Pada 15 Januari yang lalu hari sabtu, Kelab Belia Mutiara Bangi (persatuan untuk belia kawasan perumahan aku. kira jiran2 aku yg belia la ahli2 nya) dah anjrukan aktiviti pertama untuk tahun ini dan juga aktiviti pertama sejak penubuhannya sebulan yg lps iaitu ekspedisi mendaki bukit Broga di Semenyih, Selangor. tpatut aku tujuan nk mendaki bukit ni adalah nk melihat keindahan alam semula jadi dan melihat matahari terbit. patut wat post psl ni 2-3 hari lps aktiviti ni tp dh lps seminggu baru nk wat. tak apa..masih boleh cerita lagi..kira2 25 org yg join aktiviti ni..walaupun penat tapi seronok..kalau nk ke bukit tu, kitrg pn bertolak awal pagi sebelum subuh kena klua dari area umah kitrg. pada pukul 5 pagi, kitrg berkumpul kt surau Al-Mawaddah kt Mutiara Bangi jgk and dlm pukul 5.15 or 5.30 baru lah bergerak keluar dari bangi. dalam tentatif (aturcara) tulis berkonvoi tp masing2 pergi sendiri. nasib baiklah ada sorg neighbour yg tumpang keta aku ni tau jalan nk ke sana. tak ada lah sesat jalan. nasib baik tak ada sapa yg kena tinggal. ok la tu..then kitrg singgah ke surau di stesen minyak petronas, semenyih utk sembahyang subuh. bila sampai je kt surau tu ramai jugak org. tgk diorg ni mmg sah nk ke bukit broga. lepas sembahyang subuh dalam pukul 6 lebih, kitrg pn bergerak ke bukit brogar. kali ni mmg btul2 konvoi. jarak stesen minyak tu tak adalah jauh sgt. dekat je..
tak lama selepas itu, kitrg dh hampir sampai. belum sampai lg tapi hampir2 sebab byk keta la.semua tu nk cari parking keta kt kawasan kelapa sawit..kn dh kata ramai org kt petronas td sbb nk pegi mendaki bukit ni. lgpn kitrg pegi hari sabtu. biasalah tu hari sabtu & ahad mmg ramai org. kalau nk pergi pn at least kena sampai dalam pukul 6 pagi kot..alhamdulillah, kitrg semua dh jumpa tempat parking dan kitrg pn berkumpul mendengar taklimat daripada AJK sukan & riadah. selepas taklimat kitrg jugak baca doa lead by AJK yg sama dan baru wat senaman ringan untuk elak kecederaan. dalam pukul 6.30 pagi, pendakian pun bermula dengan lampu suluh di tangan sebab keadaan gelap sangat. yeah! perjalanan kami agak mencabar sebab keadaan tanah memang tak rata. nampak cam tangga tapi tak secantik tangga umah..dan ada juga jalan berlubang dan juga berbatu bata, so kitrg mmg hati2. mujur ada lampu suluh yang menerangi keadaan. nasib baik jugak cuaca tak hujan sebelum/semasa pendakian, kalau tak, tergelincir kitrg.
semasa pendakian, memang ramai juga yg turut mendaki dan ini menyebabkan perpecahan berlaku. nasiblah kalau jumpa, jumpa lah kitrg kt satu tempat. tapi tak ada masalah since ramai org kan. bukannya pergi sendirian..selang 15 minit pendakian, aku rehat sekejap. penat jgk naik bukit ni. bukan sebarangan bukit. sempat jgklah aku snap gambr bila tgh rehat sebentar. walaupun belum sampai ke puncak, view yg bleh aku lihat memang cantik sgt2.kt bukit ni byk lalang je..color kuning plak tu.tu yg best tu kalau nk bergambar kt sini.keadaan langit gelap skit walaupun jam di tangan menunjukkan pukul 7 lebih. matahri tak juga muncul. kalau ada pn sikit je cahaya..aku pn masih belum sampai ke puncak bukit. nasib tidak menyebelahi aku waktu tu sbb nk melihat matahari terbit tak kesampaian. hanya disebabkan matahari tu terlindung oleh awan. tak apalah..next time ye..
kira-kira pukul 8 pagi, aku tiba di puncak bukit Broga. Alhamdulillah..berjaya jgk aku menawan bukit Broga..nak sampai ke puncak juga penuh cabaran. laluan pulak sempit. ramai yang nk turun dari puncak dan ramai juga yg nk naik ke puncak. nak naik dan turun ke puncak memang ada tali yg diikat kuat. ia membolehkan kita naik dan turun dari puncak dengan selamat. bila aku dah sampai ke puncak bukit tu, nampak lah papan tanda "Selamat Datang ke Puncak Bukit Broga". haha..terbaik la nk alu2 kan aku sampai kt puncak. bawah dia plak tertera ketinggian bukit ini iaitu 400 meter..400 meter? huhu..tak tinggi kot. nama pun bukit mestilah tak sampai 1 000 meter. di puncak bukit ini juga aku ada ambil gambar kenangan berlatar belakang papan tanda itu. ini juga sebagai bahan bukti yg aku sudah tiba di puncak bukit Broga walaupun 1st time aku ke bukit tu.
selepas puasa berada di puncak bukit, aku pun turun la..bila dh turun agak jauh (masa ni dh pertengahan lereng bukit) aku pula tergelincir. aduh. sakitnya..bila aku dh tergelincir, org di depan aku pun turut kena tempiasnya..haha..nasib baik dia tak jatuh habis..walaupun jatuh aku mampu bangun semula dan sambung perjalanan untuk menuruni bukit hingga ke tempat permulaan aku mendaki. aku juga sampai ke tempat permulaan aku mendaki dengan selamat. walaupun penat tapi aku berasa sgt seronok pada hari itu. aku harap dapat menyertai aktiviti mendaki bukit broga ini pada masa akan datang. sekian..
view dari lereng bukit
nampak sikit je cahaya (terlidung dari awan)
perjalanan nk ke puncak bukit masih jauh
akhirnya sampai ke puncak bukit broga
masih dalam perjalanan menuruni bukit
P/s: Tips untuk pendakian ketika menyertai pendakian bukit broga:
- pakai pakaian yg sesuai (elak pakai seluar jeans. lebih2 lagi kain pelikat/kain batik mahupun baju kurung/kebaya :P). so seluar trek adalah paling sesuai.
- kasut yg sesuai (elak memakai kasut futsal sebab tapaknya licin dikhuatiri jatuh tergelincir. lagi tak sesuai memakai selipar, high heels, kasut kulit dan but kuning mcm phua chu kang. hehehe). jadi gunakanlah jogging shoes.
- digalakkan menggunakan lampu suluh jika pendakian bermula awal pagi. keadaan gelap gelita
- jgn pergi berseorangan. keadaan menjadi sukar jika mengalami kecederaa dan sebagainya
- cukup hanya bawa makanan ringan sperti coklat, biskut dan air mineral (botol 500 ml) sahaja. jika sedang berhenti rehat selepas penat mendaki, jgnlh minum byk air. tak ada toilet kt atas bukit tu.hehehe..jgn lupa juga lepaskan hajat siap2 kt toilet di stesen minyak petronas ek (masa on the way pegi ke bukit broga ada stesen minyak petronas)
- jika ada penyakit sakit jantung, demam, baru lepas melakukan pembedahan dan lain2 penyakit tidak dibenarkan mendaki bukit broga.
1 comments: (+add yours?)
Trimas bro pasal nasihat... saya pun nak cuba hiking kat situ.
Post a Comment