27



Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian. Hari ini (4 Januari 2014) genaplah usia aku 27 tahun. sekejap je rasa masuk usia 27 tahun ni. 3 tahun lg dah masuk 30 tahun. Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. ni. Aku sendiri tidak menyangka usia aku ni makin lanjut hingga bila dh masuk 12 tgh malam pun aku masih tak sedar hari jadi aku dah tiba. huhu..apa pun terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan2 yg mengucapkan selamat hari jadi pada aku tak kira melalui whatss app dan facebook. hari ini juga hari yang menggembirakan bagi aku kerana pada hari jadi aku juga lah kawan sekerja aku mengadakan majlis pertunangan dan jiran aku pula mengadakan majlis pernikahan. sebenarnya ini satu kebetulan. aku tak tahu pun kedua-dua majlis ini berlaku pada hari ini. di kesempatan ini juga aku ucapkan tahniah pada mereka (jika mereka membaca blog ini) dan semoga hubungan mereka dan pasangan mereka kekal hingga akhir hayat.

Oh lupa pasal sambutan hari jadi aku ni. Sambutan hari jadi aku tahun ni hanya biasa je. hanya keluar makan steak di Tony Romas, Mid Valley Megamall bersama kedua ibu bapa aku. ini merupakan pertama kali dalam hidup aku makan di Tony Romas. bagi aku memang sedap makanan di situ. memang kenyang hingga waktu malam jika korg makan makanan di situ waktu tengah hari. sekali sekala boleh la makan di Tony Romas kalau selalu memang kering poket kita. hehe..tidak ada kek untuk aku tahun ini. aku pun tak kisah kalau tak ada kek pun walaupun dah lama rasanya tak makan kek. Insyallah jika ada kesempatan, akan ku belikan sendiri kek untuk dijamu pada kawan2 sekerja aku. tak kisah beli kek sempena birthday diri sendiri. untuk hadiah pula, aku tidak minta apa2 pun dan tidak berharap apa2 hadiah pun. aku hanya menerima sepasang kemeja daripada mak aku. hadiah untuk aku pada hari jadi ini tidak penting sangat pn lebih2 lagi pada umur mcm ini. oklh. sampai sini sahaja post aku untuk hari ini. Insyallah kita akan jumpa lg di post yg akan datang. bye..

2 comments: (+add yours?)

RaksasaBaik said...

selamat ulang tahun,moga dimurahkan rezeki selalu,dpt ksihatan yg baik dan juga gembira..amin~~ hehehe

Shafiq Hashim said...

Selamat Membesar :)

shafiqhashim.blogspot.com