Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 sekalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan semua..alhamdulillah lps genap sebulan berpuasa dh tiba pula hari raya dan hari ini genap seminggu kita beraya. jadi bagaimana sambutan hari raya korg? harap2 semua happy lah ye..bagi aku, raya aku tahun ni biasa2 je..raya pertama aku cuti manakala raya kedua aku mula bekerja..ye betul..tp pengorbanan harus dilakukan demi mencari sesuap nasi..tahun ni juga aku tidak balik ke kampung. beraya di Bangi je..
Oklah..sepanjang seminggu kita beraya, aku masih tak berpeluang beraya di rumah sedara-mara aku mahupun rumah kawan2 aku. tapi masih awal lagi, dan aku anggap masih ada peluang untuk aku beraya di rumah mereka. sabar ye kawan2..nk dipendekkan cerita, aku ceritakan cerita hari raya yg dh seminggu berlalu iaitu pada 8 Ogos 2013. pendek je cerita dia.
Pada pagi raya, seperti biasa aku bangun awal pagi dan bersiap2 berbaju melayu lengkap dengan sampin. masih sempat lagi ketika itu memandangkan solat sunat hari raya akan bermula tepat pukul 8.30 pagi. ketika sedang bersiap, abang2 aku dan keluarga mereka dh pun sampai di rumah aku. aku dan seluruh ahli keluarga ku pergi ke surau berdekatan dengan rumah aku untuk menunaikan solat sunat hari raya. gembira tak terkata bila dapat melihat semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama. selesai sahaja solat, kami semua pulang ke rumah aku dan terus makan. ye..dh penat puasa kan..makan apa yang ada..
Selepas makan, sesi bermaaf-maafan antara ahli keluarga pun bermula. tidak lupa juga sesi fotografi ye..hehe..anak2 sedara aku yg akan rasa gembira kerana mereka terima duit raya daripada org2 dewasa. diharapkan anak2 sedara aku menggunakan duit raya itu sebaik mungkin dan tidak membazir..untuk gambar raya pula, tahun ni tak banyak gambar yg aku ambil berbanding tahun lps. mungkin sebab taun lps pertama kali semua ahli keluarga aku berada di Bangi. tahun ni sekali lagi mereka kembali beraya di tempat sama. apa yg membezakan ialah saiz anak2 sedara aku je..huhu..makin besar diorg ni..apa pun raya tetap raya, biar sederhana dan tidak membazir.
Lps je habis sesi fotografi dan makan untuk second round, abg2 aku dan keluarga diorg pun ke rumah mertua masing2 kira2 waktu tengah hari macam tu dan tinggal aku dan mak ayah aku di rumah. aku ketika itu dah rasa mengantuk lalu aku pun ke bilik tidur aku. terus ke katil dan tidur sepuas2nya..sebaik je aku sedar dari tidur, aku tgk jam dah petang rupanya..aku ingatkn nk lelap kejap je kemungkinan waktu tgh hari itu hendak ke rumah nenek aku di shah alam bersama mak ayah aku. bila aku tanya mak ayah aku pergi atau tidak ke shah alam, diorg pn ckp tak pergi. nasib baik. ingtkn aku kena tinggal. kemungkinan ini kali pertama aku beraya setengah hari sebab setengah hari lg aku habiskan masa tidur je di rumah..raya kali ini adalah simple bagi aku..oklh. sampai sini sahaja lah ye cerita aku..di sini aku sertakan beberapa gambar ketika hari raya minggu lalu. kalau nk tgk byk gmbr lg, bolehlah ke facebook aku ye. ok. bye.
Tahun ni cucu mak dan ayah beratur pula. tahun lps bergambar kt tangga. susunan masih lg sama :D
Rasa mcm pelik jgk tgk gmbr ni. padat pulak sofa ni bila aku duduk. huhu..
Ada mcm kumpulan nasyid Brothers tak? erk :P
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment