Ok lah. biarlah aku beritahu perkara yang sebenar. mungkin ramai yang tak faham bila baca tajuk yang sama dalam bahagian 1. baiklah. cerita nya macam ni. aku sudah tamat pengajian pada awal april lalu. namun sehingga kini (kira2 dalam 3 bulan) aku tak dapat pekerjaan. sudah macam2 dilakukan tetapi tak ada rezeki lagi. at least ada jugak company yang nak panggil aku interview walaupun interview sudah lebih 5 aku hadiri masa awal 2 bulan lps aku abis study. boleh dikatakan aku dimarahi oleh ibu aku banyak kali sebab sampai sekarang tak dapat kerja. aku memilih kerja? hmm.. memang pn. aku memilih sebab nak pilih kerja yang kira nya aku enjoy,sesuai dan yg bleh wat aku happy. tapi itulah akibatnya tak dapat kerja sebab memilih. aku bukan memilih kerja yg bagi gaji banyak tapi memilih jenis pekerjaan walaupun pekerjaan itu tidak setaraf dengan kelulusan aku. misalnya aku ni graduate IT tapi nak kerja dalam bidang management. mungkin sukar jugak kan. tak salah kan kalau dah kita tak minat lagi, boleh je tukar sebab kita dah buat yang terbaik semasa dalam pengajian dahulu, susah nak melaukannya dan tak sanggup lagi.
aku sedar siapa aku. aku masih memikirkan pasal ibu bapa aku yang dah banyak berkorban untuk aku. sampai bila ayah aku nak menangungg aku. 5 tahun dahulu, aku nak sambung pengajian dan apply dalam bidang sains aktuari atau statistik di UiTM shah alam. waktu yang sama aku apply UNITEN dalam bidang IT. tapi offer dari UNITEN yang datang dahulu. aku memikirkan pada masa itu graduate dari UNITEN mudah dapat peluang pekerjaan dan aku terpaksa tukar minat aku dari sains aktuari atau statistik ke IT. memang agak sukar aku hendak menukar minat pada mulanya dan ibu bapa aku tak memaksa aku sambung pengajian di UNITEN jika tidak minat. tapi aku sambung pengajian di UNITEN juga selepas mengenangkan peluang pekerjaan yang luas selepas aku tamat pengajian nanti. bagi aku selepas mengingati kisah ini, aku lakukan ini untuk ibu bapa aku dan masa depan aku. pengorbanan yang aku lakukan ini kerana jika aku masih mahu menyambung pengajian dalam bidang sains aktuari atau statistik, mungkin aku tak tahu apa akan jadi.
alhamdulillah selepas 5 tahun berada di UNITEN, aku sudah berjaya menamatkan pengajian aku di UNITEN dengan memperolehi Bachelor of Information Technology (Information System) (Hons). pada bulan pertama selepas aku menamatkan pengajian, aku memberitahu ibu bapa aku yang aku tak mahu kerja dalam bidang IT lagi disebabkan kesukaran yang telah aku tempuhi ketika belajar di UNITEN sebelum ini dan tak berminat lagi (tak fikir nak blaja bidang IT. tapi buat ni sebab peluang pekerjaan dan hasrat ibu bapa. hehe..). memang kedua-dua mereka tidak kisah dan terpulang pada aku hendak membuat keputusan. selepas dari itu, aku masih tidak dapat pekerjaan dan bapa aku memberitahu aku ambil sahaja lah pekerjaan dalam bidang IT tapi tak perlu pilih pekgkhususan programming kerana dia tahu aku tidak minat dan tak boleh membuat prgramming. banyak juga tempat yang aku apply tapi tak dapat juga pekerjaan yang aku mahu.
kira ketika ini sudah 2 bulan aku tidak dapat pekerjaan. interview juga sudah banyak aku pergi tetapi selepas itu tiada jawapan daripada company2 itu. ibu aku tension. agak mustahil aku sukar mendapat pekerjaan. dia juga asyik bertanyakan aku tak kesian ke kat ayah aku. walaupun dah tua tapi masih lagi bekerja. sepatutnya dia kini berehat saja di rumah. aku fikirkan semua itu tapi aku sudah berusaha..mungkin usaha aku tak kuat lagi.hmm..
