Sejak kebelakangan ni, banyak kisah buruk pasal artis tak kisahlah apa2 cerita negatif pun. especially artis malaysia.hmm.. apalah nak jadi..memang betul kata Wardina beberapa bulan yang lalu bahawa golongan artis ni tak boleh dijadikan contoh atau pun idola masyarakat. kalau ada pn mungkin tak ramai.. bagi aku, memang aku tak nak jadikan golongan artis sebagai idola. yang merisaukan aku ialah ramai golongan remaja mahupun kanak-kanak yang terlalu ghairah nak jadi artis. cukup2 lah tu.
Nasib baik dalam family aku tak ada sorang pn yang bergelar artis. aku pun memang tak nak ada sedara mara yang nak jadi artis. memang ramai sedara aku yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi diorg jadikan ia sebagai masa lapang dan bukan serius karier. bagi aku, lebih baik jadi diri sendiri. tak perlu lah ada idola. itulah yang lebih baik. semoga cerita-cerita negatif yang berlaku di kalangan artis ni dijadikan iktibar. kepada golongan remaja dan kanak-kanak, tak perlu terkejar-kejar nak jadi artis. lebih baik tumpu kan pada pelajaran. media pula, segera lah tamatkan semua program realiti tv yang ada sekarang ini. tidak ada faedah nya program tersebut.
p/s: bangga dengan Yuna yang dah buat persembahan di US dan kumpulan Pesawat pula di Hong Kong. Tak lupa juga pada hari ini, skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia telah mengalahkan skuad bola sepak bawah 23 tahun Korea Selatan pada perlawanan persahabatan dengan jaringan 1-0. tahniah! harap bola sepak Malaysia terus menyinar seperti dahulu.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment