Aku yang dulu bukan yang sekarang

0 comments


Assalamualaikum readers sekalian. apa khabar? harap korg semua berada dlm keadaan sihat..cmna sambutan raya minggu kedua ni? pastinya keseronokan makan bertambah dengan byk jemputan open house dan tak lupa juga majlis aqiqah dan majlis kahwin ye..makan tu makan jgk..kesihatan kena jaga ye..hehe..

Baiklah..aku baru je menonton video penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar dgn tajuk lagunya "aku yg dulu bkanlah yang sekarang". mmg sedih bila menonton video ni dan dengar lirik2 lagu ni yg ditulis sendiri olehnya..aku tak mengenali siapa penyanyi ni dan kalau nk tau lebih lanjut pasal beliau, kena buat research sendiri ye..aku bukan nk share psl latar belakang Tegar dan makna di sebalik lagu ni..apa yg aku nk ceritakan di sini, ada sedikit persamaan antara aku dan Tegar terutama sekali salah satu lirik lagu "dulu ditendang sekarang disayang". pasti semua org nk tau apa persamaan antara aku dan dia. dh terang2 aku ni lebih tua daripada dia. itu mmg nmpk ketara sgt bezanya..nk kata kehidupan aku dan dia sama mmg tidaklah jawabnya..ye..aku hidup dlm keadaan sederhana manakala kehidupan Tegar lebih susah dari aku. jika dirujuk pada lirik "dulu ditendang sekarang disayang", aku sebenarnya alami kesusahan mendapat pekerjaan selepas bergelar graduan manakala penyanyi ini dihalau oleh orang ramai kerana dianggap seperti peminta sedekah.

Aku suka lirik itu kerana ia menginngatkan aku ketika aku lepas bergelar graduan aku berada dlm pengangguran dlm tempoh yg agak lama (tak adalah menganggur sampai setahun) walaupun aku ni lepasan universiti. hendak aku memberitahu kalian semua, tidak semestinya selepas bergelar graduan dari mana2 universiti atau kolej, kita mudah mendapat pekerjaan. dah banyak tempat aku mencari pekerjaan, namun aku "ditendang" (tak diterima/tak dipilih). aku tetap bersabar..bukan rezeki aku. dan rezeki ada di mana2. bumi Allah ni luas. yang penting usaha dan doa. bagi yg mengenali aku, pastinya korg akan berkata aku patut bersyukur sbb masih ada tempat berlindung dan kehidupan tidaklah susah spt org lain. betul..aku
bersyukur pemberian Allah pada aku walaupun aku dalam penagngguran ketika itu. ketika itu juga aku tahu ini ujian Allah pada aku..(sapa suruh tak blaja btul2 masa kt universiti dulu. kemudahan dh ada. pastu dh susah nk dpt keja).

Aku sebenarnya tak nak cerita lebih2. aku pasti ada org lain akan alami pengalaman lebih teruk daripada aku. kini aku sudah pun bekerjaya..walaupun pekerjaan aku kini tak ada kena mengena dgn kelulusan aku, aku mencari rezeki HALAL dan diredhai oleh Allah. alhamdulillah..berkat usaha dan doa tak lupa juga doa daripada ibu bapa ku..itu lebih penting. ye, dulu ku susah sekarang alhamdulilah..bersyukur pada Yang Maha Kuasa. lebih bermakna lagi, tempat kerja aku kini tidak begitu jauh dari rumah aku. banyak juga boleh save tapi kena berjimat juga sebab pembaziran itu amalan syaitan.

Kepada graduan2 yg masih menganggur, jangan berputus asa. teruskan usaha mencari kerja. bagi pembaca2 blog ini dan lain2 termasuk pelajar universiti/ kolej dan pelajar sekolah, ambil iktibar daripada lagu dan video klip "aku yang dulu bukan yang sekarang". pasti korg semua insaf. penyanyi ini tak dapat bersekolah kerana masalah kewangan manakala korg semua dpt bersekolah dan blaja ke menara gading. kewangan pula tidak jadi masalah tp masih nk ponteng dan malas blaja. bersyukurlah dapat meneruskan pengajian, dan para graduan2 yg menganggur, bersyukurlah kerana berjaya menamatkan pengajian..apa pun aku doakan korg semua berjaya dalam apa yg korg ingin kan dalam dunia ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 sekalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan semua..alhamdulillah lps genap sebulan berpuasa dh tiba pula hari raya dan hari ini genap seminggu kita beraya. jadi bagaimana sambutan hari raya korg? harap2 semua happy lah ye..bagi aku, raya aku tahun ni biasa2 je..raya pertama aku cuti manakala raya kedua aku mula bekerja..ye betul..tp pengorbanan harus dilakukan demi mencari sesuap nasi..tahun ni juga aku tidak balik ke kampung. beraya di Bangi je..

