Ekspedisi mendaki Bukit Broga

1 comments

Pada 15 Januari yang lalu hari sabtu, Kelab Belia Mutiara Bangi (persatuan untuk belia kawasan perumahan aku. kira jiran2 aku yg belia la ahli2 nya) dah anjrukan aktiviti pertama untuk tahun ini dan juga aktiviti pertama sejak penubuhannya sebulan yg lps iaitu ekspedisi mendaki bukit Broga di Semenyih, Selangor. tpatut aku tujuan nk mendaki bukit ni adalah nk melihat keindahan alam semula jadi dan melihat matahari terbit. patut wat post psl ni 2-3 hari lps aktiviti ni tp dh lps seminggu baru nk wat. tak apa..masih boleh cerita lagi..kira2 25 org yg join aktiviti ni..walaupun penat tapi seronok..kalau nk ke bukit tu, kitrg pn bertolak awal pagi sebelum subuh kena klua dari area umah kitrg. pada pukul 5 pagi, kitrg berkumpul kt surau Al-Mawaddah kt Mutiara Bangi jgk and dlm pukul 5.15 or 5.30 baru lah bergerak keluar dari bangi. dalam tentatif (aturcara) tulis berkonvoi tp masing2 pergi sendiri. nasib baiklah ada sorg neighbour yg tumpang keta aku ni tau jalan nk ke sana. tak ada lah sesat jalan. nasib baik tak ada sapa yg kena tinggal. ok la tu..then kitrg singgah ke surau di stesen minyak petronas, semenyih utk sembahyang subuh. bila sampai je kt surau tu ramai jugak org. tgk diorg ni mmg sah nk ke bukit broga. lepas sembahyang subuh dalam pukul 6 lebih, kitrg pn bergerak ke bukit brogar. kali ni mmg btul2 konvoi. jarak stesen minyak tu tak adalah jauh sgt. dekat je..

tak lama selepas itu, kitrg dh hampir sampai. belum sampai lg tapi hampir2 sebab byk keta la.semua tu nk cari parking keta kt kawasan kelapa sawit..kn dh kata ramai org kt petronas td sbb nk pegi mendaki bukit ni. lgpn kitrg pegi hari sabtu. biasalah tu hari sabtu & ahad mmg ramai org. kalau nk pergi pn at least kena sampai dalam pukul 6 pagi kot..alhamdulillah, kitrg semua dh jumpa tempat parking dan kitrg pn berkumpul mendengar taklimat daripada AJK sukan & riadah. selepas taklimat kitrg jugak baca doa lead by AJK yg sama dan baru wat senaman ringan untuk elak kecederaan. dalam pukul 6.30 pagi, pendakian pun bermula dengan lampu suluh di tangan sebab keadaan gelap sangat. yeah! perjalanan kami agak mencabar sebab keadaan tanah memang tak rata. nampak cam tangga tapi tak secantik tangga umah..dan ada juga jalan berlubang dan juga berbatu bata, so kitrg mmg hati2. mujur ada lampu suluh yang menerangi keadaan. nasib baik jugak cuaca tak hujan sebelum/semasa pendakian, kalau tak, tergelincir kitrg.

semasa pendakian, memang ramai juga yg turut mendaki dan ini menyebabkan perpecahan berlaku. nasiblah kalau jumpa, jumpa lah kitrg kt satu tempat. tapi tak ada masalah since ramai org kan. bukannya pergi sendirian..selang 15 minit pendakian, aku rehat sekejap. penat jgk naik bukit ni. bukan sebarangan bukit. sempat jgklah aku snap gambr bila tgh rehat sebentar. walaupun belum sampai ke puncak, view yg bleh aku lihat memang cantik sgt2.kt bukit ni byk lalang je..color kuning plak tu.tu yg best tu kalau nk bergambar kt sini.keadaan langit gelap skit walaupun jam di tangan menunjukkan pukul 7 lebih. matahri tak juga muncul. kalau ada pn sikit je cahaya..aku pn masih belum sampai ke puncak bukit. nasib tidak menyebelahi aku waktu tu sbb nk melihat matahari terbit tak kesampaian. hanya disebabkan matahari tu terlindung oleh awan. tak apalah..next time ye..

kira-kira pukul 8 pagi, aku tiba di puncak bukit Broga. Alhamdulillah..berjaya jgk aku menawan bukit Broga..nak sampai ke puncak juga penuh cabaran. laluan pulak sempit. ramai yang nk turun dari puncak dan ramai juga yg nk naik ke puncak. nak naik dan turun ke puncak memang ada tali yg diikat kuat. ia membolehkan kita naik dan turun dari puncak dengan selamat. bila aku dah sampai ke puncak bukit tu, nampak lah papan tanda "Selamat Datang ke Puncak Bukit Broga". haha..terbaik la nk alu2 kan aku sampai kt puncak. bawah dia plak tertera ketinggian bukit ini iaitu 400 meter..400 meter? huhu..tak tinggi kot. nama pun bukit mestilah tak sampai 1 000 meter. di puncak bukit ini juga aku ada ambil gambar kenangan berlatar belakang papan tanda itu. ini juga sebagai bahan bukti yg aku sudah tiba di puncak bukit Broga walaupun 1st time aku ke bukit tu.

selepas puasa berada di puncak bukit, aku pun turun la..bila dh turun agak jauh (masa ni dh pertengahan lereng bukit) aku pula tergelincir. aduh. sakitnya..bila aku dh tergelincir, org di depan aku pun turut kena tempiasnya..haha..nasib baik dia tak jatuh habis..walaupun jatuh aku mampu bangun semula dan sambung perjalanan untuk menuruni bukit hingga ke tempat permulaan aku mendaki. aku juga sampai ke tempat permulaan aku mendaki dengan selamat. walaupun penat tapi aku berasa sgt seronok pada hari itu. aku harap dapat menyertai aktiviti mendaki bukit broga ini pada masa akan datang. sekian..
view dari lereng bukit
nampak sikit je cahaya (terlidung dari awan)
perjalanan nk ke puncak bukit masih jauh
akhirnya sampai ke puncak bukit broga

masih dalam perjalanan menuruni bukit

P/s: Tips untuk pendakian ketika menyertai pendakian bukit broga:

  • pakai pakaian yg sesuai (elak pakai seluar jeans. lebih2 lagi kain pelikat/kain batik mahupun baju kurung/kebaya :P). so seluar trek adalah paling sesuai.
  • kasut yg sesuai (elak memakai kasut futsal sebab tapaknya licin dikhuatiri jatuh tergelincir. lagi tak sesuai memakai selipar, high heels, kasut kulit dan but kuning mcm phua chu kang. hehehe). jadi gunakanlah jogging shoes.
  • digalakkan menggunakan lampu suluh jika pendakian bermula awal pagi. keadaan gelap gelita
  • jgn pergi berseorangan. keadaan menjadi sukar jika mengalami kecederaa dan sebagainya
  • cukup hanya bawa makanan ringan sperti coklat, biskut dan air mineral (botol 500 ml) sahaja. jika sedang berhenti rehat selepas penat mendaki, jgnlh minum byk air. tak ada toilet kt atas bukit tu.hehehe..jgn lupa juga lepaskan hajat siap2 kt toilet di stesen minyak petronas ek (masa on the way pegi ke bukit broga ada stesen minyak petronas)
  • jika ada penyakit sakit jantung, demam, baru lepas melakukan pembedahan dan lain2 penyakit tidak dibenarkan mendaki bukit broga.

KATA -KATA PUJANGGA PROFESOR UNGKU AZIZ

0 comments

Anda semua mesti kenal dengan salah seorang professor di negara kita iaitu Professor Diraja Dr Ungku Aziz..apa? tak kenal? Beliau adalah salah seorang Professor yang terkenal di Malaysia ni dan juga bapa kepada gabenor Bank Negara, Datuk Dr Zeti Aktar. Aku bukan nk cerita pasal latar belakang beliau. baru-baru ini aku menerima email daripada seorang kenalan. email tu bertajuk "Kata-kata pujangga Professor Ungku Aziz". selepas membaca email tu, aku tertarik dengan kandungan email tersebut dan aku rasakan aku patut kongsi dengan korg semua. kandungan email itu adalah seperti di bawah ni. semoga kata-kata pujangga ni dapat memotivasikan diri untuk berjaya dalam apa yang kita mahu kecapi tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina dan darjat. hayatilah dengan sebaik-baiknya kerana apa yang dikatakan oleh Professor Ungku Aziz tu adalah benar dalam kehidupan seharian kita.

I'm getting old! oh no! hahhaa

0 comments

Yeah! it is true..i'm getting old. of course! 2 days ago was my birthday and my new age is now increasing 1 year that is 24 years old..wow. celebrate? hmm..mmg ada pn. aku just celebrate birthday aku kt hotel pada waktu malam..bukan hotel mewah pn. Hotel kt Bangi je. Hotel Equitorial. bg aku, celebrate birthday tahun ni biasa2 je..sbb umur dh makin meningkat kan..kek pn xde..aku tidak meminta apa2 hadiah daripada mereka. jika aku minta mungkin susah untuk mereka utk menunaikan permintaan aku ni. takut aku minta benda yg mahal dan tak mampu untuk mereka belikan. bg aku kasih sayang daripada ibu bapa adalah hadiah bermakna untuk aku. bila dh mencapai usia 24, aku juga dh bersedia untuk mencari pasangan atau mencari girlfriend la..hehe..apa? betul ke? siapa orangnya? hmm..mestilah masih mencari..jgn risaulah..insyallah akan diberitahu siapa. anyway begitulah ceritanya psl sambutan birthday aku pada tahun ini. tak meriah seperti tahun lalu sbb tahun lps sambut selepas majlis akikah anak sedara aku. mmg tahun ni aku celebrate dgn parents je..bg aku lebih elok celebrate dgn diorg sementara mereka masih ada kn? aku tidak seperti belia yg lain di mana tiap kali birthday mesti nk celebrate kt kelab malam la..wat parti tu ini..bg aku itu bukan budaya Melayu atau budaya Malaysia yg patut kita lakukan. itu budaya barat..lebih afdal kalau buat kenduri doa selamat kn? oklh sampai sini sahaja lah cerita aku.

aku bersama dgn parents aku

Happy New Year 2011

0 comments

Assalamualaikum readers. yeah it is new year 2011..still can't beleive it...mcm tak percaya kn? pada tahun baru ini jugalah usia blog aku bertambah. hari ini 1.1.2011 genaplah 2 tahun usia blog aku ni..still tak banyak cerita kat blog ni but bilangan orang yg view pn boleh ditingkatkan lagi insyallah..well, harapan aku agar korang semua tetap melawat blog aku ni walau pun sekarang ni jarang2 nk update. kalau still xupdate, boleh je baca blog post tg lama2 tu. hehe..oklh..setakat ni tak ada apa nk diceritakan di blog ni..insyallah kalau ada masa atau ada cerita menarik yg korang nk kongsi atau aku sendiri nk kongsi, akan ku update dari semasa ke semasa. sekian..