adakah anda melakukan sesuatu kerana sendiri atau kerana ibu bapa? itu terpulang pada diri masing2. bagi aku bergantung pada perkara itu. kini, aku dah melakukan sesuatu demi ibu bapa. mungkin tak ramai yang nampak apa yang aku lakukan semua ni demi menggembirakan kedua ibu bapa dan diri sendiri. kini, aku dalam dilemma. sama ada mahu atau tidak untuk melakukan sesuatu walaupun agak berat untuk melakukannya. walaupun perasaan aku sekarang ini bercampur aduk, aku juga memikirkan kebaikan dan keburukan perkara itu terhadap diriku. tak lupa juga ibu bapa yang banyak berkorban untuk diriku ini. aku tak sanggup melihat ibu bapa aku menderita dan menanggung risiko. aku juga ada menyatakan yang aku lakukan ini adalah demi ibu bapa aku. aku masih ada perasaan simpati terhadap ibu bapa aku.
usia ibu bapa aku semakin tua. tak mungkin aku berkeadaan begini. sukar pada mulanya aku hendak membuat keputusan. tetapi mengenangkan ibu bapa aku, aku tak mahu ibu bapa aku sedih lagi. keputusan aku hanya nak dan tak nak je. susah betul..kenapa aku seperti nak dan tak nak? ini disebabkan tempoh untuk melakukan perkara itu agak lama dan aku tidak boleh berenti sekerat jalan. jadi agak sukar untuk aku membuat keputusan. masa semakin suntuk namun setelah berbincang dengan mereka, memang mereka mahukan yang terbaik untuk aku. aku faham. semua ibu bapa memang macam itu. aku sebenarnya tak mahu diriku tersiksa. perlukah aku berterus terang dengan mereka yang aku seperti nak dan tak nak je untuk menerima perkara ini? jika aku tidak mahu menerima perkara ini, maka lebih lama lah aku berkeadaan begini dan sudah semestinya aku sudah mengecewakan mereka. ingatkan bila sudah dewasa, aku boleh membuat keputusan sendiri tapi nampaknya tak boleh juga. semua ini dilakukan demi ibu bapa. mereka lah yang membesarkan kita, memberikan kita ilmu, meberi kita kasih sayang dan menyambut kita bagai menatang minyak yg penuh. jadi jgn salah anggap. aku lakukan ini bukan kerana terpaksa tetapi untuk mereka juga. harap2 mereka sedar yang aku lakukan ini demi mereka.
aku mesti berterus terang dengan mereka walau apa pun yang terjadi. aku ingin menyatakan bahawa perasaan aku bercampur aduk sama ada mahu atau tidak je. kepada ayahanda dan bonda ku. janganlah cepat melenting jika anakda berterus terang perkara ini. sekurang-kurangnya anakda telah melakukan yang terbaik untuk mu sebelum ini. walaupun jika sesuatu perkara itu anakda tidak suka, tetapi ayahanda dan bonda mahu anakda melakukannya, anakda telah melakukannya demi ayahanda dan bonda. harap ayahanda dan bonda menghargai nya. anakda harap ayahanda dan bonda faham jika anakda tidak mahu melakukan perkara yang ayahanda dan bonda sukakan itu adalah kerana anakda mahu melakukan perkara lain untuk memuaskan hati anakda sendiri dan bukan sahaja menggembirakan hati ayahanda dan bonda. semua ini dilakukan untuk kepuasan ibu bapa. kalau aku tidak puas dan mereka puas hati bagai mana?
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment