Based on the topic above, ptg tadi mmg aku tak sangka berjumpa dengan seorang kawan aku ketika aku bersekolah dan ketika aku menetap di Kelana Jaya(KJ). Ceritanya begini:
Once upon a time dlm pukul 5 lebih, aku baru keluar dari College of Information Technology(COIT) dan melintas jalan untuk menuju ke tempat aku parking kereta. Sebagai pengguna jalan raya yg berhemah, aku melintas dgn memandang kiri dan kanan jalan sehinggalah tiada kenderaan yg lalu-lalang. Ketika aku hampir sampai ke kereta aku, sebuah kereta Myvi or Viva berwarna hitam berhenti di belakang aku dan pemandu kereta tersebut memanggil nama aku. berikut adalah dialog antara aku dan pemandu itu:
Pemandu: Taufiq!
Aku:(Tertanya-tanya siapa pemandu tu. Kenal ke?Sambil tu salam dgn dia dan penumpang sebelah dia)
Pemandu: Kenal aku tak?
Aku: Tak (sambil geleng kepala)
Pemandu: Akulah Shafeeq. Yg pengawas sekolah masa sekolah kat Kelana Jaya
Shafeeq adalah seorang pengawas sekolah ketika kami belajar di Sekolah Menengah Kelana Jaya. Kami juga pernah jadi classmate ketika Form 2. Aku juga pernah menjadi pengawas sekolah di sekolah tersebut sejak form 1 tetapi aku letak jawatan ketika form 4(sbb dia xyah taulh). Aku dh lost contact dgn dia sejak tamat form 4 iaitu pada tahun 2003. Ketika itu juga aku dh pindah ke Bandar Baru Bangi. Maknanya dh dkt 5-6 tahun kami x jumpa. Ish3 lama jgk tu.
Aku: OOO..baru aku ingat. (Bukan apa..muka masing2 dah lain. Masa sekolah muka lain. Skang dh umur lebih 20-an muka lain)
Pemandu a.k.a Shafeeq: (Dia turun dari kereta, salam sekali lagi). Sebenarnya aku nampak kau tgh lintas jalan sampai tmpt parking kereta. Tu yang nk jumpa kau tu.
Aku: OOO..bila kau start blaja kt sini (UNITEN)?
Shafeeq: Aku dh 2 bulan lebih kat Uniten masuk masa Nov 08 intake. Baru lagi. Aku amik course SN(Software Networking). Kau amik course IT ek.
Aku: A'a. Aku amik course IT(Information System-IS). Aku wat degree ni. Insyallah tahun dpn aku abis blaja.
Shafeeq: OO. ye ke.. Aku nk no telefon kau.
Kami pn tukar2 no telefon dan aku memberitahu rakan2 sekolah kami yang masih blaja di uniten.
Aku: Aku blaja kat sini sejak foundation lg. Dh bosan dh dgn Uniten ni.hehe. Ko blaja kt mana sebelum ni?
Shafeeq: Aku blaja kt... kat PD (aku je tau tmpt dia blaja. korg xbleh tau.hehe). Aku amik diploma kat situ. Skang wat degree kat uniten.
Aku: Nape blaja kt Uniten. Mahal tau yuran dia..ko duduk apartment amanah ek?
Shafeeq: Itulah mmg mahal. Kawan aku ckp lps grad senang dpt keje. Aku x duduk amanah. Aku duduk cendikiawan.
Aku: Senang2 datanglah rumah aku. rumah aku kat Bangi je..xde bdak2 KJ nk datang rumah aku.Sedih..
Shafeeq: Ok2 (sambil tergelak). Insyallah..aku masih duduk kat KJ lagi. Oklah aku nk pegi upten. nnti sng2 kita jumpa lg. (sambil berjabat tgn dgn aku)
Begitulah ceritanya aku terjumpa dengan kawan aku dari KJ yg sudah terpisah kira2 5-6 tahun yang lalu. Bagi korang mungkin ini perkara biasa tapi bagi aku ia adalah cerita menarik lebih2 lagi aku sudah menetap di Bangi. Jauh jugak KJ ke Bangi dan Bangi ke KJ walaupun bleh sampai dlm 30-45 minit dia nye journey. Aku juga tak sangka di uniten juga kami bertemu.hahaha..Aku harap selepas ini aku dapat membantu dia dalam mengharungi liku2 hidup di uniten dan membantu pembelajaran dia memandangkan aku sudah berada di uniten hampir 4 tahun. Aku juga akan memberitahu sifat peribadi lecturer2 yg mengajar dia (jika lecturer2 itu pernah mengajarku sebelum ini). Lps ni senanglh nk lepak dgn dia. Nk gi Alamanda, Mines, PKNS, Warta dgn dia ok je.. Hehehe.
p/s: Sbnrnya aku ada simpan gmbr aku bersama Shafeeq ketika menghadiri jamuan mkn mlm pengawas. Masa tu kitrg form 2. Rasa mcm nk tergelak bila tgk balik gmbr tu. Kalau Shafeeq tgk dia pn akan gelak jgk. Kpd pembaca blog ni harap maaf aku x dpt upload gmbr tu sbb aku tiada scaner. Maklumlh gmbr dulu2 guna filem. Kalau dulu ada digital camera aku simpan gmbr tu sampai bila2 pn.hehehe.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment