Diam dan bising

0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia readers sekalian..hope korg bleh tgk gmbr atas yg aku paste kt sini kalau korg klik gmbr tu. kalau tak bleh jgk biarlah aku bgtau gmbr apa yg aku letakkan ni..sebenarnya ini status facebook (fb) aku yg bertarikh 24 Mei yg lalu..status nya "Yeah I mmg pendiam.so what.nothing to talk, don't talk.don't know what to talk, don't talk.don't know how to talk, don't talk :D". aku wat status tu sbb ada jgk org komen aku ni diam je..tak bercakap banyak. so, ni lah reply dia. maaflah kalau aku luahkan di facebook mahupun di blog ni. jumlah org yg like pun dh 20 org. mungkin ada yg menyokong atau saje2 je like. aku bukan gilakn bilangan org like di status fb. org yg komen tu aku xnk ckp banyak. terpulang pada diri sendiri untuk menilai apa yg aku cuba sampaikan. kalau ada yg masih tidak faham mengenai status aku tu,  ni keterangan dia. aku cuma memberitahu yg aku memang pendiam. jikalau tak ada apa yg nk ckp, jangan cakap. kalau tak tahu nk ckp, jgn cakap dan kalau tak tahu bagaimana nk bercakap, jangan cakap. simple. nk tgk aku bercakap boleh, tp kalau rasa tak ada apa nk ckp..diam je la..masalah..masalah..jadi diam susah jd talktive pun susah jgk..biarlah aku jadi diri sendiri hanya keluarga aku je yg memahami aku..sekian..

Majlis kawin & cuti sekolah

0 comments

Assalamuailakum dan salam 1 Malaysia to all readers...apa khabar semua? harap semua dalam keadaan sihat2..yea..memang betul cuti sekolah dh pun bermula semalam (25 mei)..to all students yg bersekolah, selamat bercuti dan buat aktiviti yg berfaedah ye..as usual di malaysia, setiap kali cuti sekolah, pasti ada majlis perkahwinan..aku pun dapat jgk byk invitation daripada kawan2 sekolah dan universiti yg akan melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni. kalau masa kecik2 dulu mak dgn ayah bawak pegi majlis kawin anak2 kawan diorg, kawan2 diorg dan sedara diorg. skrg tiba giliran aku pulak pegi sendiri majlis kawin member aku sendiri mahupun sepupu aku..huhu..masa berlalu, perubahan pun berlaku dengan pantas..

Semalam (25 Mei) aku ke Ayer Keroh, Melaka bagi menghadiri majlis perkahwinan dua pupu aku iaitu Liyana yg aku selalu panggil dia yana..memang kebetulan majlis dia jatuh pada hari cuti persekolahan lagi2 24 mei yg lalu adalah cuti umum di seluruh malaysia iaitu hari wesak. ramai yg mengadu di facebook masa cuti hari wesak aritu traffic jam kt highway seremban dan utara..haha..itu biasala..time2 cuti tetapi alhamdulillah masa aku bertolak ke Melaka, takde pun traffic jam tp banyak kenderaan je la..aku mula bertolak ke Melaka pada pukul 10 pagi manakala wedding start kira2 pukul 12 tgh hari. Aku hanya pergi keseorangan sbb parents aku ada hal penting yg tak dpt dielakkan untuk pergi bersama-sama aku. ye aku pergi ke wedding yana seorang diri tanpa teman..alhamdulillah perjalanan aku dengan menaiki kereta pergi dan balik selamat sampai ke destinasi. ala..dari Bangi ke Ayer Keroh bukan jauh sgt, kira2 2 jam je..

Ketika aku memandu dalam perjalanan ke Melaka, aku ternampak sign board yg menunujukkan arah ke Rembau dan Pedas Linggi selepas sudah melepasi Nilai, Senawang, Seremban dan lain2 lagi (tak ingat daerah apa lg ada lps Seremban). dalam hatiku dan fikiranku terbayang2 lagu Rembau Most Wanted nyanyian penaynyi rap baru dari Malaysia iaitu WARIS (org Negeri Sembilan sebut Warighh) dan juga Menteri Belia dan Sukan yg terbaru iaitu YB Khairy Jamaluddin kerana kedua2 nya berasal dari Rembau. tak lupa juga keluarga mak aku dan sedara mara dia juga berasal dari daerah yg sama..haha..apa pun tempat tu hanya tinggal kenangan untuk keluarga mak aku..kenapa? tak perlu la aku jawab di sini..tak ada apa2 yg berlaku pun cuma siapa lg sedara mara yg ada kt rembau? hmm..mereka masih lagi ingat asal usul mereka dan sekali skala mereka pun tercakap jugak loghat Nogori Sembilan sesama sendiri..haha..aku boleh cakap sikit2 je..kalau nk betul2 dan asli nye loghat Nogori kena dengar atuk dan nenek kita cakap cmna..

Ok balik pada cite pasal wedding..haha..selepas dua jam perjalanan akhirnya aku sampai ke dewan tempat berlangsungnya wedding dua pupu aku yg dinamakan sebagai dewan bistari ayer keroh (stadium mini bistari ayer keroh)..itupun sesat sikit pasal aku tak jumpa dewan tu walaupun dh nampak landmark iaitu sekolah dan poliklinik bila tgk pada kad jemputan. lepas 2-3 kali pusing, baru ku sedar yg aku dh lalu depan dewan tu 2-3 kali rupanya..kira aku tawaf keliling dewan tu..cmna aku bleh tak perasan..ketika aku masuk je dewan, aku pun berjumpa dengan sepupu2 Yana, ibu bapa dia dan juga pakcik dan makcik dia (sepupu2 mak aku) termasuk nenek sedara aku..ketika aku berjumpa dgn diorg, diorg terkejut aku dtg keseorangan dan bertanyakan mana mak dan ayah aku..selain itu ada juga diorg tanya tak jem ke masa on the way dtg melaka ni..sangat best saat ni..bila lg dapat jumpa sedara mara jauh ni kalau tak masa wedding. terus terang aku ckp aku agak rapat dengan sedara mara Yana daripada sepupu2 aku sendiri..aku sendiri pun tak tahu..apa nk kisahkan, diorg pun sedara aku jgk at least kita kenal antara satu sama lain.

Setelah berjumpa dan bertanya khabar, aku pun menjamu selera bersama-sama dengan mereka. kira2 pukul 1 tgh hari, pengantin pun tiba setelah aku selesai menjamu selera..tidak lama kemudian, adik-beradik mak aku pula sampai dan soalan yg sama jugak diorg tanya (aku dtg sorg je? mak & ayah aku mana?)...selepas selesai makan, jumpa, berbual dan bergambar dengan pengantin, aku pun pulang ke Bangi dengan hati yg gembira..memang terasa sunyi kalau ke tempat jauh sorg2 tp aku anggap diriku sbg pengembara walaupun berkereta..hehe..aku hanya berdoa pada Allah sebelum aku mulakan perjalanan dari Bangi ke Melaka dan dari Melaka ke Bangi..sebelum aku mengakhiri post ini, aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah pada Yana dan suaminya. aku doakan hubungan korg berkekalan hingga akhir hayat.

aku (berbaju biru) bersama Yana dan suaminya.

P/S: Tahniah dan selamat pengantin baru kepada ustaz yg mula dikenali di laman sosial (Youtube) iaitu Ustaz Azhar Idrus yg telah melangsungkan perkahwinan yg ketiga. ustaz Azhar dh ada tiga isteri, aku sorg isteri pun tak ada lagi..hehehe..

Team building di Kem Isi Rimba,Kemensah, Hulu Kelang

1 comments

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kpd readers sekalian..pejam celik pejam celik dh masuk bulan Mei dan bulan ni kira hampir ke pertengahan tahun. tak sangka cepat betul masa berlalu..apa khabar semua..harap pembaca2 blog aku tanpa mengira usia, bangsa dan agama sihat2..seperti tajuk blog aku hari ini, pasti semua ada yg tak tahu dan ada yg pernah dengar tapi tahu lokasi Kem Isi Rimba ni kan..aku pun cmtu juga..kalau aku ckp lokasi ni terletak di belakang/berhampiran Zoo Negara mesti semua kata "OOO..". banyak nye huruf O. Ye lokasi dia terletak tak jauh dari Zoo Negara. Siapa sangka di KL pun ada hutan jugak tau kalau tak kenapa Zoo Negara tu wujud..

