Alhamdulillah..dh lebih 10 hari dh kita berpuasa..so, cmna? korg puasa penuh x setakat ni? terawih tinggal x? kalo ada yg tertinggal terawih, still ada masa lagi utk korg pegi. untuk pengetahuan korg yg pergi sembahyang terawih, 10 malam pertama di bulan ramadhan, adalah malam untuk kita minta kasih syg drpd Allah SWT. Manakala 10 malam kedua adalah untuk kita minta keampunan daripada Allah SWT dan 10 malam terakhir adalah untuk kita minta jauhi daripada azab api neraka.
begitu besarnya nikmat di bulan puasa ni dan korg rebutlah peluang ini untuk beribadat spt dlm post yg aku dh bgtau ms 1 day puasa aritu kerana kemungkinan ini adalah kali terakhir kita berpuasa. Selain itu pd bulan puasa ni, syaitan2 suma diikat dan ini memudahkan manusia melakukan ibadat puasa dgn tenang tanpa gangguan mereka.
mulai semalam, sudah masuk 10 hari/mlm kedua kita berada di bln puasa. Ini kira 2nd phase of puasa. Jadi, inilah masanya kita minta keampunan daripada Allah SWT untuk mengampunkan dosa2 yg telah kita lakukan. bulan puasa ini juga kita digalakkan untuk bersedekah. mmg tidak dinafikan setiap tahun mmg ada ahli2 koporat mengadakan majlis buka puasa dgn anak2 yatim, org2 miskin dan ibu tunggal disamping memberi sumbangan kewangan kepada mereka. kalau boleh, jangan hanya bulan puasa je wat amal cmni. hari2 biasa pn wat juga ye. oklh kwn2 ini jelh yg nk diceritakan. sekian.
p/s: zakat fitrah RM 7 satu org kt selangor & KL. naik jgk zakat fitrah ni. 2-3 tahun lps dlm RM 5-6 je sorg. even though aku still student time tu and yg bayar pn ayah aku, aku kena alert jgk psl ni.
p/s 2:kpd kwn2 aku yg dh grad and dh bekerja, jgn lupa byr zakat fitrah ye. bkn apa. just nk ingtkn yg korg ni bkn bwh tanggungan lagi dh. hehehe..