Nickelback - What Are You Waiting For

0 comments



What are you waiting for?
What are you waiting for?
Are you waiting on a lightening strike
Are you waiting for the perfect night
Are you waiting till the time is right?
What are you waiting for
Don't you wanna learn to deal with fear
Don't you wanna take the wheel and steer
Don't you wait another minute here
What are you waiting for?

You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You're only living once so tell me?
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
And don't you be afraid if you fall
You're only living once so tell me?
What are you, what are you waiting for?

Are you waiting for the right excuse?
Are you waiting for a sign to choose
While your waiting it's the time you lose
What are you waiting for?
(What are you waiting for?)
Don't you wanna spread your wings and fly?
Don't you wanna really live your life?
Don't you wanna love before you die?
What are you waiting for?

What are you waiting for?

You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You're only living once so tell me?
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
And don't you be afraid if you fall
You're only living once so tell me?
What are you, what are you waiting for?

Tell me what you're waiting for
(Tell me what you're waiting for)
Show me what you're aiming for
(Show me what you're aiming for)
What you gonna save it for?
(What you gonna save it for?)
So what you really waiting for?
(So what you really waiting for?)

Tell me what you're waiting for
(Tell me what you're waiting for)
Show me what you're aiming for
(Show me what you're aiming for)
What you gonna save it for?
(What you gonna save it for?)
So what you really waiting for?
(So what you really waiting for?)

Everybody's gonna make mistakes
but everybody's got a choice to make
Everybody needs a leap of faith
When are you taking yours?
What are you waiting for?

You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You only living one so tell me?
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
So don't you be afraid if you fall
You're only living once so tell me,
What are you, what are you waiting for

You gotta go and reach for the top
(What are you, what are you)
(What are you waiting for?)

Ke Johor ke kita :D

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Lama jgk tak update blog ni ye. haha..takde apa nk diceritakan sgt sebab tu la menyepi kejap. ok la. just nk bagitau yg minggu lalu, 4 april (sabtu) aku dan keluarga aku berada di Johor Bahru (JB) utk ke wedding (majlis bertandang) cousin lelaki aku. tapi bukan pasal wedding nk diceritakan. apa yg nk diceritakan ialah dah lama kami sekeluarga tidak jalan2 di JB. bila dh ke JB utk wedding, sambil tu boleh bersiar2 di JB walaupun dpt bersiar2 selama 2 hari iaitu hujung minggu. JB dh lain skrg. kalau nk ceritakan mmg panjang. aku cuma nk fokuskan apa yg aku nk sgt bila dh ada kt JB ni. apa yg aku nk cari kt JB ialah makanan yg agak susah nk jumpa kt KL. kalau ada pun mungkin rasa tak sama. makanan yg dimaksudkan ialah kacang pol (maaf ye kalau salah eja) dan mee rebus tulang.

baiklh. cerita pasal kacang pol, aku dan family aku pergi ke tempat yg menjual kacang pol pada hari ahad. kami pun pergi waktu pagi dan berkonvoi dibantu juga dgn aplikasi waze. tempat yg dimaksudkan terletak di Jalan Air Molek. kalau nk ke sana taip saja Tabung Haji Jalan Air Molek di waze dan tempat yg menjual kacang pol tu di dalam kawasan "food court" yg terletak di sebelah bangunan Tabung Haji tu. selain kacang pol, ada jgk gerai lain dlm "food court" tu jual lontong, roti john dan lain2. mmg sedap kacang pol kt situ. aku juga ada mencuba menu yg tak pernah dgr iaitu roti john daging tabur. ha..apa benda tu. ia adalh roti john yg diletakkn daging kisar. macam dlm gmbr bawah ni:
haha..mengiurkn? apa lg. kalau dh ada kt JB pi time breakfast try menu ni. tak puas kalau mkn kacang pol je. lps breakfast kami pulang ke hotel kami dan berehat. tengah hari pula lps check out dari hotel, kami ke restoran yg menjual mee rebus tulang pula. nama restoran yg jual mee rebus tu ialah Restoran ZZ yg terletak di jalan petri. tak pasti jalan petri berapa tp kalau cari kt waze atau guna gps lain boleh jumpa restoran tu. taip je restoran zz. kalau td dh share gambar roti john, skrg nk share gmbr mee rebus tulang plak.
baiklh. tu je yg aku dpt ulaskn tempat mkn best kt JB. apa pun selamat mencari dan selamat mencuba bagi yg ingin ke tempat yg aku sebutkn td. Insyallah kita jumpa lg pada post yg akan dtg.

Selamat Hari Lahir yang ke -28 Taufiq

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Hari ini merupakan hari lahir aku yg ke-28 tahun. Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. pada usia sebegini. masih banyak yg perlu dipertingkatkan walaupun usia aku makin meningkat. memang seperti tidak percaya umurku hampir ke angka 30-an. bila usia sebegini soalan yg kebiasaan orang ramai tanya pada aku ialah "bila nak kawin?". Soalan tu memang susah nak jawab tapi apa pun aku menyerah pada Yang Maha Esa kerana jodoh itu rahsia Allah. aku tak tau siapa jodoh aku tetapi usaha untuk mencari pasangan hidup tetap ada. ok lah. sambutan hari jadi aku hari ini hanya sederhana sahaja. banyak ucapan yang aku terima daripada keluarga dan kawan2 melaui whatss app, facebook dan juga instagram. terima kasih banyak2 kepada semua yg bg ucapan birthday sesungguhnya birthday tahun ni agak bermakna sebab ramai yg wish birthday aku sehingga pening aku nk reply. seperti tahun2 yg lalu yg aku katakan, semakin lama, semakin canggih teknologi yg wujud dan kita boleh gunakan untuk memberi ucapan hari jadi, tahniah atas kelahiran anak, perkahwinan dan lain2 lagi tanpa dikenakan sebarang bayaran. apa pun tak lupa kepada readers atau keluarga readers yg menyambut hari jadi/ulangtahun perkahwinan sama dgn hari lahir aku, selamat hari lahir dan selamat ulangtahun diucapkan kepada kalian semua. bagi yg melangsungkan perkahwinan hari ini, selamat pengantin baru dan yang menerima cahaya mata hari ini, tahniah diucapkan. sekian. terima kasih.

2015

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Selamat tahun Baru 2015 buat semua. hari ni juga merupakan ulangtahun blog aku iaitu taufiqzulkifli.blogspot.com yg ke-6. cepat betul masa berlalu dh 6 tahun aku menjadi blogger walaupun jarang2 aktif. ini merupakan cerita yg ke-200 di dalam blog aku (eleh. 200 kali je update blog dalam tempoh 6 tahun. sikit sgt tu). apa yg boleh aku katakan di sini, nk kata enjoy menulis blog tu memang ada, bukan nk kejar glamour tetapi nk kongsi ilmu, tempat menarik yg kita pergi dan lain2 lagi. tapi harus berhati2 apa yg ditulis demi menjaga sensitiviti masyarakat. rasanya dh banyak kali cakap benda sama. apa pun kepada readers yg juga bloggers, teruskan berblogging. sama2 kita mencari idea untuk menulis agar kita sentiasa update blog yg dh berhabuk (untuk yg jarang2 update blog). sekian.

End 2014

1 comments

Assalamualaikun dan salam sejahtera readers sekalian. pada ketika aku update blog ni, hanya beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2015. ye, tahun baru, umur baru, kalendar baru dan macam2 lagi yg baru akan tiba. sesungguhnya tahun 2014 ni banyak kenangan pahit dan manis yg telah kita lalui bersama. mungkin ada antara kalian semua dh mencapai azam yg diingini untuk tahun 2014. tahniah diucapkan. pada yg belum mencapai apa yg diingini untuk tahun ni, cuba dan cuba lagi untuk tahun 2015 pula. mungkin tahun 2015 ni lebih mencabar, insyallah jika lakukan dgn tabah dan sabar kita akan dapat apa yg kita ingini atau hajat. baiklah. untuk cerita hari ini, aku ingin kongsikan beberapa memori/moments yg telah berlaku sepanjang tahun ni tanpa mengira yg indah atau yg buruk (banyak cite ni lebih pada aktiviti aku sepanjang tahun ni). jika aku tertinggal memori/moments sepanjang tahun 2014, sila tambah ye kt komen. mari kita saksikan

