecil pun boleh bertanding dan negara-negara kuat pun boleh tewas dengan pasukan yang baru pertama kali join euro ni.

Siapa team favourite korg utk Euro 2012? kalau aku, aku minat team Belanda atau dalam bahasa Inggeris kita sebut Holland/Netherlands.team ni dikenali sebagai oranje. Kenapa aku minat Netherlands atau Belanda? sebenarnya Belanda adalah team underdog atau salah satu team favourite utk menang trofi Euro ni. dari segi permainan memang corak menarik, skill, taktikal dan tackle yg ditunjukkan. Masa World Cup 2010, team ni berjaya mara ke final selepas kekal rekod tanpa kalah dari awal World Cup 2010 tapi tewas kepada Spain masa final World Cup. satu kejutan jugak kan? tak mustahil Belanda boleh jadi team favourite untuk jadi juara Euro tahun ni. Sebelum ni pun Belanda pernah jadi juara euro tapi tahun 80-an dulu la..hehe

Pemain-pemain Belanda juga hebat2. antaranya Rafael van Der Vaart, Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneidjer dan Khaled Bhelarouz. itu je antara yang aku kenal..memang susah lah nk ingat nama2 semua player..jadi pasukan mana yang menjadi kegemaran korg untuk euro 2012 ni? jgn sebut Malaysia atau Brazil sudahlah sebab dh ckp d negara-negara Eropah je yang terlibat dalam Euro ni. Kalau sebut England, Spain, France atau Germany ke boleh diterima lagi. Apa pun sama-sama kita nantikan Euro 2012 tahun ni diadakan di Ukraine dan Poland. Majulah sukan untuk negara.

0 comments: (+add yours?)