Kehilangan yg dirasai..

Ramai yang gembira menyambut kelahiran bayi mahupun menyambut hari lahir mereka atau menyambut ulang tahun perkahwinan pada hari ini. Tetapi perasaan aku dan keluarga aku termasuk saudara mara adalah disebaliknya. Hari ini 20 Februari 2009, genap 5 tahun datuk aku (bapa mak aku) meninggal dunia..Telah banyak perubahan yg berlaku dalam tempoh itu. Apa perubahan yang berlaku? Aku rasa tak perlulah korg tau.. susah hendak diceritakan. Ketika arwah meninggalkan kami sekeluarga, umur aku ketika itu baru 17 tahun dan waktu itu juga aku baru 2 bulan lebih memulakan sesi persekolahan di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi(1st and last time pindah sekolah. Sblm ni xpernah pindah sekolah).

Arwah datuk adalah seorang yang baik hati, pemurah, tegas dan penyanyang walaupun dia kelihatan garang dan berbadan besar dari segi fizikal. Ketika arwah masih hidup, setiap kali hari raya korban dialah insan yang paling gembira kerana dia tahu anak2 dan cucu-ccucnya suka akan sup tunjang yang dibuatnya selepas dia pulang dari masjid dan mendapat daging korban. Semua cucunya termasuk diri aku, amat sayang padanya dan mustahil bagi kami melupakan saat pemergiannya..Aku masih tidak dapat lupakan bagaimana pak cik aku(adik mak aku) agak sukar untuk melepaskan arwah pergi kerana dia jugalah yang bersusah payah dan kerap kali ulang alik dari ofis atau dari rumah ke hospital untuk melawat datuk aku ketika datuk aku sakit hinggalah saat kematiannya...

Pak cik aku ini jugalah insan yang paling sedih ketika itu. Aku amat menghargai pengorbanan pak cik aku ini. Iyelah, dia dan aku pn anak bongsulah katakan...dia juga sanggup korban lebih masa dan tenaga untuk mak dan ayah dia walaupun adik beradik mak yang lain termasuk mak aku turut sama menjaga datuk aku ketika sakit hingga datuk aku meninggal..Kehilangan datuk aku adalah kehilangan yang besar buat kami sekeluarga dan tiada lagi sup tunjang setiap kali hari raya korban menjelma. Kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, sama2lh sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah datuk aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

0 comments: (+add yours?)