Pada 28 April (ahad) yg lalu, aku dan rakan2 sekerja aku (department dan team aku je) bersama dengan 2 org majikan kami (bos2 aku la) telah ke Kem Isi Rimba yg terletak di Hulu Kelang bagi menjalani aktiviti team building yg telah kami rancang kira2 1-2 bulan yg lalu. seperti yg telah aku ceritakan, kem ini terletak di Kemensah, Hulu Kelang iaitu berdekatan dengan Zoo Negara. Kira2 seramai 30 orang yg menyertai aktiviti ini dan seperti dirancang juga, sebahagian daripada kami termasuk aku bertolak dari pejabat kami yg terletak di Puchong manakala sebahagian lagi bertolak terus dari rumah dan menunggu di Zoo Negara. Bagi yg bertolak dari Puchong kami dikehendaki berkumpul di hadapan pejabat pada pukul 7.30 pagi. kami memulakan rancangan untuk carpool bagi yg bertolak dari Puchong. Pada pukul 7.45 pagi, kami mula bertolak dan bertemu rakan2 yg lain di Zoo Negara dan alhamdulillah perjalanan kami memakan masa yg agak singkat dan kami tiba di zoo kira2 pukul 8.45 pagi. Apabila tiba di zoo, kami mula carpool sekali lagi untuk ke kem ini yg memakan masa kira2 15 min untuk sampai ke destinasi yg dituju. Perjalanan ke kem ini agak mencabar kerana perlu melalui jalan yg sempit dan berliku. Tidak ada masalah untuk kami melalui jalan ini ditambah pula ada kawasan kampung kecil yg dikenali sebagai kampung kemensah di mana masyarakatnya hidup harmoni.

Kuda2 yg sangat jinak

Bersarapan bersama2

Muka happy lps sarapan

Setelah sampai, kami "disambut" oleh 2 ekor kuda dan kawasan meletak kenderaan juga berhampiran dengan kandang kuda2 tersebut. Sarapan pagi disediakan pihak kem dan kami bersarpan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti. Selepas bersarapan, kami diperkenalkan dgn seorang jurulatih kem. Terlebih dahulu, kami dipecahkan kepada 6 kumpulan iaitu A hingga F. Cara pemilihan ahli kumpulan pula di buat dengan mencabut undi oleh pihak kem. Aku dipilih untuk berada di kumpulan C. Selepas pembahagian ahli2 kumpulan dibuat, aktiviti pertama kami ialah setiap ahli kumpulan perlu mencari cacing. Untuk aktiviti ini dan aktiviti lain2 yg akan dilaksanakan akan diberi markah. semua ahli kumpulan bertungkus lumus mencari cacing. ada kalanya cacing yg dijumpai sukar untuk dibawa keluar dan cacing dicabut itu putus. kami semua bantu antara satu sama lain dan setiap kumpulan ingin menjadi yg terawal menyelesaikan aktiviti ini. mencari cacing bukannya perkara yg susah dan sebab itulah aktiviti ini dimulakan terlebih dahulu.

Selesai sahaja aktiviti mencari cacing, kami semua diberi tugas untuk mencari dua biji batu yg ditulis dengan nombor di dalam kawasan lumpur. setiap kumpulan diarahkan mencari batu dengan nombor yg berlainan seperti yg ditetapkan oleh jurulatih. Misalnya kumpulan A diarahkan untuk mencari batu yg bertulis nombor 3 dan 6 dan kumpulan B pula diarahkan mencari batu yg bertulis 1 dan 10. bermula lah pencarian di kawasan lumpur. sangat sporting bila ramai antara kami sanggup masuk ke dalam kawsan lumpur tersebut bagi memulakan pancarian. biar kotor asalkan dapat jumpa apa yg dicari dan meraih kejayaan.


Pencarian batu bernombor di dalam lumpur. Salah seorang bos aku (bertopi coklat) pun turut sama masuk dalam lumpur.

Kami diteruskan lagi dengan aktiviti anyaman..kira macam menganyam tikar ataupun ketupat..mula2 kami dikehendaki mengambil dua daun pelepah seperti dalam gambar di bawah (sorry tak kenal daun pokok apa ni) :
selepas dh jumpa, mulalh menganyam untuk jadikan seperti atap rumah dan hasilnya seperti dibawah:
inilah hasilnya..kumpulan aku berjaya menyiapkan anyaman terlebih dahulu

Selesai sahaja aktiviti anyaman, aktiviti ke-4 ialah mencari daun pokok getah berlainan warna..haha..rasakan..macam mana rupa daun tu ye? mana satu pokok getah..aku akui aku tidak mengenali daun pokok tu..hampir kami semua tidak mengenali rupa daun tu. pokok getah tu pun mungkin tak kenal jgk. huhu..inilah nasib majority yg duduk kawasan bandar..hehe..tempoh masa untuk aktiviti ini sangat lama untuk diselesaikan kerana kesukaran setiap ahli kumpulan mencari daun pokok getah namun kami tidak pernah putus asa untuk mencari. terasa puas jika sudah jumpa daun2 itu kemudian menunjukkan pada jurulatih dan jurulatih pun berkata ya..inilah daun pokok getah dengan berlainan warna..malangnya tiada gambar daun pokok getah diambil untuk tatapan pembaca2 aku ni..takpelah..korg google je la..

