Ainan Tasneem – Hanya PadaMu

1 comments


Woohoo….ooo…woohooo….
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya duniaku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala hidup matiku..

(zikir)
Hasbi Robbi Jalallah Mafi Qalbi..Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah Lailahaillallah

Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya hidupku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala jiwa ragaku..

(ulang zikir 2x)

Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untuk Mu
Woohoo oooo..
Ya Allah..

(ulang zikir 2x)

27

2 comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. Hari ini (4 Januari 2014) genaplah usia aku 27 tahun. sekejap je rasa masuk usia 27 tahun ni. 3 tahun lg dah masuk 30 tahun. Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. ni. Aku sendiri tidak menyangka usia aku ni makin lanjut hingga bila dh masuk 12 tgh malam pun aku masih tak sedar hari jadi aku dah tiba. huhu..apa pun terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan2 yg mengucapkan selamat hari jadi pada aku tak kira melalui whatss app dan facebook. hari ini juga hari yang menggembirakan bagi aku kerana pada hari jadi aku juga lah kawan sekerja aku mengadakan majlis pertunangan dan jiran aku pula mengadakan majlis pernikahan. sebenarnya ini satu kebetulan. aku tak tahu pun kedua-dua majlis ini berlaku pada hari ini. di kesempatan ini juga aku ucapkan tahniah pada mereka (jika mereka membaca blog ini) dan semoga hubungan mereka dan pasangan mereka kekal hingga akhir hayat.

Oh lupa pasal sambutan hari jadi aku ni. Sambutan hari jadi aku tahun ni hanya biasa je. hanya keluar makan steak di Tony Romas, Mid Valley Megamall bersama kedua ibu bapa aku. ini merupakan pertama kali dalam hidup aku makan di Tony Romas. bagi aku memang sedap makanan di situ. memang kenyang hingga waktu malam jika korg makan makanan di situ waktu tengah hari. sekali sekala boleh la makan di Tony Romas kalau selalu memang kering poket kita. hehe..tidak ada kek untuk aku tahun ini. aku pun tak kisah kalau tak ada kek pun walaupun dah lama rasanya tak makan kek. Insyallah jika ada kesempatan, akan ku belikan sendiri kek untuk dijamu pada kawan2 sekerja aku. tak kisah beli kek sempena birthday diri sendiri. untuk hadiah pula, aku tidak minta apa2 pun dan tidak berharap apa2 hadiah pun. aku hanya menerima sepasang kemeja daripada mak aku. hadiah untuk aku pada hari jadi ini tidak penting sangat pn lebih2 lagi pada umur mcm ini. oklh. sampai sini sahaja post aku untuk hari ini. Insyallah kita akan jumpa lg di post yg akan datang. bye..

Selamat Tahun Baru 2014

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian..apa khabar? harap korg semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua readers aku. tidak lupa juga hari ini 1 Januari 2014 genap 5 tahun usia blog aku. pejam celik pejam celik dh setengah dekad dah usia blog aku. walaupun blog aku ni suam2 kuku je aktif..tetapi aku tetap terus menulis blog..standard la..takkan tiap2 ari nk update cite..kita pun ada aktiviti kita sendiri kan..kepada readers yg masih belum dapat melaksanakan azam tahun lepas, teruskan azam tu untuk tahun ini. moga2 dapat dicapai apa yg dihajati untuk tahun ini insyallah. pada tahun lalu, bagi aku tahun yang tidak mengecewakan sangat bagi aku tetapi kesedihan yang menyelubungi diriku tak dapat diatasi kerana ramai rakan2 sekerja aku telah kehilangan insan yang mereka sayang. ye..ramai kawan2 kehilangan ahli keluarga mereka contohnya ada ibu atau bapanya telah meninggal dunia, pak cik/mak cik meninggal dunia. ini mengingatkan kita bahawa mati itu pasti tidak kira umur kita muda atau pun tua. rakan2 aku tabah menghadapi dugaan ini dan untuk readers yg beragama Islam, sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada ahli keluarga rakan2 aku yg telah pergi..