Assalamualaikum and salam sejahtera to all readers..based on the topic hari ini, memang ada cerita yg agak menarik untuk aku kongsi kepada korg semua..memang tajuk simple iaitu pasal rambut tetapi aku bukan nak cerita cara penjagaan rambut bagi lelaki atau mahupun perempuan tetapi ada cerita disebalik yg terjadi pada tarikh ini iaitu pada 31 Disember 2012 yg ada kaitan dengan rambut. Bukan rambut sapa2 pn. Rambut aku la. Ya..tarikh itu adalah hari terakhir untuk setiap penghujung tahun. Apa cerita yg menarik disebalik tarikh ni yg ada kaitan dengan rambut aku? Ini yg best nk cerita ni. Aku nk cerita pasal fesyen rambut aku.hehe..apa. ingat david beckham je yg ada macam2 fesyen rambut suatu masa dulu? Aku pun ada la..perubahan fesyen rambut dari umur aku 18 tahun hingga kini..
Ok berbalik pada peristiwa 31 disember 2012 tu, cerita dia mcm ni. Aku sudah pun mula bekerja di tempat baru yg boleh katakan dekat dari rumah aku pada awal Disember 2012 dan penghujung bulan tersebut adalah minggu ke-3 aku bekerja di tempat baru. Waktu aku mula bekerja adalah pada pukul 7.00 pagi dan aku harus bangun seawal 5 pagi untuk mempersiapkan diri ke tempat kerja agar tidak lewat walau seminit pun. Tanpa aku duga pada 31 Disember 2012, aku bangun lewat pada pagi itu iaitu pada pukul 6.00-6.15 pagi. Aku pun cepat2 siapkan diri dan selepas aku bersiap, aku hanya sikat rambut aku sahaja tanpa menggunakan minyak rambut seperti hari2 sebelum ini kerana takut terlambat. Tak sempat aku nk bersarapan dan terus ke tempat kerja. Alhamdulillah, aku sempat sampai ke tempat kerja beberapa minit sebelum pukul 7.00 pagi. Bila sampai je, ada pulak kawan sekerja memberi nasi lemak sebungkus kepada aku. Alhamdulillah rezeki aku pada pagi itu yg terlewat bangun pagi.
Ketika di tempat kerja, ramai rakan sekerja aku menyedari akan perubahan pada diri aku pada satu bahagian iaitu RAMBUT aku. Hahaha..lain daripada apa yg diorg nampak sejak aku mereka mula mengenal aku lagi. Ada yg bertanya aku buat rambut baru ke? Aku hanya jawab aku bangun lewat dan tak sempat nk letak minyak rambut. Ada juga yg ingt aku ni pekerja baru masuk dan org tu dh dpt agak yg aku rushing nk ke tempat kerja dan hanya sempat sikat rambut je. Hehehe... boleh kata semua yg suka aku kekalkn rambut begitu tanpa gunakan gel atau minyak rambut. Ramai yg memuji rambutku tapi aku tidaklah mahu bermegah. Niat aku cerita kt blog ni baik je.. terpulang pada masing2 sama ada diorg ni mcm sindir aku atau betul2 ckp cmtu. kalau korg nk tau cmna fesyen rambut aku yg dimaksudkan tu, gambarnya seperti di bawah ni
Gambar ini diambil oleh salah sorg rakan sekerja aku
Cmna? Ok tak? Aku rasa kalau sapa2 yg pernah jumpa aku, seperti keluarga aku dan rakan2 universiti aku, tak terkejut dengan gaya rambut tu sebab dh biasa tgk. Hanya rakan2 sekerja di tempat baru ini yg terkejut meihatku seperti itu, diorg first time tgk rambut aku cmtu..terima kasih lah kwn2 sekerja ditempat baru ni yg memuji pada hari itu. Bagi yg suruh aku kekalkan fesyen rambut seperti dalam gambar atas ni, aku rasa boleh la kalau korg nk aku kekalkn. Aku memang ada perancangan untuk tak menggunakan minyak rambut bermula bulan Februari atau Mac nnti sebab dh rasa cm rambut aku dh panjang time tu. Aku sepatutnya buat imej mcmni sejak mula bekerja di tempat baru ni lagi tetapi aku tak yakin disukai ramai sebab tak nk pihak atasan pandang semacam je aku ni sebab kelihatan selekeh ke tempat kerja.
Kalau nk ikutkan, macam2 gaya rambut dh aku reka dan buat sejak aku berumur 18 tahun lagi. Kenapa masa umur 18? Bukan time sekolah? Masa sekolah, memang tak dapatlah nk buat macam2 fesyen sbb terikat pada peraturan sekolah. Tapi tak semestinya bila study kt universiti/kolej tak perlu ikut peraturan. Boleh nk berfesyen tp biarlah nampak kemas. Cuma bila aku nk share pada korg gambar2 aku kt bawah ni dengan pelbagai gaya rambut, korg jgn terkejut pula bila tgk rupa aku yg berlainan disebabkan perubahan saiz badan yg turun naik..hehe..
Ketika memulakan pengajian di universiti. Masa ni umur 18-19 tahun (2005-2006)
Gaya rambut pacak didepan, rata bhg blkg dan belah tepi (guna gel rambut)
Gaya rambut formal. Masih belah tepi. Time ni rambut dh panjang sikit (guna minyak rambut)
Rambut belah tepi dan tak menggunakan minyak rambut
Ermm..tak terkata
Ketika bercuti di Sydney, Australia (umur 19 tahun, 2006)
Tak tau cmna boleh jadi cmni sedangkan tak gunakn minyak rambut pn
k-pop ke? Dh2..aku dh wat cmni dulu..kira dh ketinggalan zaman dh
ketika memasuki tahun ke-2 pengajian di universiti (umur 20 tahun, 2007)
Sebenarnya gaya rambut ni dh mula aku buat sejak usia aku 19 tahun 6 bulan lagi. Gunakan minyak rambut dan gayakan seperti di atas. Ada jambul lg tu. Cmna aku buat ntah. Hehe..(p/s: pedulikan gmbr ni yg mintak penumbuk)
Antara gaya rambut yg kekal sejak usia 20 tahun (sejak abang aku, abg mal berkahwin) hingga kini
(Gambar bersama mikrofon): Pertama kali rambut panjang begini dan sangat tebal hingga paras bahu lepas 6 bulan tak potong rambut. Ketika gambar ni dirakam aku sedang cuti semester selama 3 bulan.hehehe..bila ke kedai gunting rambut kesian tukang gunting tu. Banyak rambut yg masuk dalam baju dia tgh2 dia potong rambut aku. (gmbr berbaju melayu yg posing dgn keyboard tu): Eksyen je ni..aku langsung tak reti main apa2 alat muzik.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment