Assalmualaikum and salam sejahtera semua..bermula minggu lalu dan minggu ini, bermula lah kemasukan pelajar-pelajar baru ke IPT(Institut Pengajian Tinggi) di seluruh negara tak kira lah IPT awam atau swasta. sesiapa yg ke matrikulasi mungkin sudah mulakan pengajian lebih awal. rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. semoga berjaya diucapkan dan berharap anda berjaya menggenggam segulung ijazah dalam masa 4-5 tahun lagi. aku rasa seronok bila melihat akhbar2 menyiarkan kemasukkan pelajar2 ke IPT lebih2 lagi dengan gambar. terasa seperti ingin kembali menjadi student IPT walaupun kini aku dh menjadi graduan. hehe..
sesungguhnya pelajar2 yg terpilih melanjutkan pengajian ke IPT ni sememangnya menjadi kebanggaan orang awam tak kira lah dari mana2 universiti/kolej kerana tidak semua pelajar SPM/STPM yg berjaya menlanjutkan pengajian ke IPT. anda seharusnya berasa bertuah. gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin kerana anda adalah harapan keluarga, bangsa dan negara. kehidupan di IPT semmangnya banyak perbezaan dengan kehidupan di sekolah. tak perlulah aku sebutkan perbezaan nya sebab korg kena merasai sendiri, baru lah boleh buat perbandingan.
bagi aku, semasa aku melanjutkan pengajian sepanjang 5 tahun, aku berasa seronok menjadi mahasiswa walaupun tugasan yg diberikan oleh lecturer terlalu banyak dan kadang2 stress jugak. perkara ni perlu banyak bersabar. memang banyak rintangan dan halangan yg perlu dilalui. tidak ada jalan mudah untuk berjaya wahai mahasiswa/mahasiswi sekalian. kemudahan2 yg ada di setiap institusi perlulah digunakan sebaik mungkin. bila anda sudah bergelar mahasiswa/mahasiswi, tugasan2 yg diberikan tidak banyak yg perlu kita lakukan dengan bertulis. kebanyakan nya kita menggunakan kompter untuk menyiapkan tugasan kita kemudian mencetak(print) tak kira di kedai yg ada perkhidmatan print atau kita print sendiri jika kita mempunyai printer sendiri. segalanya nampak mudah kan?
kini, memang banyak IPT yg ada di negara kita tak kira IPT awam mahupun swasta. pinjaman/biasiswa juga diberikan untuk memudahkan pelajar membayar yuran pengajian yg agak mahal. ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar lepasan SPM/STPM melanjutkan pengajian berbanding ketika zaman datuk/nenek kita dahulu di mana ketika itu kemasukan ke IPT sangat terhad dan tidak semua orang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT disebabkan masalah kewangan atau keputusan peperiksaan yg tidak memuaskan. sekali lagi aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua mahasiswa/mahasiswi yg baru. kepada sesiapa yg akan berkonvo mulai bulan Ogos ini bersama2 dengan aku, tahniah diucapkan. sekian..
2 comments: (+add yours?)
Salam taufiq.
kita berKonvo sama haribulan 7/8!! ko sidang pagi kan?aku pulak sidang petang?
mcm mana kerja baru?
psss: hope to c u somewhere soon!!
wslm afiq.
sori lmbt reply.dh lama xupdate pn.mmg btul aku convo pagi.aku blom dpt keja lg.masih jobless :(
Post a Comment