Oklah..sepanjang seminggu kita beraya, aku masih tak berpeluang beraya di rumah sedara-mara aku mahupun rumah kawan2 aku. tapi masih awal lagi, dan aku anggap masih ada peluang untuk aku beraya di rumah mereka. sabar ye kawan2..nk dipendekkan cerita, aku ceritakan cerita hari raya yg dh seminggu berlalu iaitu pada 8 Ogos 2013. pendek je cerita dia.

Pada pagi raya, seperti biasa aku bangun awal pagi dan bersiap2 berbaju melayu lengkap dengan sampin. masih sempat lagi ketika itu memandangkan solat sunat hari raya akan bermula tepat pukul 8.30 pagi. ketika sedang bersiap, abang2 aku dan keluarga mereka dh pun sampai di rumah aku. aku dan seluruh ahli keluarga ku pergi ke surau berdekatan dengan rumah aku untuk menunaikan solat sunat hari raya. gembira tak terkata bila dapat melihat semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama. selesai sahaja solat, kami semua pulang ke rumah aku dan terus makan. ye..dh penat puasa kan..makan apa yang ada..

Selepas makan, sesi bermaaf-maafan antara ahli keluarga pun bermula. tidak lupa juga sesi fotografi ye..hehe..anak2 sedara aku yg akan rasa gembira kerana mereka terima duit raya daripada org2 dewasa. diharapkan anak2 sedara aku menggunakan duit raya itu sebaik mungkin dan tidak membazir..untuk gambar raya pula, tahun ni tak banyak gambar yg aku ambil berbanding tahun lps. mungkin sebab taun lps pertama kali semua ahli keluarga aku berada di Bangi. tahun ni sekali lagi mereka kembali beraya di tempat sama. apa yg membezakan ialah saiz anak2 sedara aku je..huhu..makin besar diorg ni..apa pun raya tetap raya, biar sederhana dan tidak membazir.

Lps je habis sesi fotografi dan makan untuk second round, abg2 aku dan keluarga diorg pun ke rumah mertua masing2 kira2 waktu tengah hari macam tu dan tinggal aku dan mak ayah aku di rumah. aku ketika itu dah rasa mengantuk lalu aku pun ke bilik tidur aku. terus ke katil dan tidur sepuas2nya..sebaik je aku sedar dari tidur, aku tgk jam dah petang rupanya..aku ingatkn nk lelap kejap je kemungkinan waktu tgh hari itu hendak ke rumah nenek aku di shah alam bersama mak ayah aku. bila aku tanya mak ayah aku pergi atau tidak ke shah alam, diorg pn ckp tak pergi. nasib baik. ingtkn aku kena tinggal. kemungkinan ini kali pertama aku beraya setengah hari sebab setengah hari lg aku habiskan masa tidur je di rumah..raya kali ini adalah simple bagi aku..oklh. sampai sini sahaja lah ye cerita aku..di sini aku sertakan beberapa gambar ketika hari raya minggu lalu. kalau nk tgk byk gmbr lg, bolehlah ke facebook aku ye. ok. bye.

Tahun ni cucu mak dan ayah beratur pula. tahun lps bergambar kt tangga. susunan masih lg sama :D

Rasa mcm pelik jgk tgk gmbr ni. padat pulak sofa ni bila aku duduk. huhu..

Ada mcm kumpulan nasyid Brothers tak? erk :P


Hari Raya - iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris

1 comments



Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Sesudah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan juga dahaga
Erti puasa memberikan kita nikmat sebenar hari Aidilfitri

Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Mari balik kampung jumpa ayah ibunda
Mari balik kampung kita raikannya

Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Hoo..