Assalamuailakum dan salam 1 Malaysia to all readers...apa khabar semua? harap semua dalam keadaan sihat2..yea..memang betul cuti sekolah dh pun bermula semalam (25 mei)..to all students yg bersekolah, selamat bercuti dan buat aktiviti yg berfaedah ye..as usual di malaysia, setiap kali cuti sekolah, pasti ada majlis perkahwinan..aku pun dapat jgk byk invitation daripada kawan2 sekolah dan universiti yg akan melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni. kalau masa kecik2 dulu mak dgn ayah bawak pegi majlis kawin anak2 kawan diorg, kawan2 diorg dan sedara diorg. skrg tiba giliran aku pulak pegi sendiri majlis kawin member aku sendiri mahupun sepupu aku..huhu..masa berlalu, perubahan pun berlaku dengan pantas..
Semalam (25 Mei) aku ke Ayer Keroh, Melaka bagi menghadiri majlis perkahwinan dua pupu aku iaitu Liyana yg aku selalu panggil dia yana..memang kebetulan majlis dia jatuh pada hari cuti persekolahan lagi2 24 mei yg lalu adalah cuti umum di seluruh malaysia iaitu hari wesak. ramai yg mengadu di facebook masa cuti hari wesak aritu traffic jam kt highway seremban dan utara..haha..itu biasala..time2 cuti tetapi alhamdulillah masa aku bertolak ke Melaka, takde pun traffic jam tp banyak kenderaan je la..aku mula bertolak ke Melaka pada pukul 10 pagi manakala wedding start kira2 pukul 12 tgh hari. Aku hanya pergi keseorangan sbb parents aku ada hal penting yg tak dpt dielakkan untuk pergi bersama-sama aku. ye aku pergi ke wedding yana seorang diri tanpa teman..alhamdulillah perjalanan aku dengan menaiki kereta pergi dan balik selamat sampai ke destinasi. ala..dari Bangi ke Ayer Keroh bukan jauh sgt, kira2 2 jam je..
Ketika aku memandu dalam perjalanan ke Melaka, aku ternampak sign board yg menunujukkan arah ke Rembau dan Pedas Linggi selepas sudah melepasi Nilai, Senawang, Seremban dan lain2 lagi (tak ingat daerah apa lg ada lps Seremban). dalam hatiku dan fikiranku terbayang2 lagu Rembau Most Wanted nyanyian penaynyi rap baru dari Malaysia iaitu WARIS (org Negeri Sembilan sebut Warighh) dan juga Menteri Belia dan Sukan yg terbaru iaitu YB Khairy Jamaluddin kerana kedua2 nya berasal dari Rembau. tak lupa juga keluarga mak aku dan sedara mara dia juga berasal dari daerah yg sama..haha..apa pun tempat tu hanya tinggal kenangan untuk keluarga mak aku..kenapa? tak perlu la aku jawab di sini..tak ada apa2 yg berlaku pun cuma siapa lg sedara mara yg ada kt rembau? hmm..mereka masih lagi ingat asal usul mereka dan sekali skala mereka pun tercakap jugak loghat Nogori Sembilan sesama sendiri..haha..aku boleh cakap sikit2 je..kalau nk betul2 dan asli nye loghat Nogori kena dengar atuk dan nenek kita cakap cmna..
Ok balik pada cite pasal wedding..haha..selepas dua jam perjalanan akhirnya aku sampai ke dewan tempat berlangsungnya wedding dua pupu aku yg dinamakan sebagai dewan bistari ayer keroh (stadium mini bistari ayer keroh)..itupun sesat sikit pasal aku tak jumpa dewan tu walaupun dh nampak landmark iaitu sekolah dan poliklinik bila tgk pada kad jemputan. lepas 2-3 kali pusing, baru ku sedar yg aku dh lalu depan dewan tu 2-3 kali rupanya..kira aku tawaf keliling dewan tu..cmna aku bleh tak perasan..ketika aku masuk je dewan, aku pun berjumpa dengan sepupu2 Yana, ibu bapa dia dan juga pakcik dan makcik dia (sepupu2 mak aku) termasuk nenek sedara aku..ketika aku berjumpa dgn diorg, diorg terkejut aku dtg keseorangan dan bertanyakan mana mak dan ayah aku..selain itu ada juga diorg tanya tak jem ke masa on the way dtg melaka ni..sangat best saat ni..bila lg dapat jumpa sedara mara jauh ni kalau tak masa wedding. terus terang aku ckp aku agak rapat dengan sedara mara Yana daripada sepupu2 aku sendiri..aku sendiri pun tak tahu..apa nk kisahkan, diorg pun sedara aku jgk at least kita kenal antara satu sama lain.
Setelah berjumpa dan bertanya khabar, aku pun menjamu selera bersama-sama dengan mereka. kira2 pukul 1 tgh hari, pengantin pun tiba setelah aku selesai menjamu selera..tidak lama kemudian, adik-beradik mak aku pula sampai dan soalan yg sama jugak diorg tanya (aku dtg sorg je? mak & ayah aku mana?)...selepas selesai makan, jumpa, berbual dan bergambar dengan pengantin, aku pun pulang ke Bangi dengan hati yg gembira..memang terasa sunyi kalau ke tempat jauh sorg2 tp aku anggap diriku sbg pengembara walaupun berkereta..hehe..aku hanya berdoa pada Allah sebelum aku mulakan perjalanan dari Bangi ke Melaka dan dari Melaka ke Bangi..sebelum aku mengakhiri post ini, aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah pada Yana dan suaminya. aku doakan hubungan korg berkekalan hingga akhir hayat.
aku (berbaju biru) bersama Yana dan suaminya.
P/S: Tahniah dan selamat pengantin baru kepada ustaz yg mula dikenali di laman sosial (Youtube) iaitu Ustaz Azhar Idrus yg telah melangsungkan perkahwinan yg ketiga. ustaz Azhar dh ada tiga isteri, aku sorg isteri pun tak ada lagi..hehehe..
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment