Education fair or career fair

21,May2010

Sepatutnya aku wat tajuk ni last week tp masa tu tak ada idea apa nk type. Well, last week 14 Mei 2010 (jumaat) aku pergi ke career fair anjuran kementerian pengajian tinggi (KPT). banyak company yg bukak booth hari tu. dalam 500 company. Dari company besar/terkenal di Malaysia dan dunia hinggalah company yang masih belum famous terlibat sama. Mulanya aku nak pergi hari sabtu (15 Mei) tapi parents or nk declare diorg as madam and big boss (saje je panggil cmtu. bukan nk ejek pn.) dah sound suruh pergi hari jumaat. jadi terpaksa lah aku pergi sebab kata diorang memang confirm ramai yang pergi hari sabtu. maklumlah cuti...pastu boleh plak cakap mesti ramai bangsa Cina yang datang apply sebab diorang pandai rebut peluang. Tolong sikit ek. kenapa cakap camtu? suka menindas bangsa sendiri. suka hati je cakap camtu. Jangan menghina bangsa sendiri dan bangsa2 lain. Kita hidup di Malaysia dengan pelbagai kaum harus bersatu untuk memajukan negara. Jangan kita nak bekerjasama dengan bangsa sendiri je. Melayu dgn melayu je. cina dgn cina je. india dgn india je. ok2 aku dah lari tajuk ni. geram bila ada orang ckp cmtu.hehe

Tiba hari yang dinantikan iaitu 14 Mei pada hari Jumaat, pagi2 lagi aku dah bangun nak kena bersiap pergi ke carerr fair di PWTC. career fair ni start pukul 9 pagi jadi aku kena bangun awal pagi. 2-3 hari sblm career fair bermula kena sound oleh madam suruh pergi awal . kalau career fair start pukul 9 kena sampai sana at least 1 jam awal. damn! aku tau lah..so lepas dah siap dalam pukul 7.15 pagi dh klua rumah. big boss pn hantar aku ke stesen KTM komuter di stesen UKM since aku nk ke PWTC dgn public transport (KL selalu jem.). untuk pengetahuan korg, kalau nk pergi ke PWTC, korg bleh naik kereta api KTM komuter untuk ke sana. nama stesen yang dekat dengan PWTC ialah stesen PUTRA. bila dah masuk dalam kereta api tu..tahu2 lah..ramainya orang..berhimpit2 macam dalam tin sardin. tp bila kereta api ni dah stop kat stesen KL Sentral, ramai plak orang dalam kereta api ni keluar...baru lega sikit. 5 tahun dulu, aku pergi ke PWTC untuk ke education fair. Naik komuter jugak dan kali ini aku pergi ke PWTC sekali lagi untuk career fair pulak dengan transport yang sama. 5 tahun dulu cari tempat sambung pengajian tinggi tapi skang cari pekerjaan pula..cepat betul masa berlalu.

apabila sampai saja di stesen komuter yang dituju, kena lah jalan kaki skit nk ke PWTC tu. bukan nya turun kereta api terus dh masuk bangunan. tak jauh pun kalau jalan. jam di tangan masa tu menunjukkan 8.40 pagi dan aku pun belum breakfast lagi. memang aku nk makan dulu bila sampai nanti. sedang aku berjalan melalui shopping complex bernama The Mall, aku ternampak Mcd dah buka. jadi aku pun pergilah breakfast Mcd. lepas breakfast, perjalanan pun diteruskan dan jam pun dh pukul 9 pagi. lokasi PWTC dengan The Mall tak jauh pun. depan The Mall ialah Hotel Seri Paciffic dan PWTC terletak sebelah hotel tu. bila sampai sahaja di PWTC, pencarian kerja kosong pun bermula. masa aku sampai, tak ramai orang lagi malah masih ada lagi yang baru nak ubah suai booth (tak boleh buat awal2 ke). bila dah lama skit baru lah ramai orang yang datang. memang diakui ramai graduates yang datang tanpa mengira bangsa mahupun agama malah orang2 dari negara timur tengah juga tidak melepaskan peluang.

sebelum aku menghadiri career fair di PWTC ni, aku telah mempersiapkan diri dengan menyediakan sebanyak 25 copy resume dan 25 copy sijil2 yang aku peroleh sepanjang aku bersekolah dan berada di universiti seminggu sebelum career fair bermula. resume dan sijil2 itu aku klipkan bersama. daripada 25 copy, aku hanya mampu memberi 17 copy sahaja. bila aku bawak 25 copy tu mmg berat jugak bila dah masuk dalam beg. sebelum masuk dalam beg pun nampak tebal jgk macam buku teks masa aku blaja kt universiti. bila balik umah je rasa ringan je. yang banyak brocure/flyers je. semasa aku di PWTC, aku ada apply di beberapa company bank dan insurans. yang paling banyak mestilah company IT sebab aku kan IT graduates. sebenarnya boleh je mintak kerja kt company bukan IT.hehe. walaupun aku tidaklah berminat sangat nak kerja di bidang IT, tapi tak salah jika aku apply di company IT dan minta jawatan eksekutif seperti sales executive, IT executive....aku bukan apa. banyak jawatan yang ditawarkan untuk IT graduates ni lebih kepada programming, networking, development. aku bukan berminat pn. tak salah memilih kan. asal kan ikut kemampuan kita. memang sekarang negara kita kekurangan kepakaran dalam programming dan banyak company mencari orang yang ada skill programming bagi IT graduates. hmm.. iye lah..apa yang aku boleh katakan tentang career fair ni, ialah career fair tidak sehebat seperti education fair yang pernah aku pergi 5 tahun yang lalu. bagi aku, education fair lagi best daripada career fair.

kepada madam dan big boss, harap bersabar lah. anakda akan dapat kerja setelah 17 resume telah dihantar semasa career fair hari itu. memang masa awal bulan Mei, madam cm hot je dgn aku sebab masih susah dapat kerja. kata dia ada setengah org tu lps abis belaja, trus dapat kerja. kalau aku ni dak pandai tak apa lah. dpt dean list pn dlm mimpi je..lagi2 aku baru mohon pekerjaan lepas selesai final exam untuk final semester. aku apply lps abis exam sbb ms menghadapi final semester, aku perlu fokus pada pelajaran. tak boleh nk ganggu masa tu. adoi..pening kepala aku. maklumlah pompuan..tak sabar..bukan aku duduk tak de wat pe kat rumah. aku dah cuba. aku apply melalui internet. macam biasalah. dah hantar application kerja, tempoh menunggu "anda diterima bekerja" pun mestilah lama nye. alangkah best kalau hari ni hantar application kerja, sok dapat kerja terus, memang semua orang kat Malaysia bekerja lah. tak adalah pengagguran berlaku. tapi sekarang madam tidak hot lagi walaupun sebulan lebih aku tidak bekerja. dia juga akui sekarang susah mendapat pekerjaan. memang result seseorang pun dikira juga. lagi2 banyak yang nak cari orang yang berpengalaman. fresh graduates macam aku susah nk dapat. kadang2 aku fikirkan, universiti2 yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak lps student graduate tu tak betul tu. semuanya sebab nak menarik lebih ramai student belajar kt universiti diorg. kelentong je lebih.

aku nak salahkan diri sebab tak apply kerja masa final semester tak boleh jugak. kalau aku apply jugak time tu, maybe aku tak graduate sbb asyik fikir pasal nak cari kerja je. pelajaran lebih penting lebih2 lagi time final semester. apa yang aku boleh cakap di sini ialah belum ada rezeki aku dapat kerja. aku telah usaha. masa aku chatting dengan abg aku, akmal, tempoh hari dengan memberitahu aku sudah menganggur selama sebulan lebih, dia berkata "ala rilek la..baru lagi graduate kan. baru sebulan lebih..nanti dapat lah kerja tu.". hehehe..tengok tu. ada yang berpendapat baru mengaggur sebulan lebih tu bukannya tempoh yang lama. kepada yang masih menganggur seperti aku, bersabarlah. rezeki ada di mana2. teruskan usaha anda.

0 comments: (+add yours?)