Tau ke korg UNITEN ni terletak di mana? mestilah korang tau kan..kalau tak tau sila ke website UNITEN untuk lebih info. click kt sini. teringat salah seorang lecturer aku ni cerita kat semua student dia termasuk lah aku semasa aku jd student dulu. untuk pengetahuan korg, sebelum dia jadi lecturer di UNITEN, dia adalah student UNITEN. cerita dia mcm ni:
masa dia seorang student dulu, ketika cuti Tahun Baru Cina, auntie dia tanya lecturer aku ni kat mana dia study? lecturer aku ni ckplh study kt UNITEN. bleh plak auntie dia ckp MMU (Multimedia Universiti) ke? adoi..pastu cuti Tahun Baru Cina seterusnya soalan yang sama ditanya oleh auntie kepada lecturer aku kepadanya. lps lecturer aku jawab study kt UNITEN, auntie dia bleh jwb MMU ke? the next cuti Tahun Baru Cina, sekali lagi auntie dia tanya soalan yg sama iaitu di mana dia study? auntie dia pn tanya lg blaja kt MMU ke? lepas 2 kali soalan dan jawapan yg sama dia dpt sblm ni, lecturer aku pn jawab "yup. MMU.."
aku dok bantai gelak psl citer ni. mana tak nya.bleh plak auntie dia confuse UNITEN dgn MMU..kesimpulan dari cerita lecturer aku ni ialah, masa dia jadi student di UNITEN, UNITEN baru je mula dibuka di Bangi-Kajang kira2 13 tahun dahulu dan masih belum terkenal di seluruh Malaysia pada ketika itu. MMU juga dibuka pada tahun yang sama (kalau tak silap) cuma lebih awal atau lambat skit dari UNITEN. kalau MMU dibuka lebih awal atau lambat dari UNITEN pn, faktor yg membuatkan MMU lebih dikenali pada ketika itu ialah publisiti MMU lebih luas dan lokasi MMU yang terletak tidak jauh dari UNITEN iaitu Cyberjaya. disebabkan lokasi UNITEN dan MMU yg agak dekat membuatkan auntie kepada lecturer aku ni confuse antara UNITEN dan MMU. So korg jgn confuse antara dua universiti ni ye. dua2 ni universiti yg berbeza. tak sama langsung.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment