The WORST ever..

0 comments

Assalamualaikum readers..alhamdulillah..we meet again for the new entry. I kow you guys out there loves k-pop music right? it has become a trend lately so far but still it is not my cup of tea..Today I just want to share ith you guys about few of our local artist (malaysia) who tend to be like k-pop (korea pop) artist. aaauuu..please don't get me wrong. I don't mean to hurt these artist feelings. I have no intention ok. it is just because when I saw their videos in youtube and I saw a lot of numbers DISLIKE rather than like the video..if we convert it to percentage, I would rate as more 80% dislike..huhu..ok..ladies and gentlement. I would like to introduce to you, our 1st local artist that tend to be k-pop artist:




Max 24:7


Max 24:7- The group that has most members in a group as you can see only a few of them singging & dancing while other members only just becoming a "back-up dancers"..



Gula-gula


Gula-gula- Gula-gula? I keep on laughing when I heard the group name. Not only that. their song and the dance move also looks awful..OMG..enough is enough




Fourteen


Fourteen- actually there is nothing much wrong with this group. many people loves this video (lots of like button in youtube). Maybe this group is not a copycat of k-pop group (my mistake). they have a good voice and a good song from the video above. one thing that makes me sick is the video clip above.huhu..it is hard for me to describe about this group video clip and I just leave it to you to comment about the clip above..


So, I hope you guys enjoying yourself by watching the videos above (daa..). once again I would like to apologise if I hurt anybody feelings about today's entry..no intention to make anybody angry..hoping this entry is not a controversion post that I ever made..I'm still be carefull with whate ever I do..see you again folks..

Jamuan Hari Raya Mutiara Bangi 2011

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? sihat? ye..kita sudah hampir ke penghujung syawal..sapa2 ada plan nk wat puasa enam skang lupakan hasrat tu ye sebab dh masuk 26-27 syawal dh pun..semalam (24 September) sekali lagi telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya mutiara bangi. memang setiap tahun neighbourhood tmpt aku tinggal ni akan mengadakan jamuan hari raya. tujuan nya hanya satu iaitu mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran dan mana lah tahu kita baru kenal jiran kita masa jamuan ni ke..atau baru tahu dia baru pindah di kawasan yang sama dengan tempat kita tinggal..oklah aku tak nak cerita panjang pasal motif tu..kalau tak silap aku masuk tahun ni dah 6-7 kali dah diadakan majlis ini. semestinya tahun ni ada kelainan sedikit daripada tahun yang lalu.



tahun ni, jamuan hari raya diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada pukul 8 malam. bagi aku tempat ni kira ok jugaklah tp stage utk persembahan tinggi skit tp kecik and ada dua-tiga anak tangga je (tahun lps kt puri pujangga, UKM stage rendah dan luas skit). keseluruhan acara malam tu termasuk persembahan aku hanya kategorikan sebagai sederhana sahaja..jiran-jiran yg hadir tetap terhibur dengan persembahan2 malam tu. persembahan belia? mestilah ada walaupun tidak sehebat tahun lalu..ada jugaklah daripada langsung tak ada kan.belia hanya membuat persembahan nyanyian sahaja.seronok! 1 persembahan nyanyian berkumpulan (band) dan satu lagi persembahan nyanyian solo. aku tak terlibat dalam apa duty mahupun persembahan sebab aku hanya mahu duduk diam dan enjoy pada malam itu. cukup hanya aku merakamkan video persembahan di atas pentas dengan menggunakan kamera video yang aku miliki sejak dua tahun yg lalu..thanks abg mal (abg aku). berbaloi juga abg aku memberi kamera video itu kepada aku. tidak ketinggalan juga aku ada mengambil beberapa keping gambar. kalau korg semua nk tgk video dan gambar yang aku rakam pada malam tu, korg bolehlah ke facebook aku untuk melihat foto2 dan video2 tersebut..




jika tahun lalu golongan belia menguasai pentas, tahun ini kanak-kanak mutiara bangi pula memberikan persembahan yg menghiburkan..mereka menyampaikan lagu patriotik secara berkumpulan, ada juga yg menunjukkan bakat melalui bermain organ, biola dan bercerita..sudah terserlah bakat2 mereka ini. aku kagum dengan kebolehan kanak-kanak mutiara bangi ni..semoga bakat yg telah mereka persembahkan pada malam itu dapat terus digilap oleh ibu bapa mereka (boleh la tiap2 tahun peform)..aku bersyukur kerana tahun ini buat pertama kalinya tidak ada langsung persembahan pakaian beragam oleh kanak2 seperti tahun2 yg lalu..bosan..asyik menda samaje kn tiap2 tahun..oh tak lupa juga keluarga aku memenangi hamper dalam cabutan bertuah..family aku dpt hadiah tersebut ketika hampir2 ke cabutan yg terakhir..alhamdulillah..rezeki..macam2 makanan ada. besar pula tu..apa2 pun semoga semangat kejiranan harus diteruskan dan ikatan persahabatan dapat dieratkan. semoga kita jumpa lagi pada entry yg akan datang. sekian



muka happy dpt hadiah cabutan bertuah (cabutan nombor kedua terakhir pula tu)