bila masuk bulan ketiga aku tidak bekerja, abang aku, abang akmal (abg mal) menelefon mak aku. mak aku ada juga memberitahu dia pasal aku sudah mengganggur agak lama. mak aku terus memberi handphone nya kepada aku untuk bercakap dengan abg mal. dan abg mal pun memberitahu aku apply tempat ni..tempat tu..dia juga ada menasihati aku. macam-macam lah. dia mengingatkan aku yang aku perlu menjaga ibu bapa kerana semua abg2 aku sudah berkeluarga. dia juga berpesan aku perlu mendengar cakap ibu bapa. mak dan ayah sudah tua..carilh apa jua pekerjaan bermula dari bawah demi menggembirakan hati mak dan ayah. aku tersentuh bila abang mal cakap macam tu. sekurang-kurangnya aku tidaklah dimarahi oleh mak aku lagi selepas itu.
minggu lalu, ayah aku menghantar email pada aku mengenai training yg boleh aku ikuti. jika aku ikuti training ni, mudah bagi aku untuk mendapat pekerjaan dan gaji yg lumayan. training ni plak free dan ada elaun tiap2 bulan. aku pun hantarlah resume kepada tempat yang offer training ni. skali minggu ni dalam hari selasa 27 Julai, dia call aku tanya bila boleh datang untuk interview psl training ni. aku pn cakaplah hari khamis 29 julai dan diorg hantarlah email nk bgtau time dan tempat untuk interview ni. hari yang ditunggu pun tiba. bila aku hadir, memang aku layak untuk pergi training ni sebab suma requirement aku patuhi. setelah dengar explaination psl training ni, aku memang terkejut siap ada perjanjian lagi..adoi..dalam borang perjanjian itu pula ada mengatakan jika aku ponteng atau tarik diri dalam tempoh training aku dikehendaki membayar yuran training ni (walaupun free tapi company ni ada link dgn MOF. MOF yg bayar elaun ni). duration training ni lama jgk dlm 5 bulan (2 bulan training biasa, 3 bulan attachment) selain yuran yang terlalu mahal. hmmm..selepas aku pulang dari interview itu. aku still ada masa untuk memikirkan sama ada mahu join training ni atau tak. aku terus bincang dengan parents. masa pula makin suntuk sebab aku perlu confirm dengan menghantar borang perjanjian yg diberikan (nasib baik dia tak suruh aku isi borang tu pada masa interview tu).
bila bincang dengan parents, memang parents suka aku join ni. aku belum cakap lagi perasaan aku yang nak dan tak nak ni lagi kepada mereka. mereka bersyukur sangat aku diterima untuk training ni. mereka sudah fikir jauh yang aku akan mudah mendapat pekerjaan masa akan datang. mereka lihat aku tak banyak complain bila dapat training ni. kalau tak masa tempoh aku tak dapat kerja tu, aku banyak yang tak suka dan tak mahu. aku sebenarnya tak sampai hati nak cakap dengan mereka perasaan aku kini. aku tak mahu kecewakan mereka lagi. ini peluang terbaik untuk aku. jika aku melepaskannya, lagi lama lah aku mengganggur. sukar juga nak buat keputusan. kenapa aku rasa berat untuk join training ni? ni disebabkan aku ni cepat sgt rasa bosan (sebelum ni ada pergi training programming masa student dulu. pun cepat bosan. tapi aku tetap teruskan pergi training programming tu. itu yang takut berulang lagi) dan tempoh training ni plak lama nya..kini aku masih ada masa dalam 1 setengah hari je lagi untuk membuat keputusan untuk join training ni. memang training yang bakal aku join ni tak ada langsung pasal programming. bila fikirkan kebaikan yang mungkin lebih banyak daripada keburukan jika aku join training ni dan aku lakukan ini demi menggembirakan hati ibu bapa aku.
walaupun perasaan aku kini masih antara suka dan tak suka manakala ibu bapa aku terlalu suka aku pergi ke training ni, aku sekali lagi harus lakukan demi menggembirakan mereka. aku belum bersedia untuk bercakap pasal perasaan aku ni lagi. jadi pengajaran dari cerita ini, walaupun kita tak suka apa yang dicadangkan oleh parents kita, kita lakukan lah demi mereka. memang harapan mereka tinggi tapi buatlah sebaik mungkin. contoh macam aku. mula2 aku tak fikir pun nak pilih bidang IT tapi aku pilih juga dan aku hanya lakukan yang terbaik. kini aku dah pun jadi graduate dalam bidang IT. aku harap parents aku tahu bahawa walaupun pengajian bidang IT ni bukan pilihan aku pada mulanya tetapi aku teruskan juga untuk menggembirakan mereka sahaja dan aku tidak berhenti sekerat jalan pun.
1 comments: (+add yours?)
Anak sy dlm dilema, please help
Post a Comment