berita buruk dunia penerbangan Malaysia

  • Kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada bulan Mac 2014. sehingga kini masih belum ada apa2 perkembangan mengenai pesawat ini namun pencarian tetap diteruskan. sama2 kita berdoa agar kita diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa.
  • Pada bulan Julai lalu, sebuah lagi pesawat MAS MH17 dipercayai ditembak dan terhempas di Ukraine.
  • Pada hujung Disember 2014, sebuah kapal terbang Air Asia Indonesia QZ8501 hilang dari radar selepas berlepas dari Indonesia dan akan tiba di Singapura. Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian, mayat magsa pesawat tersebut dijumpai selepas misi pencarian bermula dari hari kehilangan pesawat Air Asia tersebut. sehingga kini semakin ramai mangsa berjaya ditemui termasuk serpihan pesawat itu.
kelahiran bayi
  • ramai rakan2 aku, sedara mara aku termasuk abang aku dan kakak ipar aku mendapat cahaya mata pada tahun 2014 ini. ye..tahun ni kita terima banyak perkhabaran baik ini termasuk ahli keluarga aku juga. tahun ini ada ahli keluarga baru dalam family aku. so jadi sekarang aku sudah mempunyai 7 orang anak saudara. anak saudara aku yg ke-7 tu adalah lelaki. hahaha..apa pun tahniah diucapkan kepada semua pasangan yg baru mendapat anak pada tahun ini.
perkahwinan/pertunangan
  • tahun ni memang banyak jemputan majlis perkahwinan yang aku terima terutama sekali pada bulan November dan Disember (biasalah sebab cuti sekolah). jemputan pula datang daripada sedara-mara, kawan2 sekolah, kawan2 sekerja dan juga jiran2. sekali lagi aku ingin mohon maaf sekiranya ada majlis korg yg aku tak dapat hadir. aku doakan semoga hubungan korg berkekalan hingga akhir hayat. pada yg bertunang pula tahniah diucapkan.
percutian
  • Walaupun tragedi MH370 dan MH17 masih tidak luput dari ingatan, ada antara kita yg tetap pergi bercuti ke luar negara. ada juga yg bercuti dalam negara. aku juga tak ketinggalan untuk bercuti. pada bulan May 2014, aku berkelah dengan kawan2 sekerja aku di Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan. walaupun penat tapi aku rasa seronok dapat bersama-sama kawan2 ke tempat itu. pada bulan september pula, aku dan kedua ibu bapa aku bercuti di Pulau Pinang. memang agak lama kami tidak ke sana sejak tahun 2002. banyak perubahan yg dilakukan di tempat yg kami kunjungi ini iaitu di Georgetown. tempat yg kami pergi ialah padang kota lama, lebuh armenia (yg ada street art), bukit bendera, muzium mainan, hard rock hotel dan juga penang museum time tunnel. walaupun aku tak dapat bercuti di luar negara, aku tetap seronok pergi ke pulau pinang. pada yg ada plan nk bercuti tahun 2015 ni, buat perancangan yg betul ye.
drama/filem
  • tak dpt nk ceritakan lebih mendalam sebab aku tak berpeluang menonton wayang yg ditayangkan pada tahun ni. drama lagi la tak ada masa nk tgk melainkan satu drama ni yg sgt popular tahun ini iaitu Rindu awak 200%. untuk pengetahuan korg, aku tak follow sgt cite ni. boleh dikatakan menarik jugak cite ni bukan sebab pelakon utama dia yg segak dan comel tetapi jalan cerita dia yg menarik.
ekonomi
  • pada awal oktober kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol ron 95 sebanyak 20 sen dimana harga yg baru ialah rm 2.30. disebabkan itu ramai juga yg beratur panjang di semua stesen minyak di selruh negara sebelum tengah malam sebelum harga minyak di naikkan. walau bagaimanapun, harga petrol diturunkan pada awal disember selepas kerajaan tidak lagi menampung subsidi dan harga minyak mentah dunia turun. harga petrol ron 95 yg baru pada bulan disember adalah rm 2.26. dengar khabar angin harga petrol ron 95 akan dirunkan lagi pada 1 januari 2015. tunggu je la ye
kehilangan
  • ramai antara kita kehilangan insan yg tersayang pada tahun ni. tak terlepas juga beberapa artis yg telah meninggal dunia antaranya Dato Mustapha Maarof dan Dato Aziz Sattar. maaf hanya ini je yg aku ingat. aku juga merasai kehilangan dua ahli keluarga aku. dua orang pak cik aku telah pergi buat selama-lamanya. pilu hati ini bila mendengar berita ni walaupun tak begitu rapat dengan mereka.
bencana
  • banjir yg melanda di negeri perak, pahang, kelantan dan terengganu pada bulan disember. tahun ini merupakan banjir yg paling dahsyat melanda di negara kita terutama sekali di negeri kelantan. bantuan dan sumbangan kepada mangsa2 masih diteruskan sehingga kini.
baiklah. tamat lah serba sedikit cerita yg berlaku sepanjang tahun ini yg dapat aku kongsikan dengan korg semua. kali ini di malaysia tidak ada sambutan tahun baru diadakan bagi menghormati kejadian2 buruk yg melanda negara kita sepanjang tahun ni. semoga korang gembira membaca kisah ni. apa yg boleh aku katakan di sini, moga tahun 2015 korg akan jadi lebih bermakna berbanding tahun 2014. segala kekurangan dan kesilapan dalam cerita hari ini dan sebelum2 ini harap dimaafkan. sekian. selamat tahun baru semua.