Aktiviti terakhir sebelum rehat makan tengah hari, ialah aktiviti menangkap ikan di sungai sebanyak mana yg mampu. sungai tersebut tidaklah dalam dan deras. masa yg diberikan ialah 1 jam. pelbagai cara kami lakukan untuk menangkap ikan lebih2 lagi ikan2 di dalam sungai tu pula kecil2 belaka. tempoh masa yg diberikan digunakan sebaik mungkin tambahan pula hujan mula turun ketika kami sedang asyik menangkap ikan.
Cara 1 untuk menangkap ikan

Cara 2 untuk menangkap ikan

Ada satu kumpulan iaitu kumpulan F berjaya menangkap ikan lebih banyak daripada kumpulan2 yg lain. Kumpulan ini pasti menang untuk acara ini. Selepas pengiraan bilangan ikan bagi setiap kumpulan, ketua2 kumpulan dipanggil oleh jurulatih. selepas perjumpaan dibuat, jurulatih tersebut menjelaskan setiap kumpulan akan ditolak markah mengikut bilangan ikan yg ditangkap kerana sungai di dalam kem ini adalah kawasan dilarang menangkap ikan..hahaha..sungguh melucukan kami "diperangkap" dengan aktiviti seperti ini..selepas itu kami pun berehat untuk makan tengah hari dan aktiviti masih diteruskan selepas makan tengah hari.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti kegemaran kami iaitu paintball. Kebanyakan kami semua baru pertama kali mencuba aktiviti ini. Jurulatih memberi penerangan pada kami semua mengenai peralatan yg digunakan dan peraturan permainan. ahli kumpulan yg telah "ditembak" dan kena pada mana2 anggota badan dikehendaki meninggalkan "kubu". pemilihan kumpulan yg akan bertemu di "medan perang" ini dipilih oleh jurulatih secara rawak. kami semua gementar sebelum dan ketika bertempur kerana tidak mahu ditembak. walaupun pertama kali mencuba, kami seolah2 sudah mahir permainan ini dan rasa ingin mencuba lagi bermain paitball di masa akan datang.

ketua kumpulan memberi arahan dan menyusun strategi

melihat sasaran yg hendak ditembak

mula tembakan

kegembiraan rakan2

Last two aktiviti kami ialah multiply dan charade. Aktiviti ini dijelaskan oleh salah seorang rakan sekerja aku. Cara2 permainan multiply adalah seperti berikut:
  1. kami semua dikehendaki membuat satu bulatan.
  2. selepas itu kami diberitahu sifir apa yg dimainkan.
  3. setiap antara kami perlu menyebut nombor turutan menaik.
  4. perlu diingat juga sifir yg dimainkan. misalnya, jika sifir dua (2) dimainkan, setiap orang perlu menyebut satu nombor turutan menaik. jika A dimulakan dahulu, A hendak menyebut nombor 1 dan kemudian B pula tidak perlu meneybut nombor 2 kerana sifir yg dimainkan adalah sifir dua (2). B hanya perlu mengangkat dua2 tangan sahaja. jika B menyebut nombor itu dan nombor itu ada dalam sifir yg dimainkan, dia disingkirkan. jika dia teragak2 juga akan disingkirkan. begitulah ceritanya.
  5. apa yg penting permainan ini memerlukan kita menghafal sifir..hehe
permainan multiply

Bagi permainan charade pula, salah seorang anggota kumpulan pula mengambil secebis kertas yg bertulis salah satu tajuk mengikut kategori dan perlu melakukan sign language bagi kumpulannya meneka apa yg dilakukannya dalam tempoh masa yg ditetapkan. jika ahli kumpulannya tidak berjaya meneka, ia memberi peluang untuk kumpulan lain meneka.

antara aksi dalam permainan charade

Maka tamatlah sudah semua permainan yg telah dimainkan. Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan pun dilaksanakan. Kumpulan C pula dinobatkan sebagai naib juara. kami semua berpuas hati dengan keputusan ini. kalah dan menang bukan yg ingin dikejar tetapi kerja berpasukan yg perlu diutamakan. Sebelum kami bersurai, giliran salah seorang bos kami memberi ucapan ringkas kepada kami semua. kami bersyukur ucapannya lebih kepada pujian kerana berjaya melakukan aktiviti ini dan kami bekerjasama antara ahli kumpulan. beliau berharap budaya kerjasama ini diteruskan ketika di pejabat.

Kumpulan C naib juara

penyampaian sijil penyertaan

Kira2 pukul 5 petang kami pun pulang. tetapi terlebih dahulu perlu ke Zoo Negara terlebih dahulu kerana ada antara kami yg carpool bermula dari zoo dan juga dari Puchong. Kemudian barulah kami semua pulang ke rumah masing2. Kami semua berasa letih tetapi seronok ketika pulang ke rumah. diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilakukan pada masa akan datang. Sekian.