Ke Johor ke kita :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Lama jgk tak update blog ni ye. haha..takde apa nk diceritakan sgt sebab tu la menyepi kejap. ok la. just nk bagitau yg minggu lalu, 4 april (sabtu) aku dan keluarga aku berada di Johor Bahru (JB) utk ke wedding (majlis bertandang) cousin lelaki aku. tapi bukan pasal wedding nk diceritakan. apa yg nk diceritakan ialah dah lama kami sekeluarga tidak jalan2 di JB. bila dh ke JB utk wedding, sambil tu boleh bersiar2 di JB walaupun dpt bersiar2 selama 2 hari iaitu hujung minggu. JB dh lain skrg. kalau nk ceritakan mmg panjang. aku cuma nk fokuskan apa yg aku nk sgt bila dh ada kt JB ni. apa yg aku nk cari kt JB ialah makanan yg agak susah nk jumpa kt KL. kalau ada pun mungkin rasa tak sama. makanan yg dimaksudkan ialah kacang pol (maaf ye kalau salah eja) dan mee rebus tulang.

baiklh. cerita pasal kacang pol, aku dan family aku pergi ke tempat yg menjual kacang pol pada hari ahad. kami pun pergi waktu pagi dan berkonvoi dibantu juga dgn aplikasi waze. tempat yg dimaksudkan terletak di Jalan Air Molek. kalau nk ke sana taip saja Tabung Haji Jalan Air Molek di waze dan tempat yg menjual kacang pol tu di dalam kawasan "food court" yg terletak di sebelah bangunan Tabung Haji tu. selain kacang pol, ada jgk gerai lain dlm "food court" tu jual lontong, roti john dan lain2. mmg sedap kacang pol kt situ. aku juga ada mencuba menu yg tak pernah dgr iaitu roti john daging tabur. ha..apa benda tu. ia adalh roti john yg diletakkn daging kisar. macam dlm gmbr bawah ni:
haha..mengiurkn? apa lg. kalau dh ada kt JB pi time breakfast try menu ni. tak puas kalau mkn kacang pol je. lps breakfast kami pulang ke hotel kami dan berehat. tengah hari pula lps check out dari hotel, kami ke restoran yg menjual mee rebus tulang pula. nama restoran yg jual mee rebus tu ialah Restoran ZZ yg terletak di jalan petri. tak pasti jalan petri berapa tp kalau cari kt waze atau guna gps lain boleh jumpa restoran tu. taip je restoran zz. kalau td dh share gambar roti john, skrg nk share gmbr mee rebus tulang plak.
baiklh. tu je yg aku dpt ulaskn tempat mkn best kt JB. apa pun selamat mencari dan selamat mencuba bagi yg ingin ke tempat yg aku sebutkn td. Insyallah kita jumpa lg pada post yg akan dtg.

0 comments: (+add yours?)