Hantaran kawin yang MELAMPAU

0 comments

Assalamaualikum readers sekalian. memang kita sekarang ni dikejutkan dengan nilai hantaran kawin yg agak tinggi berdasarkan taraf pendidikan seseorang tu.maknanya nilai hantaran yg dikenakan tu sesuai dengan kelulusan seseorang. kalau org tu ada degree dalam bidang ni dari universiti oversea nilai dia cmni. manakala kalau org ni ada diploma dlm bidang ni tp balaja kt universiti kt mesia, nilai dia byk ni.aku pun tak terkecuali untuk berasa terkejut bila mendengarnya..mana tak nya..menda cmni boleh dibuat seperti urusan jual beli..bila masalah ekonomi melanda negara kita (harga barang naik) maka hantaran juga turut meningkat..inilah akibatnya bila masalah dunia lebih diutamakan manakala soal agama ditolak ketepi..apa semua ni? kira2 dua minggu lalu, aku ada letak status mengenai soal ini di facebook aku. status yg aku letakkan di facebook adalah seperti gambar di link ni-->nilai hantaran tinggi


p/s: sapa2 tak dpt baca status tu, kena jd friend aku dulu kt facebook ye..sebab tak semua org bleh tgk status tu. nk letak gmbr tak bleh sebab imej kabur bila zoom in..



ini pula pendapat seorang ustaz yang agak famous iaitu ustaz Azhar Idrus (zoom kalau nk baca lebih jelas):


So, harap korg semua fikirkan balik..soal adat atau agama lebih penting. jangan terlalu taksub dengan apa yg berlaku di duniawi..ramai yg bertanya pada aku bila aku nk kawin..aku pn jawab la nak kawin cmna pompuan skang materaialistik (tak semua ok). lagi2 skang hantaran kawin sgt tinggi..paling murah pn RM 10,000.00. huhu..bujang sampai ke tua la..aku juga tertarik dengan apa yang dikatakan oleh besan mak aku (mak mertua abg aku la..). katanya memang skang susah nak cari pompuan yg baik dan tak pentingkan harta..memang betul..kalau dia tanya pihak pompuan juga dia akan kata susah nk cari lelaki yg baik skang ni..ok..nobody is perfect..satu lagi yang membuatkan aku tertawa adalah diaolog dia seperti



"Tak lama lagi rancangan USTAZAH PILIHAN akan klua di Astro. carilah calon isteri kt dalam program tv tu. mana tau berkenan ke. hehehe"



cmna pn jodoh dan pertemuan di tangan tuhan..biarlah aku kukuhkan ekonomi aku dulu sebelum aku mencari pasangan hidup.

Aku tak sembahyang TETAPI aku berjaya

0 comments

Assalamualaikum reades sekalian. jangan terkejut dgn tajuk entry kali ini. aku sembahyang ok! just nk bg renungan pada korg sahaja. aku percaya ada antara korg yg tak sembahyang tp berjay dlm hidup. buat dosa pn boleh berjaya. aku tak nak tahu rahsia kejayaan korg walaupun tak solat. sama2 kita renungkan dengan membaca petikan di bawah ini:


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

*petikan di atas ini aku ambil daripada blogger lain. ini menarik minat aku untuk copy sebab perkara ini sering jadi dalam masyarakat kita terutama yg beragama Islam. bagi agama lain, itu terpulang pada kepercayaan masing2.

Raya kini tidak meriah seperti dulu?

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Alhamdulillah hari ni sudah pn masuk hari ke-4 kita menyambut hari raya. setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kita telah pun menyambut hari kemenangan ini..adakah cukup amalan yg kita lakukan pd bulan puasa yg lalu?masih adakah lg Ramadhan utk kita pada tahun hadapan?huhu..aku hanya mampu berdoa pada Allah agar panjangkan usia ku semoga aku dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya..kini Syawal pun menjelma..bagaimana dengan sambutan hari raya korang? tahun ni agak istimewa sedikit bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kita menyambut Hari Raya serentak dengan Hari Kemerdekaan yg ke-54 dan sambutan kali ini dikenali sbg Merdeka Raya. adakah meriah sambutan hari raya tahun ini?


