Yeah! kira2 2 minggu sahaja lagi untuk kejohanan bola sepak paling besar di dunia iaitu Piala Dunia 2010 atau World Cup 2010 akan berlangsung. Kejohanan ni hanya akan berlangsung 4 tahun sekali. Kali ini, World Cup akan diadakan di Afrika Selatan. memang 1st time dibuat di benua dan negara afrika. besar kemungkinan lepas ni Afrika Selatan akan menjadi tempat tumpuan pelancong dari pelbagai negara semata-mata untuk world cup selama sebulan.
bila tengok balik team or country yang terlibat untuk world cup tahun ni, ada yang sukar untuk aku percaya. team yang aku macam tak percaya boleh layak untuk world cup tahun ni ialah New Zealand dan Greece. Kalau tak silap 2 team ni baru 1st time layak ke world cup. Wow! tapi nk tgk 2 team ni menang trofi tu memang tidak lah..kita just tengok kejutan dua team ni sebab sebelum ni team yang 1st time layak untuk world cup tahun2 dulu pernah buat kejutan. Pada world cup 2002 di Korea-Japan, Senegal yang baru pertama kali layak ke world cup, telah membuat kejutan bukan sahaja mengalahkan France (1998 world cup champion) dalam peringkat kumpulan tetapi telah pun bertanding hingga ke pusingan kedua (kalah pusingan kedua). Pada world cup 2006 di Germany pula, Australia juga membuat kejutan. Pada tahun itu Australia kali kedua layak ke world cup (kali pertama pada tahun 1970-an dengan tanpa jaringan gol dan kalah peringkat kumpulan). ketika di Germany, Australia berjaya menjaringkan gol dalam aksi di world cup dan juga berjaya di hingga ke peringkat kedua (kalah peringkat kedua). tahun ini sekali lagi, Australia layak ke world cup.
prediction siapa yang akan menang untuk world cup tahun 2010 ini? hmm...team yang aku jangka akan menang trofi itu ialah Brazil atau Spain. ramai yang cakap England akan menang world cup. bagi aku susah untuk England menang.syarat kalau nak Engaland menang, kena fight sampai peringkat semi final.hehehe...tahun ni semestinya ada group of death atau kumpulan maut. team yang ada dalam kumpulan maut ini adalah Brazil, Portugal, North Korea dan Ivory Coast. Nasib lah team mana yang layak ke peringkat kedua sebab dua team yang lead untuk setiap group je terpilih untuk next stage. North Korea juga akan jadi pencabar dalam group of death ni. Team ni pun dah lama tak main untuk world cup. kira2 lebih 40 tahun dah. 1st and last time North Korea ni main untuk world cup adalah tahun 1960-an.
Team yang aku sokong?Brazil, Japan, Holland, South Korea and Spain. Negara Asia tak pernah aku lupa untuk sokong walaupun tak kenal sangat players dia..Holland just underdog team je bagi aku untuk world cup ni. menang ke tak, aku tak kisah.
Bila time world cup tahun ni, teringat masa world cup 2002. time tu aku skola lagi. tahun amik exam PMR. world cup time tu wat kat South Korea and Japan, game untuk world cup biasa waktu petang. since dua negara tu di rantau asia, jadi rakyat Malaysia pun tgk bola live waktu petang jugak kt TV. aku xdelah nak tengok sangat time tu. maklumlah nak exam. memang tak boleh lupa sebab banyak score dgn skill cantik yang players time tu buat. aku teruja sangat2 tak kira players dari negara mana yang wat skill and score cantik tu masa world cup 2002. kira world cup 2002 adalah the best ever dan paling berjaya penganjurannya.
tak lupa juga masa world cup 2006 di Germany. time tu aku dah masuk universiti. dah habis Foundation program. kebetulan time tu cuti semester sebulan, memang seronok lah sebab boleh tidur lewat tgk bola. sapa nak bising sebab cuti kan..tapi aku pun xbolehlah nak tengok semua match masa tu.nk seksa diri dan tak nak parents bising sbb selalu bangun lewat sebab tengok bola.hehe..tengok match yang aku minat je la..bila dah masuk 1st year degree tahun yang sama, world cup still blom habis tapi dah masuk peringkat semi final time tu. kuliah pun baru 1-2 je..best time tu.world cup start time aku cuti semester.hehe..sekian sahaja cerita aku pasal world cup ni..
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment