Mesin prepaid yg bermasalah di COIT

Semalam aku nak beli prepaid guna mesin top-up yg terletak sebelah Hotlink Zone tu di COIT. Luarannya nampak seperti masih elok. Aku pun try jelh. Selepas pilih prepaid yang aku nak, aku masukkan duit ke dalam mesin itu. Walau bagaimana pun, duit itu keluar semula selepas aku memasukkannya. Aku pelik sebab sebelum ini boleh je dia accept. Lalu aku mencuba sekali lagi dengan terbalikkan duit itu. Pun sama jugak mesin ini tidak menerima duit yang aku masukkan itu..

Aku mencuba dan mencuba beberapa kali namun hasilnya tetap sama..Untuk pengetahuan semua, duit yang aku masukkan itu bukan duit syiling tetapi duit kertas yang boleh diterima oleh mesin itu seperti RM 10 dan RM 50. Aku menyerah dan terpaksa membeli prepaid di kedai tenaga yang terletak berdekatan dengan upten. Kenapalah mesin prepaid tu bermasalah? Adakah sikap student yang suka merosakkan kemudahan awam atau staff COIT tidak menjaga mesin itu dengan betul? Well, korang fikir sendiri..

0 comments: (+add yours?)