Aku yang dulu bukan yang sekarang


Assalamualaikum readers sekalian. apa khabar? harap korg semua berada dlm keadaan sihat..cmna sambutan raya minggu kedua ni? pastinya keseronokan makan bertambah dengan byk jemputan open house dan tak lupa juga majlis aqiqah dan majlis kahwin ye..makan tu makan jgk..kesihatan kena jaga ye..hehe..

Baiklah..aku baru je menonton video penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar dgn tajuk lagunya "aku yg dulu bkanlah yang sekarang". mmg sedih bila menonton video ni dan dengar lirik2 lagu ni yg ditulis sendiri olehnya..aku tak mengenali siapa penyanyi ni dan kalau nk tau lebih lanjut pasal beliau, kena buat research sendiri ye..aku bukan nk share psl latar belakang Tegar dan makna di sebalik lagu ni..apa yg aku nk ceritakan di sini, ada sedikit persamaan antara aku dan Tegar terutama sekali salah satu lirik lagu "dulu ditendang sekarang disayang". pasti semua org nk tau apa persamaan antara aku dan dia. dh terang2 aku ni lebih tua daripada dia. itu mmg nmpk ketara sgt bezanya..nk kata kehidupan aku dan dia sama mmg tidaklah jawabnya..ye..aku hidup dlm keadaan sederhana manakala kehidupan Tegar lebih susah dari aku. jika dirujuk pada lirik "dulu ditendang sekarang disayang", aku sebenarnya alami kesusahan mendapat pekerjaan selepas bergelar graduan manakala penyanyi ini dihalau oleh orang ramai kerana dianggap seperti peminta sedekah.

Aku suka lirik itu kerana ia menginngatkan aku ketika aku lepas bergelar graduan aku berada dlm pengangguran dlm tempoh yg agak lama (tak adalah menganggur sampai setahun) walaupun aku ni lepasan universiti. hendak aku memberitahu kalian semua, tidak semestinya selepas bergelar graduan dari mana2 universiti atau kolej, kita mudah mendapat pekerjaan. dah banyak tempat aku mencari pekerjaan, namun aku "ditendang" (tak diterima/tak dipilih). aku tetap bersabar..bukan rezeki aku. dan rezeki ada di mana2. bumi Allah ni luas. yang penting usaha dan doa. bagi yg mengenali aku, pastinya korg akan berkata aku patut bersyukur sbb masih ada tempat berlindung dan kehidupan tidaklah susah spt org lain. betul..aku
bersyukur pemberian Allah pada aku walaupun aku dalam penagngguran ketika itu. ketika itu juga aku tahu ini ujian Allah pada aku..(sapa suruh tak blaja btul2 masa kt universiti dulu. kemudahan dh ada. pastu dh susah nk dpt keja).

Aku sebenarnya tak nak cerita lebih2. aku pasti ada org lain akan alami pengalaman lebih teruk daripada aku. kini aku sudah pun bekerjaya..walaupun pekerjaan aku kini tak ada kena mengena dgn kelulusan aku, aku mencari rezeki HALAL dan diredhai oleh Allah. alhamdulillah..berkat usaha dan doa tak lupa juga doa daripada ibu bapa ku..itu lebih penting. ye, dulu ku susah sekarang alhamdulilah..bersyukur pada Yang Maha Kuasa. lebih bermakna lagi, tempat kerja aku kini tidak begitu jauh dari rumah aku. banyak juga boleh save tapi kena berjimat juga sebab pembaziran itu amalan syaitan.

Kepada graduan2 yg masih menganggur, jangan berputus asa. teruskan usaha mencari kerja. bagi pembaca2 blog ini dan lain2 termasuk pelajar universiti/ kolej dan pelajar sekolah, ambil iktibar daripada lagu dan video klip "aku yang dulu bukan yang sekarang". pasti korg semua insaf. penyanyi ini tak dapat bersekolah kerana masalah kewangan manakala korg semua dpt bersekolah dan blaja ke menara gading. kewangan pula tidak jadi masalah tp masih nk ponteng dan malas blaja. bersyukurlah dapat meneruskan pengajian, dan para graduan2 yg menganggur, bersyukurlah kerana berjaya menamatkan pengajian..apa pun aku doakan korg semua berjaya dalam apa yg korg ingin kan dalam dunia ni.

0 comments: (+add yours?)