Oh baju melayu...

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia everybody..yeah..aku dh terima komen daripada 2-3 org (ye..2-3 org je) yg bg idea kt aku pasal tajuk blog yg patut aku postkan..memang bagus idea anda..terima kasih diucapkan..apa2 pun hari ni aku belum lg nk cerita kan idea korg skrg ni sebab ari ni aku baru je balik dari wedding kawan aku di kawasan lembah klang (klang valley). apa kaitan tajuk post hari ni dgn baru balik wedding? sebenarnya cmni, sejak dari tahun lepas ada jgk org tertanya-tanya pasal pakaian yg aku pakai (baju melayu) ketika ke majlis perkahwinan. yg biasa tanya tu keluarga aku je..berbaju melayu pastu bersongkok pula..hmmm..salah ke? tapi aku tak ada lah pakai baju melayu lengkap sepasang dgn sampin sekali. just baju melayu dan seluar slack sahaja la..suka hati aku la nak pakai apa pun asalkan kemas, bersih, menepati dress code ke majlis dan menutup aurat. hahaha..jgn terasa plak yg lain2..terpulang pd anda la..pasal bersongkok tu tak tahulh kenapa..aku suka kot?

ketika menghadiri majlis kahwin rakan sekolah

sebenarnya aku suka baju melayu ni..sekarang ni aku lebih suka memakainya ketika hadir ke majlis kahwin. seperti aku katakan td aku biasanya menggayakannya dengan seluar slack je..aku bangga dengan "national attire" aku ni. hehe..berlagak plak. lagipun aku pun dh bosan asyik pakai kemeja atau t-shirt berkolar je pegi majlis kahwin.hehe. bukan nk mengeluh tp kena ada perubahan sedikit. dah memang begitu dress code bagi seseorang ke majlis kahwin especially di Malaysia. asyik kemeja je tak pun baju batik..elakkan memakai round neck t-shirt ye..jeans tu kena tgk situasi atau lokasi majlis tu..kalau kt negara luar lagi la dahsyat dress code ye..ni belum lagi masuk bab penggunaan sudu dan garfu lagi. haha..

majlis kahwin jiran
majlis kahwin rakan sekerja

So, kesimpulannya, pakaian yg anda pakai tu kena la sesuai dengan situasi/majlis yg dihadiri. jangan main belasah je dh sah2 org akan menjeling nanti. pakaian yg anda pakai tu mencerminkan siapa diri anda..huhu..sekain..

0 comments: (+add yours?)