untuk menjawab soalan itu, bagi aku sambutan hari raya tahun ini agak suram.kenapa taufiq?tak dapat duit raya ke? bukan pasal duit raya..mmg sejak jd student universiti lagi aku dh tak dpt duit raya. biar aku straight to the point apa yg suram raya tahun ni:




  • bila raya rumah nenek aku kt shah alam, sedara mara tak ada. masing2 raya rumah keluarga suami atau isteri diorg. maklumlah sepupu aku ramai dah kawin dan ada anak..aku dgn parents aku pegi umah nenek selepas semayang zohor. bila sampai memang mengejutkan. sunyi sepi rumah nenek aku tu. dalam hati memang rasa kesian..dulu memang meriah sampai kitrg sedara mara pakat pegi umah nenek dulu.time tu ramai blom kawin. riuh rendah lah umah nenek aku time tu..makanan nenek yg paling best kitrg suka ialah rendang dia..tak kisahlh rendang daging atau ayam


  • sedih sebab tinggalkn bulan ramadhan..huhu..adakah aku rasa ramadhan tahun ini adalah ramadhan terbaik bagiku?susah hendak aku katakan..mungkin tak banyak amalan yg aku lakukan pada bulan mulia ini untuk tahun ini..hanya Allah sahaja yg tahu apa yg telah aku lakukan dan banyak mana amalan yg aku lakukan pada ramadhan yg lalu..


  • kehilangan ahli keluarga iaitu atuk aku yg telah ke rahmatullah kira2 7 tahun yg lalu. walaupun sudah lama arwah meninggal dunia, kehilangan dia amat dirasai..kami sekeluarga tidak pernah lupa untuk menziarahi kubur arwah pada setiap tahun beberapa hari sebelum raya.


  • harga barang keperluan meningkat walaupun mencukupi. memang bertuah kita yg berada di Malaysia ni kerana barang keperluan untuk hari raya memang mencukupi dan tidak ada yg kurang pun. harga barang keperluan kini memang meningkat. paling mengejutkan aku ialah harga lemang kini paling murah pun RM 12 utk satu batang. itupun ikut saiz juga. huhu..mati2 aku ingtkn harga paling murah RM 8. haha..itu harga dulu..bape tahun lps da..tp tak mengapa. walaupun harga barang keperluan naik, rakyat tetap membeli dan menyambut hari raya secara sederhana dan meriah. kita juga bertuah kerana menyambutnya dgn aman dan berbilang kaum.


  • kuih tradisional dh pupus? betul ke skang ni susah nk jumpa dodol dan wajik spt yg heboh dalam facebook? kuih lain spt bahulu pn jarang jumpa sekarang. harap kuih2 ini tidak lg pupus kerana inilh makanan tradisi kita sejak zaman dahulu kala lg. semoga ia akan kekal selama-lamanya

ini pula perkara2 yg menceriakan hari raya tahun ini (happy lah tu):




  • kedua-dua kakak ipar buat kek dan buat soto utk hari raya. aku gembira melihat keinginan kedua-dua kakak ipar aku mahu buat kek dan soto utk hari raya. sorg buat kek sorg lagi buat soto. memang rilek la mak aku (tolong jgk.tolong chek. hahaha). diorg buat dua menu tu pun sehari sebelum raya..dan memang mereka sekeluarga menginap di rumah aku dan menyambut lebaran di rumah aku pada hari itu. haha..cuba bayangkan mereka, abg2 aku dan anak2 diorg berada di rumah aku..fuhhh..meriah..apa2 pn memang terbaik masakan diorg. sedap..


  • 1st time bagi duit raya kpd ibu bapa aku dan anak2 saudara aku. tahun ini adalah tahun pertama aku memberi duit raya kepada mereka. walaupun nilainya tak setinggi mana, tetapi keikhlasan dan ingatan kita pada mereka terutama skali ibu bapa adalah amat penting. insyallah kita dimurahkan rezeki pada masa akan datang jika kita memberi dan sedekah pada yg memerlukan. memang benar apa yg dikatakan tangan yg memberi adalah lebih baik drpd menerima..sebenarnya pemberian duit raya ni hanyalah adat dlm masyarakat melayu. kalau pegi ke negara2 lain terutama skali di negara arab, tak ada pn pemberian ini. mungkin pemberian duit raya ni berlaku di negara Asia je..pemberian duit raya ni hanya semata-mata untuk bersedekah..mak ayah aku gembira bila masing2 dapat lebih satu sampul. mereka juga ada terfikir sama ada wang yg ada pada setiap sampul adalah wang besar atau kecil.


  • tahun ni skali lagi abg aku yg ke-3 iaitu akmal (abg mal) bersama isteri dan anaknya, Gen tidak menyambut raya bersama aku dan keluarga. mereka skali lagi menyambutnya di Jepun sejak tahun 2008 lagi. aku dan keluarga masih berharap mereka dapat pulang berhari raya pada taun dpn insyallah..walaupun tak dpt menyambut raya bersama, kami sekeluarga menghubungi dia melalui internet. kami webcam dgn menggunakan Skype untuk menghubungi dia. seronok dpt menghubungi abg aku ini melalui Skype lebih2 lagi dengan menggunakan kamera webcam dimana kita boleh melihat wajah dia dan dia juga boleh melihat wajah kita pada masa yg sama. sungguh canggih teknologi kini bukan? pertama kali menghubungi dia menerusi webcam pada hari raya pertama dan hati ini berasa gembira tak terkata kerana semua ahli keluarga aku dapat berhubung dengan abg mal melalui webcam. paling kelakar dan sedih adalah ketika abg aku yg sulung, abg zed menunjukkan makanan lemang dan kek lapis di hadapan kamera kemudian Gen cuba mengambil makanan tersebut. selepas itu dia meminta makanan tersebut menggunakan isyarat tgn (isyarat tgn cara dia). kesian..biasalah..lemang dan kek lapis ssh nk dapat di negara Jepun..sungguh tinggi imaginasi Gen seolah-olah lemang dan kek lapis yg ditunjukkan oleh abg zed dpn kamera tu berada dpn mata dia..padahal kita berada di tempat berbeza jauh plak tu.


  • membayar zakat fitrah pada bulan puasa yg lalu. aku melunaskan tanggungjawab ini utk 1st time. seboleh-bolehnya jgn tangguh hingga saat2 akhir bulan puasa untuk membayar zakat fitrah..aku membayar zakat fitrah tahun ini pada hari ke-7 kita berpuasa. ini memberi pengajaran padaku bahawa rezeki yg kita perolehi dan diberi oleh Allah hanya sementara dan patut dikongsi pada orang yg memerlukan..aku tahu ramai juga yg mengeluh terutama yg mempunyai ramai anak menyatakan bayaran zakat fitrah sekarang ni tinggi iaitu RM 7 bg negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. nak buat cmna, harga beras sekarang dh naik..sama2 lah harap harga beras tidak akan naik pada tahun dpn. jgn berkira sgt dgn harga zakat tersebut kerana suatu hari nanti insyallah rezeki kita akan bertambah jika kita membayar zakat dan bersedekah. yang penting buat dgn ikhlas..


  • takbir raya dari rumah ke rumah pada mlm raya (sehari sebelum raya pada waktu malam). mungkin tradisi ini tak berlaku atau jarang berlaku di kawasan bandar. biasanya tradisi ni berlaku di kawasan kampung. sebenarnya takbir raya ni ada berlaku di kawasan perumahan aku di bangi. selepas solat isyak, jiran2 aku termasuk aku mula takbir di surau dahulu. kemudian kami berpecah mengikut zon rumah masing2. pembahagian mengikut zon ini sgt memudahkan kerana terlalu banyak rumah yg sudah di bina di kawasan perumahan kami. adalah mustahil untuk bertakbir raya di semua rumah kerana ini akan memakan masa yg lama untuk selesai dan mungkin takbir akan tamat pada lewat malam..ketika mengikut rombongan ni, aku teringat zaman kanak2 aku dahulu. ketika menyambut raya di kampung ayah aku di Perak, aku ikut ayah aku dan arwah atuk aku takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya. boleh kata lewat juga takbir raya tu selesai..tidak semua tuan rumah yg memberi duit kepada kami ketika takbir raya waktu itu. kalau mereka beri, kami terima. tidak mengharapkan sgt. sama juga situasi ketika takbir raya di kawasan perumahan aku ni. tidak mengharapkan pemberian duit daripada tuan rumah. kalau tuan rumah bagi pn hanya pada kanak2 shj. alhamdulillah perjalanan takbir raya dari rumah ke rumah tahun ni berjalan lancar dan tamat pada pukul 12 tgh mlm malah rumah yg dilawati pn tak banyak sebab ramai yg pulang ke kampung halaman.

begitulah cerita raya tahun ni bg aku tidak semeriah spt dahulu..aku tetap bersyukur kerana masih dapat menyambutnya bersama keluarga..ada juga hamba Allah yg lain tidak dpt menyambut hari raya disebabkan terpaksa bekerja pada hari raya, tiada keluarga atau berkhidmat untuk melindungi negara kita daripada ancaman luar (biasa tentera dan polis). oklh. setakat ini sahaja cerita aku untuk hari ini. insyallah akan ada lagi cerita2 menarik akan dikongsikan di blog ini.